Butterworth: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108, kelmarin adalah penerima Anugerah Green Endorsement TUDM.
Beliau menerima anugerah inovasi itu di Subang Jaya, Selangor minggu lalu yang disampaikan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.
Portal rasmi TUDM memaklumkan, anugerah terbabit adalah pengiktirafan kepada beliau kerana berjaya merangka tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.
Mohamad Affendi meninggal dunia selepas pesawat yang menjalani latihan penerbangan malam terhempas di Pangkalan Udara Butterworth pada jam 10.07 malam.
Seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Fareez Omar cedera dan dirawat di Hospital Seberang Jaya.