CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4474|Reply: 18

Alahai Faizal Tahir...

[Copy link]
Post time 23-9-2010 04:17 PM | Show all posts |Read mode
http://www.bharian.com.my/bharian/articl....r/Article/index


UMATIslam masih meraikan Syawal, maklumlah Hari Raya sebulan, justeru pastiramai yang sedang merancang menganjurkan majlis rumah terbuka terutamawarga kota mulai minggu ini. Namun, saat ini Zubir lebih senangmenghabiskan baki cuti Hari Raya di sebuah destinasi pelanconganselatan tanah air kerana inilah masanya bersantai sepuas hati sempenamusim perayaan ini.
Pun begitu, ketika Zubir sedang memandu darikampung menuju ke sebuah lokasi peranginan di Pantai Timur minggu lalu,seorang kenalan yang juga wartawan hiburan, menghubungi Zubir daripejabatnya kerana dia kebosanan apabila terpaksa bertugas ketika oranglain masih bersuka ria menyambut Hari Lebaran bersama keluargamasing-masing.
Pada awal perbualan kami, topiknya lebih berkisarkepada tugas masing-masing kerana maklum sajalah lama tak melepak,tambahan pula sepanjang Ramadan lalu, beberapa siri berbuka puasaantara kami terpaksa dibatalkan gara-gara kesibukan kerja. Disebabkankerjaya masing-masing sering berkait rapat dengan dunia artis, makaseorang demi seorang nama selebriti terpacul.

Justeru, apabilatiba giliran penyanyi lelaki popular yang terus menempa nama sejakkebelakangan ini, siapa lagi kalau bukan pelantun melodi Sampai Syurgadan Mahakarya Cinta, Faizal Tahir, intonasi teman Zubir tadi agakberlainan. Zubir terkedu apabila dia memaklumkan, Faizal hari ini sudahbanyak berubah, tak mesra media seperti dulu atau dalam bahasa kasarnyabeliau dituduh berlagak!

"Aku tak fahamlah dengan perangaiFaizal (Tahir) ni. Semacam punya 'kekwat' (berlagak). Susah betul nakpanggil dia datang studio untuk fotografi. Ada-ada saja alasan yangdiberikan, apabila bertanyakan pihak pengurusannya (The 8 Unit) punmereka tak boleh buat apa-apa, ikut saja telunjuk si Faizal tu!

"Itubelum lagi bab jawab telefon, Faizal ni tak reti jawab telefon ke atauada orang lain yang tolong pegang telefon dia! Sudahlah tu, bila akukirim SMS hari ni, kalau bernasib baik dia akan balas selepas tiga atauempat hari kemudian, sila-silap hari bulan, dia buat tak layan SMS kau!Dulu selepas kontroversi buka baju, aku tengok Faizal ni okey sikit,sekarang ni perangai over bro!," kata teman tadi membebel di hujungtalian.
Sebenarnya baru-baru ini Zubir sendiri berhadapan masalahsama apabila berurusan dengan Faizal ketika mengundangnya menghadirifotografi sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri Datuk Siti Nurhalizadi Bukit Antarabangsa, Selangor. Zubir tak berurusan terus denganFaizal kerana memang sedia maklum perangainya yang susah sangat nakjawab telefon.

Pun begitu, pihak pengurusannya memaklumkankepada Zubir, pada tarikh fotografi itu, Faizal ada agenda peribadibersama anggota keluarganya. Sekalipun sudah diberitahu, suami Siti,Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berharap Faizal hadir pada majlis rumahterbukanya, namun jawapan yang diterima tetap sama: "Maaf Abang Zubir,date yang abang request tu, Faizal ada agenda peribadi bersamakeluarga."

Zubir berpendapat, The 8 Unit terlalu memanjakanFaizal, apa yang Zubir minta itu adalah soal kerja, seharusnya pihakpengurusan perlu menasihatkan Faizal supaya memberi keutamaan kepadakerja, bukannya hal peribadi.

The 8 Unit perlu push si Faizalni, baru dia dengar cakap! Seperkara lagi, Zubir juga dimaklumkan,pihak pengurusan sendiri sukar menghubungi Faizal.

KhabarnyaFaizal pernah menyuarakan kepada The 8 Unit, dia tak ada masa nak pergifotografi atas permintaan wartawan, sebaliknya beliau lebih selesa,ambil gambar sendiri dan mengirimkan kepada wartawan yang memerlukanfoto terbarunya. Wah! Sekiranya dakwaan ini benar, kepada Faizal,berpijaklah di bumi nyata!

Pihak media sedia maklum, malahbersimpati apabila Faizal yang kini dikenali sebagai Duta Bebaskan BumiPalestin masih 'berperang' dengan sakit di kakinya itu, tapiagak-agaklah, jangan sampai ada orang lain kecil hati! Mungkin sekarangtengah popular, pihak pengurusan pula memanjakannya, dia beranggapanpublisiti media tak penting. Hello, VIP, VVIP, malah kerabat diraja punmasih memerlukan sokongan media.

Zubir sekadar memberi nasihatdan peringatan kepada Faizal, sekiranya terbit niat sombong ataspopulariti hari ini, jangan teruskan, nanti kalau media massa dah mulamenyampah, baru terhegeh-hegeh nak cari wartawan.

Namun,sekiranya Faizal sentap dengan komen Zubir, dalam bulan dan hari yangmulia ini, Zubir mohon maaf. Tapi, percayalah, teguran ini adalah untukkebaikan diri dan kerjaya Faizal juga.

