CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3905|Reply: 18

SITI SITU SANA SINI..

[Copy link]
Post time 23-9-2010 04:24 PM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN sudah hampir dua minggu Aidilfitri disambut tetapi kemeriahannya masih lagi dirasakan. Sana sini sibuk tuan rumah mengadakan majlis rumah terbuka.

Terus terang Cik Normah memang tak berkesempatan nak mengadakan rumah terbuka kerana terlalu sibuk. Suami Cik Normah pula asyik keluar daerah, terpaksalah Cik Normah tinggal sendirian di rumah, jadi macam manalah Cik Normah nak mengadakan rumah terbuka tanpa suami tercinta ya tak? Nampaknya tahun ini Cik Normah menumpang rakan Hip dan Bintang Popular saja kot yang akan mengadakan rumah terbuka tak berapa lama lagi. Tak sabar Cik Normah nak tengok menu apa yang akan dihidangkan nanti. Harap-harap adalah kambing panggang yang sememangnya menjadi kegemaran Cik Normah. Sebenarnya di sini Cik Normah bukannya nak bercerita mengenai rumah terbuka, sebaliknya program televisyen yang disiarkan sepanjang minggu raya yang lalu. Cik Normah tengok stesen televisyen berlumba-lumba cuba untuk menghidangkan program menarik buat penontonnya. Maklumlah nak kejar rating. Bagi Cik Normah tak menjadi apa-apa kesalahan. Lagipun, semuanya bersaing secara sihat.

Bagaimanapun, dalam sibuk berlumba-lumba itu, Cik Normah lihat kebanyakan stesen televisyen menyiarkan program yang hampir sama. Buka TV1 muka artis itu, TV2 pun dia, TV3 pun dia hinggalah kepada stesen berbayar. Siapa lagi penyanyi yang Cik Normah maksudkan kalau bukan penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza.

Kata si Sherry Kepochi yang memang minat gila dekat Siti, dia terpaksa menadah telinga mendengar kakaknya mengomel. Kata kakak Sherry Asyik-asyik Siti , asyik-asyik Siti tak ada muka lain ke?

Memandangkan Sherry ini Sitiology, alah geng-geng peminat setia Siti lah tu macam si Lara Kirana Manja juga, jadi dia terpaksa menahan telinga dan mulut daripada menyerang kakaknya semula. Bukan apa, hari baik bulan baik, takkan nak berperang hanya disebabkan Siti Nurhaliza. Sah-sah baru saja bermaaf-maafan, takkan kerana Siti Nurhaliza, kemaafan menjadi tak bererti pula ya.
Tapi satu yang Cik Normah pelik, kenapa stesen televisyen semua tak berlumba-lumba buat program untuk artis wanita lain yang suara mereka pun tiada kurangnya. Mana pergi Misha Omar yang setahu Cik Normah kesayangan RTM? Kenapa RTM tak terbitkan program khas raya untuk Misha, mana pergi Siti Sarah, Dayang Nurfaizah dan lain-lain.

Kenapa hanya Siti saja yang jadi perhatian stesen televisyen tak kiralah berbayar atau pun tidak. Sampaikan pembantu pejabat yang Cik Normah panggil Mat Poyo boleh cakap, agaknya kalau tak ada Siti Nurhaliza, stesen TV kita tidak ada penonton. Begitulah pandangannya yang poyo tapi bernas juga tu.

Bukan setakat Siti Nurhaliza, satu lagi yang menjadi persoalan saudara mara yang berkunjung ke rumah, kenapa raya tahun ini terlalu banyak cerita hantu?

Boleh dikatakan semua stesen menayangkan filem hantu tak kisah tempatan mahupun antarabangsa. Apa tak ada cerita yang lebih bermanfaat lagi ke untuk dihidangkan kepada penonton? Sampai Cik Normah pun naik takutlah nak keluar beraya kerana takut dikacau hantu.

Selain itu, satu lagi yang Cik Normah perhatikan filem arahan Razak Mohaideen dan filem terbitan David Teo turut menguasai stesen televisyen kita. Ada yang suka, tak kurang juga yang kata boring. Tanya mereka pada Cik Normah, adakah filem arahan pengarah lain dan penerbit lain tak ada sampai terpaksa berkali-kali putarkan filem orang yang sama.

Cik Normah memang tak boleh nak beri jawapan sebab Cik Normah bukannya bos stesen televisyen, kalau nak tahu tanyalah sendiri kepada mereka! Atau mungkin juga mereka pun terlepas pandang perkara macam ini.

