CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 0

[Kedah] Mayat ditemui di tepi jalan ladang kelapa sawit

[Copy link]
Post time 25-11-2021 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Mayat ditemui di tepi jalan ladang kelapa sawit
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 24 November 2021


Mayat lelaki ditemui terbaring di tepi jalan dekat Ladang Sawit TSK Kuala Kuang, Kupang, Baling. Foto PDRM.

SUNGAI PETANI - Mayat seorang lelaki ditemui terbaring di tepi jalan dekat Ladang Sawit TSK Kuala Kuang, Kupang, Baling dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mangsa dikenali sebagai Rodzi Md Rejab, 45, dari Kampung Masjid Kuala Kuang, Baling.


Menurutnya, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat lelaki di kawasan ladang tersebut.


"Pada jam 12 tengah hari, anggota bertugas di kaunter aduan Balai Polis Kupang telah terima panggilan telefon daripada orang awam memberitahu penduduk Kampung Kuala Kuang telah menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Susulan kejadian tersebut, Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Baling telah dihubungi untuk membuat pemeriksaan.


Katanya, hasil pemeriksaan pihak PKD mendapati mangsa telah cukup dos vaksin Covid-19.


"Dalam pada itu, hasil temu bual dengan waris memaklumkan mangsa yang tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan telah keluar pada jam 3 petang Selasa untuk memasang bubu ikan.


"Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan tiada kesan kecederaan di tubuh badan mangsa," katanya.


Beliau berkata, pasukan polis dan Inspektor Kesihatan telah ke lokasi kejadian bagi menguruskan jenazah dengan prosedur operasi standard (SOP) dan pemakaian pakaian pelindung diri PPE.


"Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk dijalankan ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.


"Kes akan diklasifikasikan sebagai rujuk lain agensi (RLA) sehingga punca kematian dapat dikenal pasti," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ladang-kelapa-sawit
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037333 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list