CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7096|Reply: 31

Apa Ceritanya: 'Saya minta maaf'

[Copy link]
Post time 3-10-2010 10:38 AM | Show all posts |Read mode
http://www.bharian.com.my/bharia ... maaf_/Article/index

Faizal Tahir akui kesilapan sukar nak jawab telefon, balas SMS wartawan

PENYANYIpopular yang kini dikenali sebagai duta kempen Bebaskan Bumi Palestin,Faizal Tahir, 32, memohon maaf secara terbuka terutama kepada mediamassa apabila sebelum ini dia didakwa semakin ‘kekwat’, keberatanmemberi kerjasamanya kepada wartawan sehingga tidak melayan panggilantelefon mahupun membalas kiriman SMS (khidmat pesanan ringkas) mereka,sekali gus gagal memberi maklum balas terhadap majikannya, The 8 Unityang berurusan dengan beliau.

Faizal yang muncul dengan album terbarunya, Adrenalin mengakui diaberterima kasih terhadap komen dan kritikan pedas pihak wartawan yangbaru-baru ini menyelar kesilapannya itu apabila ia mampu memberinyakesedaran memperbaiki kelemahannya.
Ruangan pojok, Teropong terbitan B*POP 19 September lalu denganjudul ‘Alahai Faizal Tahir’ antara lain melaporkan Faizal seringmengelak temu janjinya bersama media massa apabila dia gagal dihubungimenerusi telefon mahupun SMS sekalipun dengan bantuan The 8 Unit.
“Sebenarnya tak pernah timbul sebarang isu antara saya dan pihakmedia massa yang mendakwa saya ‘kekwat’. Sesiapa yang mengenali sayasecara dekat, mereka tahu saya senang bekerjasama. Saya tidak berniatmengelak daripada sebarang publisiti kerana sebagai seorang artis, sayaamat memerlukannya. Cuma sejak kebelakangan ini, saya terlalu sibukmengurus kerjaya mahupun terbabit dengan kerja sukarelawan.

“Tambahan pula, ramai teman media tidak mengetahui saya mempunyainombor telefon yang baru, justeru mereka gagal menghubungi saya.Mana-mana wartawan yang menghubungi saya menerusi nombor baru,insya-Allah saya akan jawab atau membalas kiriman SMS mereka. Sekiranyatiada jawapan atau balasan SMS pada ketika itu, bermakna saya sedangbekerja sama ada masih menjalani latihan menyanyi atau pertunjukanpentas.

“Saya akui, bukan dengan wartawan saja saya sukar menjawabpanggilan telefon atau membalas kiriman SMS, sebaliknya pihakpengurusan, The 8 Unit turut berdepan dengan masalah sama.Kadang-kadang ahli keluarga sendiri mahupun teman rapat sukarmenghubungi saya. Apabila saya dalam keadaan bekerja, saya fokus danamat tidak suka diganggu. Itu memang perangai saya. Isteri saya sediamaklum perkara berkenaan.

“Jadi, apabila ada dakwaan saya sukar memenuhi undangan fotografi,saya terpaksa menidakkan perkara berkenaan. Sejak kebelakangan ini,khususnya sepanjang Ramadan, hanya satu atau dua saja sesi fotografiyang gagal saya hadiri. Tambahan pula, bapa saya selaku Ketua PegawaiEksekutif, Aqsa Syarif ke Lubnan sempena kempen Bebaskan Bumi Palestinpada Ramadan baru-baru ini, membuatkan saya bertambah sibuk.
‘Banyak luang masa dengan keluarga’

“Justeru, saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga, selainberbuka puasa dengan mereka. Jadi, sepatutnya tak perlulah ditimbulkanisu saya sukar memberikan kerjasama kepada media massa.

“Namun, pada kesempatan ini, dengan hati yang ikhlas, secaraterbuka saya mohon maaf dengan semua pihak terutama rakan wartawan yangmungkin tersinggung dengan sikap saya selama ini apabila mereka sukarmenghubungi saya. Saya pula jenis yang susah nak jawab telefon danbalas SMS. Pun begitu, saya tak pernah berniat bangga diri ataumenyombong dengan mana-mana pihak. Masih banyak yang harus sayapelajari.

“Tapi, saya berterima kasih dengan komen dan teguran daripadapihak media massa mengenai kelalaian ini. Saya akui tersasar dan perlukembali ke landasan yang sewajarnya,” kata Faizal yang popular menerusilagu Selamat Malam.

Artikel yang sama turut melaporkan Faizal gagal menghadiri sesifotografi sempena Aidilfitri di kediaman Datuk Siti Nurhaliza,baru-baru ini. Sebagai makluman, sesi fotografi yang membabitkankira-kira 20 artis popular itu tidak berlarutan sehingga waktu berbukapuasa, sebaliknya berakhir empat jam sebelum Maghrib. Pun begitu, pihakThe 8 Unit memaklumkan Faizal tidak sempat hadir kerana dia terbabitdengan urusan peribadi bersama keluarganya.

