CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1200|Reply: 0

[Kedah] Bomba bawa keluar anggota PGA dipatuk ular

[Copy link]
Post time 22-11-2021 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 22-11-2021 01:08 PM

Bomba bawa keluar anggota PGA dipatuk ular

Zuliaty Zulkiffli - November 22, 2021 @ 8:54am[email protected]




Anggota bomba membantu memberi rawatan awal kepada anggota polis PGA sebelum membawa mangsa dipatuk ular turun dari lokasi di Hutan Simpan Ulu Muda untuk dihantar ke hospital. - Foto NSTP/IHSAN BOMBA


SIK: Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa lebih tiga jam untuk membawa turun seorang anggota polis yang dipatuk ular kapak di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, di sini, semalam.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.47 petang semalam.



Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik seramai lapan orang dan diketuai Ketua BBP Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali serta dibantu lima pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta dua anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Hulu untuk menyertai operasi itu.



"Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah, mangsa yang juga anggota polis dari PGA Batalion 18 berusia 38 tahun itu dipercayai dipatuk ular ketika menjalankan operasi tugas dalam hutan berkenaan.



"Ketua Operasi PGA memaklumkan yang mangsa tidak dapat dibawa turun oleh rakan-rakan mereka disebabkan faktor muka bumi yang bercerun serta berbukit menyukarkan mangsa untuk dibawa turun dan memerlukan bantuan anggota bomba," katanya di sini hari ini.



Mohamadul Ehsan berkata, anggaran ketinggian mangsa berada ketika itu adalah pada paras 500 meter dari aras laut.



Beliau berkata, pada jam 6.40 petang, komander operasi bersama anggota bomba, Perhilitan dan PGA memulakan operasi naik ke lokasi mangsa untuk membawa mangsa turun.



"Pihak bomba dimaklumkan, tiada liputan radio komunikasi (GIRN) mahupun telefon mudah alih di lokasi dan balai kawalan BBP Sik kemudian membuat aduan ke pihak telekomunikasi SAPURA untuk tindakan lanjut.



"Dan pada jam 10 malam, pasukan penyelamat memaklumkan sampai di lokasi dan mangsa sedang mendapatkan rawatan daripada pasukan perubatan PGA," katanya.



Mohamadul Ehsan berkata, perhubungan antara pasukan penyelamat dan PGA ketika itu menggunakan satelit fon PGA dan dimaklumkan mangsa dalam keadaan stabil.



Beliau berkata, komander operasi kemudian melaporkan mangsa kemudian selamat dibawa turun pada jam 12.37 tengah malam dan dihantar ke Hospital Sik dengan menaiki jentera EMRS BBP Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.



"Mangsa dilaporkan terkena patukan ular berkenaan di tangan kanan dan dilaporkan selamat," katanya.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.044579 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list