Iran melancarkan pesawat pengebom tanpa pemandu pertama yang diberi nama Karar. Pesawat ini mampu terbang sejauh 620 batu, mampu membawa dan melancarkan empat peluru berpandu, mampu membawa dua butir bom yang setiap satunya seberat 115 kg dan pelbagai fungsi ketenteraan yang lain.
Menurut Presiden Iran, pesawat ini "boleh memotong tangan musuh sebelum dia dapat bertindak, jika kami gagal, pesawat ini dapat memusnahkannya sebelum dia dapat memusnahkan sasaran". Katanya, lagi, mesej utama pesawat pengebom Karar ialah mengelakkan konflik dan keganasan terhadap Iran.
Sumber asal :Telegraph
Olahan: www.duniacacamarba.blogspot.com
|