Contohilah Datuk SitiNurhaliza, lebih 10 tahun dia bertahan dalam industri seni dan masihpopular hingga hari ini. Antara resipi kejayaannya ialah memelihara PR(perhubungan awam) de-ngan semua orang termasuk wartawan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 04:21 PM | Show all posts
mcm asterok jew...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 04:48 PM | Show all posts
dah ade la thread ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 06:00 PM | Show all posts
dah ade la thread ni....
Tottot89 Post at 23-9-2010 16:48


wooo iyer kerrrrr....
soweee3x...
bolee aarr locked topic niee yerrr...
TQ
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 07:26 PM | Show all posts
ct masih btahan sbb baik dgn wartawan? betoi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 02:05 AM | Show all posts
jubir lagik..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2010 07:24 AM | Show all posts
zubir.. buat muntah je.. dia suke busukkan nama artis.. dia yg busuk sebusuknyaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2010 08:14 AM | Show all posts
zubir.. buat muntah je.. dia suke busukkan nama artis.. dia yg busuk sebusuknyaa
pinguin Post at 27-9-2010 07:24


tau xperr...igt lgk time dia kenakan maya karin ngn remy tuuu...last2 citer x btoii....wat maluuu jerrrrr....
ikut suka2 diaaa jer tauu...huh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 10:48 AM | Show all posts
Zubir bangsat je.. wartawan malaysia suck dan perasan bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 11:00 AM | Show all posts
tenggelam timbul je Faizal nie..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 01:38 PM | Show all posts
ptt utamakan peribadi dlu laaa...br keja..mane la tau peribadi tu hal berkaitan ngan family ke??ingat die dh jadi artis perlu lupe semua psal peribadi die n layan org luar??
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 01:50 PM | Show all posts
ntahnye wartawan ni...igt diorg ni mcm TUHAN lak sampai nak ckp "Hello, VIP, VVIP, malah kerabat diraja punmasih memerlukan sokongan media."

HELLO...korg tu sokongan je. bkn pemangkin kejayaan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 02:43 PM | Show all posts
from zubir : Zubir berpendapat, The 8 Unit terlalu memanjakanFaizal, apa yang Zubir minta itu adalah soal kerja, seharusnya pihakpengurusan perlu menasihatkan Faizal supaya memberi keutamaan kepadakerja, bukannya hal peribadi.

to zubir: orang bile da banyak sgt cakap kadang bkn org tu nmpk pandai.. tp bile da terlebih cakap makin banyak silap dan dose yg keluar...

apa la B.O.D.O.H nya si zubir nih... statement "supaya memberi keutamaan kepadakerja, bukannya hal peribadi "

xsemua statement tu atau bende tu d gunakan untuk 1 tujuan je.. yg penting skali adalah keluarga..

aku harap semoga ZUBIR kembali ke pangkal jalan.. bkn untuk mencari sesuap rezeki dengan memburukkan nama orang lain...

apa pon yg penting adalah keluarga ingat tu zubir.. apa yg faizal dapat selama ni hasil dr sokongan keluarga. "media" adalah tugas dye untuk menaikkan nama artis. untuk memberikan bahan bacaan yg baik untuk pembaca..

bkn untuk menjatuhkan org.. fikir baik2.. jgn da tua.. da benti kerja nanti wartawan lain temuramah ko.. " zubir x berase apa2 ke bile tulis macam2 pasal artis yg menjatuhkan maruah n dok sibuk jage tepi kain org??" zubir berkata : kadang tu mmg la ad rase jugak.. tp ap buley buat kn... da kerja..

tu la jawapan nya.. adakah kerja anda untuk menjatuhkan airmuka org untuk sesuap nasik???

pikir2 kn la.. dan selamat beramal..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 05:33 PM | Show all posts
apesal plak nak kena pentingkan keje..bkn hal peribadi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:39 PM | Show all posts
tenggelam timbul je Faizal nie..
zazb46 Post at 27-9-2010 11:00


lagu2 dia sentiasa ada dalam carta...
duta bebaskan bumi palestin...
recent performances termasuk hari malaysia sarawak, MASIF dll
yang tak adanya cerita2 kontroversi2, gaduh, kawin cerai, hisap dadah dsbg yg wartawan tunggu2
bagus juga dia low profile dan itu yg dia nak, keluar bila ada bahan berfaedah je nak cerita
dari takde apa diorang ni nak tulis, reka cerita pun jadi la
dalam twitter dia nampak dia sibuk hal anak2 dia klu takde hal kerja
FT performing esok Media Prima Open House
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:56 PM | Show all posts
nyelit sket..
sape yg x dpt dgr live interview kt BFM radio aritu..
blh dgr kt sini..

http://www.bfm.my/faizal-tahir.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 01:03 PM | Show all posts
lagu2 dia sentiasa ada dalam carta...
duta bebaskan bumi palestin...
recent performances terma ...
washere2 Post at 27-9-2010 20:39



wah!...sibuknya FT...bagus2

apa2pon ADRENALIN & HANYUT memang bez giler.....terutama HANYUT...kelassss
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 07:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by masterdyanna91 at 28-9-2010 19:02
lagu2 dia sentiasa ada dalam carta...
duta bebaskan bumi palestin...
recent performances terma ...
washere2 Post at 27-9-2010 20:39


itu yg namanya tenggelam timbul...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 06:30 PM | Show all posts

alamak zubir, xbaik buat crita buruk pasal orang. pttnya suma hormat menghormati antara satu sama lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 1.297599 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list