CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3540|Reply: 10

Faizal Tahir : Saya OK! - Gua

[Copy link]
Post time 14-10-2010 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sicomel at 14-10-2010 21:16


Faizal Tahir : Saya OK!

by sultanmuzaffar | 14 Oct 2010 |                  
                                                                                                                                                                                             
                     
"Saya OK. Memang benar saya tak dapat berjalan dengan betul selama 3 hingga 4 hari, tapi sekarang, Alhamdulillah, tidak ada masalah," itulah jawapan Faizal Tahir apabila ditanya GUA mengenai kecederaan yang beliau alami ekoran kemalangan jalanraya yang melibatkan dirinya baru-baru ini.

Minggu lalu, Faizal telah hilang kawalan ketika memandu di Kerinchi Link yang menyebabkan kereta Honda Civicnya terbabas dan mengalami kerosakan teruk.

"Selepas insiden itu, kaki saya memang bengkak dan berdarah, dan saya tidak dapat berjalan beberapa hari kerana kebetulan itulah kaki yang pernah dibedah sebelum ini. Saya juga mengalami demam sepanjang beberapa hari itu." jelas Faizal.

Faizal yang ditemui di Sri Pentas tengahari tadi sememangnya kelihatan ceria dan sihat.

Walaubagaimanapun nada Faizal berubah seketika apabila ditanya mengenai komen-komen dan persepsi negatif mengenai kemalangan tersebut.

"Ramai yang bertanya, ke mana saya pergi hingga pulang awal pagi? Jawapannya, saya pergi ke rumah terbuka "bandmates" saya. Dan di dalam kereta ketika itu bukan saya dan adik saya saja, malah isteri dan anak-anak pun ada. Mujurlah dalam kejadian itu, hanya saya saja yang mengalami kecederaan. Yang lain turut demam beberapa hari dan Alhamdulillah tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal."

Apabila ditanya mengenai projek seterusnya, Faizal hanya tersenyum dan berkata yang beliau begitu tidak sabar untuk menunggu Shout! Awards yang bakal menjelang bulan November nanti.

Malam semalam, Faizal menerima tiga pencalonan iaitu dalam kategori 'Rockstar Award', 'Power Vocal Award' dan 'Hot Guy Award'.


p/s - Alhamdulillah... FT sekeluarga smua ok. next time be more xtra careful, lebih berhati2 di jlnraya ya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2010 10:14 PM | Show all posts
blk awal pagi jer mesti buruks sangka.......
nasib ada saksi yg blh dpercayai.......
kalo x jenuh si pezal nk menjawab........
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 10:14 PM | Show all posts
blk awal pagi jer mesti buruks sangka.......
nasib ada saksi yg blh dpercayai.......
kalo x jenuh si pezal nk menjawab........
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 07:08 PM | Show all posts
semalam I kuarjam 3.15 pagi balik jam 3.45 pagi.... cari roti canai perut lapar
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 02:36 AM | Show all posts
blk awal pagi jer mesti buruks sangka.......
martiena Post at 14-10-2010 22:14



   ler dah name melayu, kalo tak buruk sangka takkan melayu tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 08:21 AM | Show all posts
Reply 5# C-Fu


    yg btol2 patut buruk sangka xlak duburuksangkakan...eh apa ayat aku ni....hehe
kalo yg keje shift mlm cam hotel ke pacit guard ke dr or nurse ker........tp blk x pakai unform....mesti terok diburuksangkakan?.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2010 03:21 PM | Show all posts
2 pesal aku heran nape mule2 ckp FT ngan adik je
padahal tau anak2 pun ade skali
so glad he cleared this up n berterus terang
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 04:33 PM | Show all posts
sya pun ok gak...hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2010 02:38 AM | Show all posts
hidup di KL mana pernah tido. Tak heranlah balik rumah pukul 3 - 4 pagi. Tak semestinya buat benda jahat. Life dah macam ni. Cuma tak berapa selamatlah sebab jenayah dan accident selalu berlaku time time macam ni. ramai orang mabuk kat jalanraya tu. Accident ni bukan hanya kita langgar orang. kita duduk diam diam pun kalau dah orang langgar kita sama laa jugak malangnya.

Anyway hopefully FT speedy recovery. I like him very much.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:37 AM | Show all posts
standardlah tu..asal cakap artis..balik kul 2,3 pagi org cakap pi clubbing lah,,itulah..inilah..tambah2 lagi bila melibatkan eksiden
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 05:11 PM | Show all posts
Harap FT sembuh cepat2 supaya dia dpt perform kat semi-final Muzik-Muzik 2010 yg akan menjelma tak lama lagi.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.162332 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list