Kecewa tak dapat hadiri fotografi

Ini jelas membuktikan Faizal lebih mengutamakan hal peribadinyaberbanding soal kerja, manakala pihak pengurusannya pula dilihatterlalu memanjakan beliau sehingga menurut saja kemahuannya tanpamendesaknya supaya memberi kerjasama kepada media massa.

“Siapa yang tidak mahu bersama teman artis lain menjayakan sesifotografi berkenaan, lebih-lebih lagi ia turut disertai Datuk Siti(Nurhaliza) yang sebelum ini banyak membantu kerjaya saya. Sebenarnyasaya amat kecewa dan terharu tak sempat datang sebab ada hal peribadibersama keluarga. Namun, sampai bila-bila pun saya tetap denganpendirian, keluarga akan diberi keutamaan berbanding kerjaya, keluargatetap nombor satu!

“Pada tarikh fotografi berkenaan, saya sudah membuat perancanganlebih awal untuk berkumpul bersama keluarga, bermula tengaharihinggalah waktu berbuka puasa. Memang saya tak dapat elak dan terpaksamengenepikan kerjaya. Sekiranya ada pihak kurang senang denganpendirian saya, saya tak terdaya berbuat apa-apa, saya hanya mampuminta maaf termasuklah dengan Datuk Siti sendiri,” katanya lagi.

Faizal yang menempa populariti menerusi lagu Sampai Syurga danMahakarya Cinta turut memberi penjelasan terhadap dakwaan kononnya diapernah menyuarakan kepada The 8 Unit, beliau tiada masa menghadirifotografi bersama wartawan, sebaliknya bercadang mengirimkan kepadamereka foto terbarunya, sekali gus menampakkan sisi keangkuhannya sejakdirinya dibaluti kemasyhuran.

“Saya dah lama bercadang menjayakan fotografi sendiri sebagaikoleksi peribadi dan simpanan pihak pengurusan untuk tujuan profil.Apabila ada promosi, pelanggan mahupun penganjur boleh menggunakan fototerbaru saya. Namun, fotografi sendiri ini memang tidak ada kenamengena langsung dengan hasrat mengirimkan foto berkenaan kepada pihakmedia massa untuk tujuan publisiti. Pun begitu, sekiranya adapermintaan daripada wartawan, foto berkenaan boleh juga digunakan untuktujuan publisiti,” jelas Faizal.

Tak pernah berniat berlagak kekwat

Ada juga dakwaan melaporkan Faizal bersikap angkuh atau tidakmesra media, kononnya kerana menganggap dirinya rock star, selainmenjadi anak emas TV3 serta mendapat perhatian daripada pengurusankanan stesen TV berkenaan. Justeru, sejauh mana kesahihan dakwaan itu?

“Sekiranya betul pihak pengurusan kanan ‘sayang’ kepada saya,alhamdulillah. Jujurnya saya tak pernah tahu. Apa yang saya perhatikan,layanan mereka terhadap artis yang bernaung di bawah label Media PrimaBerhad (MPB), semuanya sama rata, langsung tak ada pilih kasih. Bagisaya, isu Faizal Tahir anak emas TV3 atau MPB, bukan perkara baru,lebih-lebih lagi sejak kemenangan saya pada Anugerah Juara Lagu (AJL)sedikit masa lalu.

“Namun, apa yang saya miliki hari ini adalah hasil kerja kerassaya selama empat tahun. Sekiranya pihak atasan senang denganpencapaian itu, saya bersyukur. Pun begitu, saya tidak pernah berniatmenggunakan kesempatan itu untuk b

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2010 06:30 PM | Show all posts
nampaknya satu persatu leteran si zubir FT kena jawab
mengutamakan keluarga dah jadi macam satu kesalahan besar
tapi respect sebab dia tetap pertahan pendirian tu
dan tetap minta maaf dengan wartawan
bagaimanapun, FT tidak sempurna, ada perangai buruk yg susah nak ubah seperti juga manusia lain termasuklah wartawan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2010 07:55 PM | Show all posts
he's so humble kan...kalo wat salah...cpt2 mohon maaf..xder lerr mudah nk melenting x tentu psl n jdk hipokrit cam sesetengah artis tuuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 09:45 PM | Show all posts
IKLAN:

Famous Malaysian singers and music artists Faizal Tahir and Jason Lo are our special guests on FourFourTwo (BPL) on Tuesday October 5th on ASSP 3 (Ch: 817).

