CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2665|Reply: 0

Harap perolehan kapal MRSS disegerakan

[Copy link]
Post time 30-11-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Harap perolehan kapal MRSS disegerakan

Muhamad Lokman Khairi
[email protected]



Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad (tiga dari kanan) dibawa meninjau barangan logistik yang dibawa KD Mahawangsa oleh Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kepten Mohd Amin Mat Tahir (dua dari kiri). FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.




Lumut: Perolehan dua kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) diharap dapat disegerakan untuk memperkasa pengoperasian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga pertahanan negara.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad berkata, kapal itu yang dijangka diterima pada 2024 penting untuk memastikan kelancaran operasi berikutan usia kapal sedia ada sudah hampir 40 tahun.

"Diharapkan pihak pengurusan dan Kementerian Pertahanan dapat mengambil pertimbangan untuk kita dapatkan segera kapal MRSS.

"MRSS ini sememangnya amat penting bukan sahaja kepada TLDM itu sendiri malahan di peringkat ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan juga negara.

"Adalah baik diadakan dua unit di Malaysia Timur dan di Malaysia Barat," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Tali Kapal Diraja (KD) Mahawangsa sempena pelayaran ke Lubnan bagi ulang bekal Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 di sini, hari ini.

MRSS adalah aset penting bagi memastikan keperluan operasi logistik serta sokongan bantuan kemanusiaan dan bencana alam atau lebih dikenali sebagai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di dalam dan di luar negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.


Disiarkan pada: November 30, 2022 @ 4:51pm




sumber






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.112972 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list