View: 10275|Reply: 22
|
Siti, Datuk K Sambut Raya Di Permatang Pasir
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Nadia90 at 15-9-2010 01:15
![](http://photo.murai.com.my/972010_sitiperpasir(a).jpg)
Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Photography
Kuala Lumpur, 10 SEPT 2010: Sudah menjadi kewajipan kepada setiap keluarga untuk bersalam dan bermaaf-maafan di pagi hari raya. Pastinya tangan ibu dan bapa yang akan disambut terlebih dahulu. Namun, apabila mereka sudah tiada pasti kita akan merasai kehilangan.
Begitu juga dengan penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang sudah 2 tahun meraikan Aidilfitri tanpa bapanya yang tersayang, Tarudin Ismail yang pergi pada 15 Februari tahun lalu akibat serangan jantung.
Bagi Siti, walaupun sedih, kenangan beraya dengan bapa tetap akan diingatnyai sampai bila-bila. Dia berkata, tercetus rasa pilu apabila mengenangkan.
"Siapa yang tidak pilu mengenangkan bapa yang menjaga kita dari kecil sudah tiada lagi. Lebih-lebih lagi pada hari yang mulia ini. Sudah menjadi kebiasaan di pagi raya sebelum ini, kami akan bermaaf-maafan dengan abah. Namun mahu ataupun tidak kami terpaksa menerima hakikat abah sudah tiada lagi dan kami terpaksa tempuhi jua. Pun begitu, kami tetap akan beraya dengan mak dan ahli keluarga," katanya.
Siti memberitahu pada awal perayaan pada tahun ini dia akan beraya di kampung halaman suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, di Permatang Pasir, Kedah.
"Tahun lepas kami beraya di Kuala Lipis, jadi kali ini giliran rumah suami pula. Lagipun suami ada merancang untuk buat majlis sikit-sikit di sana. Kami merancang akan berada di sana untuk beberapa hari sebelum berangkat ke Kuala Lipis pula. Siti sebenarnya tidak kisah untuk beraya dimana-mana kerana Siti menganggap kedua-duanya rumah Siti.
"Seperti tahun-tahun sudah, Siti tidaklah terlalu boros dalam menyiapkan persiapan hari raya, itupun ikut apa yang perlu," katanya.
Pada tahun ini juga, sambutan Hari Raya turut makna bagi Siti apabila dia bersama kakak dan adiknya Siti Saidah, tampil dengan sebuah lagu raya terbaru berjudul Panggilan. Single dinyanyikan secara trio yang baru sahaja dilancarkan itu adalah ciptaan komposer Audi Mok dan lirik daripada Fedtri Yahya.
"Siti rasa sudah lama tak buat lagu raya. Kali terakhir adalah pada 2 tahun lepas iaitu menerusi lagu Kedamaian. Walaupun kali ini, Siti hanya terbitkan single, setidak-tidaknya ada juga lagu raya untuk tahun ini," kata Siti.
*murai |
|
|
|
|
|
|
|
Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Photography
Kuala Lumpur, 10 SEPT 2010: Sudah men ...
Nadia90 Post at 11-9-2010 09:30 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
pembetulan : kg permatang pasir, tikam batu di kedah laa....bukan penang |
|
|
|
|
|
|
|
ksian ct kene lyn peminat yg ramai.. penat |
|
|
|
|
|
|
|
Mana CT dapat kain corak batik sarawak colour merah tu? cam tak padan dgn baju bunga2. Kalau pakai baju plain baru cantek. Kain tu cantek tapi tak sesuai pakai dgn baju bunga.
Agaknya image consultant cuti raya kot.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
penat ct nak melayan ..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
penat ct nak melayan ..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Mana CT dapat kain corak batik sarawak colour merah tu? cam tak padan dgn baju bunga2. Kalau pakai ...
ponet Post at 14-9-2010 22:24 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
baju tu bukan corak printed, ianya chiffon batik lukis, so sesuai dgn kain sarung batik swk tu.kalau baju printed baru tak sesuai nampak kejakunan;) |
|
|
|
|
|
|
|
hensemnye DK time nie..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# Nadia90
heheh dont't mind...just my hubby sedih sbb statement tu tulis kg dia kt penang....sensitip org kedah ni hehehehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Nadia90
heheh dont't mind...just my hubby sedih sbb statement tu tulis kg dia kt penang ...
sunakochan Post at 15-9-2010 07:55 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
dah edit ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hensemnye DK time nie..
cinta_ungu Post at 15-9-2010 03:00 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
kan? hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
makin santek la ct...simply siti...muaaahhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
wahh cantik tok tie..cayang selalu |
|
|
|
|
|
|
|
Kampung nie betoi2 lepas Jambatan Merdeka tue kan?? yg tengah buat projek tebatan banjir tuh?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|