Sumber: FourFourTwo Facebook
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:06 PM | Show all posts
kesalahan FT cuma x jwb call/sms dan x maklumkan cepat2 dia dh ada no fon baru. ITU SAHAJA. tapi dibesar2kan seolah2 dia buat BYK KESALAHAN BESAR. balik2 diulangtayang crita2 anak emas la, tu la ni la...

dia dh minta maaf kira ok la. tetapi wartawan esp jubeer sepatutnya kena RESPECT dgn pendirian FT - utamakan keluarga dan sgt2 x suka diganggu apabila tgh fokus bekerja.

ayat si jubeer - "Artikel yang sama turut melaporkan Faizal gagal menghadiri sesifotografi sempena Aidilfitri di kediaman Datuk Siti Nurhaliza,baru-baru ini."
bila plak gagal menghadiri? gagal dihubungi ada la. gagal menghadiri bermakna dh berjanji nk dtg photoshoot tp at last x dpt dtg atau mungkir janji. so kt celah mana yg pejal gagal menghadiri?? pls la jubeer... byk2 kan belajar guna ayat yg betul!!!

satu ayat yg aku dh muak gak dgr - artis dan media saling memerlukan, artis perlukan media utk publisiti dan media perlukan artis utk bahan berita TETAPI REALITINYA seolah2 media umpama bos, artis pekerja. klu pekerja x ikut kemahuan bos alamatnya siap la engko....

dlm apa2 jua perkara berbangkit aku tgk pejal ni jenis x suka besar2kan dan pjg2kan cerita, x suka gaduh2 dan slalu ambil pendekatan yg baik dgn memohon maaf dan memberi penjelasan yg wajar (wajar pd dia tp x tau la pd org lain esp jubeer). itu satu sikap yg baik, itu kelebihan dia dan itu juga merupakan kelemahan dia yg slalu diambil kesempatan oleh pihak2 yg x bertanggung jwb, yg suka mereka2 crita dan yg suka buat kecoh......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:27 PM | Show all posts
respect kat ft sbb minta maaf walaupun bkn 100% salh dia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2010 07:39 AM | Show all posts
off da topic sat...

keta incik FT eksiden kah...?...nmpk pic kt twitter dia pg tdk...plzz correct me if i'm wrong keh...tq
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 08:56 PM | Show all posts
salah ke dia nak utamakan keluarga ??

kang cakap stupido marah, FT tu berkeluarga, ada hati yang nak dijaga....apa punya wartawan la....

tak apa FT, i tetap support u
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 10:45 PM | Show all posts
kesalahan FT cuma x jwb call/sms dan x maklumkan cepat2 dia dh ada no fon baru. ITU SAHAJA. tapi dib ...
sicomel Post at 3-10-2010 23:06



    setuju sgt ngan pendapat ko.. kdg2 nmpak macam retis ni jadi boneka media.. padahal sepatutnya hak diorang nk demand kalu benda tu dirasakan betul.. tp yg pelik media ibarat x blh djentik.. sensitip x bertempat! buek!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:50 AM | Show all posts
dalam kes ni sokong FT juga
untung nye wife FT, somi masih tak lupa balik rumah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 08:16 AM | Show all posts
retis cerdik laen cikit....yg budus tu yg selalu dok menipu bagai..pas tu kantoi lak...lg la nampak dungu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 08:24 AM | Show all posts
respect kt FT.......sanngup minta maaf walaupun bukan salah dia sepenuhnya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 08:41 AM | Show all posts
suka lagu FT
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:05 AM | Show all posts
utamakan keluarga selagi masih ade....kerja boleh di cari ganti tp keluarga hilang tiada berganti
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:34 AM | Show all posts
aku sker FT!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:35 AM | Show all posts
Salam...

Boleh tau tak, apa maksud 'kekwat' tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2010 09:40 AM | Show all posts
utamakan keluarga selagi masih ade....kerja boleh di cari ganti tp keluarga hilang tiada berganti
qidrani87 Post at 5-10-2010 09:05


daku mengklik 'like' kt statement ini.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 09:41 AM | Show all posts
Salam...

Boleh tau tak, apa maksud 'kekwat' tu?
daunkesum Post at 5-10-2010 09:35


kalo x silap...kekwat = sombong/berlagak dan seumpama dgnnya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:10 AM | Show all posts
faizal tahir faizal tahir
faizal tahir faizal tahir
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:13 AM | Show all posts
kesalahan FT cuma x jwb call/sms dan x maklumkan cepat2 dia dh ada no fon baru. ITU SAHAJA. tapi dib ...
sicomel Post at 3-10-2010 23:06



    aku stuju ngn stetment ni......

kite tgk ape plak reaksi jubeer yg mulut mcm jumboxxx tu.........:@
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.526574 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list