Sumber: Berita Harian

FanCT: Well...dah CT fofular...mestia asyik die je..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 10:54 PM | Show all posts
kalu org lain ada ko org nk tgk...terima la hakikat dia yg paling popular kt malaysia ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 11:35 PM | Show all posts
kalu org lain ada ko org nk tgk...terima la hakikat dia yg paling popular kt malaysia ni...
Alvida Post at 23-9-2010 22:54



    BTOL TU!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 10:08 AM | Show all posts
program dia banyak pun tapi buat persembahan semua menarik and bersungguh...ok le tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 11:36 AM | Show all posts
ha.. inilah buktinya tak timbul soal anak emas..

kalau dah semua stesen tv dia ada, maksudnya tak timbul soal dia jadi anak emas stesen tv mana2.. ia hanyalah kerana dia yg terbaik dan stesen2 tv masih meyakini dia yg terbaik, mungkin jugak tak banyak songeh dan berbaloi..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2010 06:04 PM | Show all posts
ha.. inilah buktinya tak timbul soal anak emas..

kalau dah semua stesen tv dia ada, maksudn ...
eddysheddy Post at 24-9-2010 11:36



   AGREE!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2010 08:32 AM | Show all posts
stakat ct, aku x heran. kat rumah aku pon ade ct, bukan satu ct je, ade seratus ct. modenas ct100
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2010 09:27 AM | Show all posts
stakat ct, aku x heran. kat rumah aku pon ade ct, bukan satu ct je, ade seratus ct. modenas ct100
sepulnuar Post at 25-9-2010 08:32



   HAHAHAHAHA....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2010 02:17 PM | Show all posts
Reply 1# FanCT


   
Kata si Sherry Kepochi yang memang minat gila dekat Siti, dia terpaksa menadah telinga mendengar kakaknya mengomel. Kata kakak Sherry Asyik-asyik Siti , asyik-asyik Siti tak ada muka lain ke?


apa plak siti je yang kuar...ada lagi artis yang kuar TV hari hari sehari 3-4 kali hahaha...cuba teka sape? jawapan nya adalah Mak Mah!!! semua cite dia kuar..dari gondorowo, ular emas, congkak, jgn pandang belakang, momok the movie dan lain lain...haha pencabar siti tuh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 03:43 PM | Show all posts
artis lain ade ke org nak tgk??? hahaha...klu ade pun, x seramai org yg tgk prog ct... percayalah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 03:51 PM | Show all posts
artis lain ade ke org nak tgk??? hahaha...klu ade pun, x seramai org yg tgk prog ct... percayalah
privet Post at 25-9-2010 15:43



    ct
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 04:51 PM | Show all posts
artis lain ade ke org nak tgk??? hahaha...klu ade pun, x seramai org yg tgk prog ct... percayalah
privet Post at 25-9-2010 15:43



    ada ke org yg tak percaya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 12:53 AM | Show all posts
hahahaaha..bapak aku pon bising , on je tb nmpk ct
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 11:19 AM | Show all posts
Reply  FanCT


   

apa plak siti je yang kuar...ada lagi artis yang kuar TV hari hari sehari ...
KimoraHakim Post at 25-9-2010 14:17


yeah...hidup mak mah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 11:44 AM | Show all posts
dah siti nurhaliza popular, nak buat cmne. sape yg x suka dia, pekakkan telinga je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 04:22 PM | Show all posts
i like ct
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 08:21 AM | Show all posts
kalau industri hiburan...tidak mengenahkan artis2 yang ada..mcamana orang ramai nak kenal? apabila artis indonesia berlambak2 top kat malaysia..kita kata....kenapalah kita mengenepikan artis tempatan...walhal kita sendiri pun mcam tu..

cuba kita renung2kan...takkan siti nak lawan satu dunia untuk malaysia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:53 AM | Show all posts
aku suke siti..
tapi..musim2 raya bebaru ni x dpt nk tgk gk..laki aku tak suke tk,jadi alih2 die jgk yg menang. tak berkesempatan jgk.

raya baru2 neh..aku terperasan.muke memey pon byk kali gk kuar tb. Sampai ade 1 cite kat tb1, yg de yg jadi heroin tuh..tajuk GIA kot..kami neh standard tadak astro..so tgk tb freee aje la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 10:21 AM | Show all posts
program dia banyak pun tapi buat persembahan semua menarik and bersungguh...ok le tuuu
jemir1st Post at 24-9-2010 10:08


aku setuju ...menarik dan bersungguh2.... artis lain bukan tak bersungguh.. tp tak menarik... tahun ni aizat n faizal tahir pn ader show kat tv gak kan.... yg nyata..artis2 popular dan hebat.. bukan artis setakat tayang badan sana sini jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.165628 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list