CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan 10 along dalam talian

[Copy link]
Post time 3-3-2022 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Nibong Tebal: Polis menahan enam lelaki dan empat wanita dipercayai terbabit dalam kegiatan pemberi pinjaman wang atau 'along' secara dalam talian, dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Empat di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Lee Chong Chern berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pasukannya bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menyerbu premis itu dalam Ops Vulture pada 4.30 petang.

Beliau berkata 10 individu berusia 18 hingga 30 tahun berada di situ semasa serbuan, dan pemeriksaan dalam premis itu membawa kepada penemuan beberapa peralatan elektronik mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis mengesyaki premis itu digunakan untuk kegiatan memberi pinjaman wang secara dalam talian tanpa lesen dan pusat panggilan bagi kegiatan mengutip hutang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya dalam serbuan itu polis merampas komputer riba dan telefon bimbit pelbagai jenama serta kad pra bayar yang kesemuanya dipercayai digunakan untuk kegiatan memberi pinjaman secara dalam talian.

Lee berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dalang sindiket itu yang dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan secara berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Semua 10 individu itu dipercayai bekerja dengan sindiket berkenaan dan kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sejak bila mereka beroperasi. Polis tidak menolak kemungkinan peminjamnya bukan sahaja di Pulau Pinang malah beberapa negeri lain juga, " katanya.

Beliau berkata semua 10 individu yang ditahan itu kini direman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.043407 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list