CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Pulau Pinang] Angkara brek mengejut

[Copy link]
Post time 3-3-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR tular kemalangan di Jambatan Pulau Pinang babit enam kenderaan hari ini.

Butterworth: Tindakan seorang pemandu memberhentikan keretanya secara mengejut menyebabkan lima kenderaan yang berada di belakangnya terbabit kemalangan selepas gagal mengelak.

Kejadian berlaku di Kilometer 4.1 Jambatan Pulau Pinang dari Perai menghala Georgetown, yang turut menyebabkan kesesakan teruk pada waktu puncak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya dimaklum kemalangan itu pada 9.40 pagi dan siasatan awal mendapati ia berpunca daripada seorang pemandu kereta yang memberhentikan kenderaan secara mengejut.

"Berikutan itu, lima kenderaan yang berada di laluan sama tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang setiap kenderaan terbabit.

"Semua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka masing-masing sudah membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

Shafee turut menasihati orang ramai supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan fokus dengan pemanduan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kemalangan berkenaan hingga menyebabkan kesesakan sebelum memasuki Jambatan Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 1.298204 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list