View: 4351|Reply: 9
|
Korek Hidung, telinga dll Batal Puasa kah?
[Copy link]
|
|
Soalan macam mudah tapi betul ke leh batal posa? cuba bg dalil tgkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
batal ler..apa2 yg memasukan sesuatu ke dlm rongga spt hidung dan telinga kira batal posa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# mysweetisha
Persoalan 1: Mengorek Telinga/Hidung Tidak Membatalkan Puasa
Terdapatnyakepelbagaian pendapat dalam hal memasukkan sesuatu ke dalam ronggabadan membatalkan puasa. Antara yang berpendapat memasukkan sesuatudidalam rongga tidak membatalkan ...puasaadalah Syaikh Attiyah Saqr (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar), Dr.Yusuf al-Qardhawi (Ketua Majlis Fatwa Eropah), Syaikh Mohammad SalihAl-Munajjid, Dr. Muzammil Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara) danramai lagi.
Dalam membahaskan mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa,Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata:
Paraahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yangmembatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-haltersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabatNabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikansecara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesananAllah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegangteguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.
Banyak ahli fiqh telahmemperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggapmembatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya.Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapatmembatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalumembangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitungbilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepadadalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antaramereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikilumpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkanpuasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil danrakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms.118 & 107-108]
Sememangnya tiada dalil jelas dari al-Quranmahupun as-Sunnah yang melarang daripada mengorek hidung ataupuntelinga. Bagi yang berpendapat ianya membatalkan mereka bersandarkepada dalil:
Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlahdalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jikakamu sedang berpuasa. [Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahiholeh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (KitabThaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…).]
antara hadith lain
...berlebih-lebihlahdalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya)kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366,at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)
Daripada sabdaRasulullah s.a.w “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya)kecuali jika kamu sedang berpuasa.” Difahami sebagai dilarang menyedutair ke dalam hidung ketika sedang berpuasa. Jika dimasukkan air makaperbuatan tersebut membatalkan puasa. Pemahaman ini kemudian diluaskankepada semua rongga tubuh berdasarkan qiyas (analogi).
Fahamanini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan olehRasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedutair ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutantersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah,apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlubersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangisebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok danditelan sebagai “minuman.” [Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms.117. Dinukil dari Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Jahabersa] |
|
|
|
|
|
|
|
jdi korek telinga x batal ler... |
|
|
|
|
|
|
|
nih kena rujuk org yg arif dlm agama.. |
|
|
|
|
|
|
|
dr yusuf qaradawi tu tak arif ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sitihawa at 24-8-2010 15:34
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
sumber : http://www.zaharuddin.net/content/view/595/95/
|
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya, berakhirlah era salah faham orang melayu tentang korek idung dan korek telinga membatalkan puasa.
wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
dr yusuf qaradawi tu tak arif ka?
cak! Post at 24-8-2010 14:21 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
dia baca soalan di post 1 kemudian terus nak reply agaknya.... agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya, kalo terasa tak selesa di bahagian lubang hidung anda, basuh sahaja. tapi kalo tujuan utk suka2, elakkan sahaja... tol tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|