Post Last Edit by manggis70 at 9-11-2010 16:37
![](http://www.textspace.net/img/1288465780_a06f528b_1288465893.gif)
![](http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1167/1167354yin8tsiepj.gif)
Media Hiburan (06 November 2010)
![](http://i818.photobucket.com/albums/zz106/delima_2010/IMG-8-1.jpg)
![](http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1167/1167354yin8tsiepj.gif)
Mangga November 2010
![](http://img222.imageshack.us/img222/6729/imag0026i.jpg)
![](http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1167/1167354yin8tsiepj.gif)
Inilah Barisan Pelakon Kau Dan Aku 2!
22 OKT 2010: Bagi penonton setia drama Kau Dan Aku (KDA), terutama anak gadis sunti...Murai Batu gerenti...tika dan saat ini, hati mereka tertunggu-tunggu dan berkecamuk untuk menyaksikan aksi-aksi pelakonnya yang kebanyakannya dibarisi pelakon baru popular yang tampan lagi comel.
Yelah, 3 pelakon lelaki utama KDA2 adalah trio hebat dari Akademi Fantasia 7 (AF7). Siapa lagi kalau bukan juaranya, Hafiz dan naib juaranya, Aril serta tempat ketiga pula adalah ,Akim yang kini tengah meletup-letup dengan lagu Inilah Cinta.
Bagi Murai Batu sendiri yang pernah dan sempat tengok KDA musim pertama, tertanya-tanya juga di dalam hati bagaimanakah agaknya jalan cerita baru yang bakal ditampilkan untuk KDA musim kedua ini. Adakah ia masih lagi banyak krisis cintan-cintun? Tapi, ada orang bisik di telinga Murai Batu mengatakan ceritanya jauh lebih baik dan berbeza. Lebih banyak muzikal katanya.
Dalam pada itu, Murai Batu juga pasti ramai sudah mengetahui bahawa penyanyi Aku Lebih Tahu, Mila Jirin sudah tiada lagi dalam KDA2. Malah, tempat artis kecil molek ini telah pun sah digantikan oleh pendatang baru bernama Anith yang sebelum ini pernah menyertai pertandingan One In A Million (OIAM).
Bercerita lagi pasal KDA2, pastinya sekarang ini orang memang tengah hangat bersoseh-soseh mengenai penyanyi lagu VIP iaitu Iwan Chew yang dikhabarkan telah disingkirkan dari KDA2 dan tidak lama kemudian, pelantun lagu Awan Nano iaitu Hafiz Suip pula dilaporkan menyertai drama bersiri remaja yang popular tersebut.
Apa kes pun, Murai Batu dapat tahu, penggambaran KDA2 kini sedang rancak dijalankan di sekitar ibu kota dan isu yang berbangkit ini sedikit pun tidak menjejaskan komiten dan penghayatan pelakon-pelakon KDA untuk terus beraksi lincah di depan kamera....
Contoh paling bagus sudah tentu pada hero utama KDA2 iaitu Akim. Anak muda dari Selatan Semenanjung ini masih lagi sempat menjadi hero untuk drama Inikah Cinta? iaitu lakonan si kacak ini bersama Juliana Evans.
Apapun, Murai Batu sebenarnya merasa sangat teruja selepas kali pertama mendengar lagu rasmi baru drama ini iaitu Kau Ku Temu yang dimainkan radio rasmi KDA2 iaitu ERA FM. Lagunya memang best didengar dan rasa nak menari sama bila dihayati lagu tersebut.
Malah, Murai Batu tambah syok melihat video muzik lagu yang dinyanyikan Hafiz, Aril, Akim dan Anith dengan menampilkan hampir ke semua pelakon KDA2. Kalau tak percaya tontonlah sendiri video muzik ini di ruangan video muzik di murai.com.my.
Mengikut penelitian Murai Batu menerusi video muzik video ini, pelakon lama yang masih lagi kekal untuk musim ini ialah Ika Nabila, Akim, Aril, Amar, Farish Aziz, Raja Farah, Anita Baharom, Sabrina Ali dan Puteri Fatin. Manakala pelakon baru pula sudah semestinya Anith, Hafiz, Tony Eusoff, Khaty Azean dan Zulkifli Zain serta Mimie MyStarLG.
Hafiz-Ain Meriahkan Uji Bakat RL5 Di Sarawak
![](http://photo.murai.com.my/10282010_hafizain(a).jpg)
KUALA LUMPUR, 1 NOV 2010: Mengikut rekod siri penjelajahan uji bakat Raja Lawak (RL) dari musim pertama hingga 4, Sarawak masih belum pernah menjadi lokasi untuk krew produksi mencari peserta RL. Pun begitu, RL5 mencipta rekod baru dengan memberanikan diri mengadakan uji bakat di Go Down Amphitheatre Waterfront, Kuching Sarawak pada 30 dan 31 Oktober yang lalu. Produser RL5, Khairul Nizam Jamaludin berkata, uji bakat yang bakal diadakan di Sarawak ini hanyalah sebagai satu percubaan saja. "Kami sebenarnya boleh diibaratkan seperti memperjudikan situasi sama ada dapat sambutan atau pun tidak. Situasi kami sekarang ini adalah sama seperti situasi kali pertama kami mengadakan uji bakat di Sabah. "Sejujurnya, kami yakin untuk buat di Sarawak disebabkan tahun sebelum ini kami ada peserta top 25 yang berasal dari Sarawak walaupun waktu itu kami tidak ada buat uji bakat di sana," kata Nizam. Meneruskan penjelasan, Nizam tidak dapat menafikan di sebabkan peserta itu yang bernama Salman, Astro memberanikan diri untuk ke Sarawak. "Bagi menghangatkan lagi uji bakat di Sarawak, hos utama RL5 iaitu Zizan dan Johan telah bersama-sama kami mencari bakat-bakat baru. Selain itu, kami juga turut mengadakan mini showcase dari 2 bintang AF iaitu Hafiz dan Ain. "Kami juga turut membawa pelawak senior itu Mr Os untuk menjadi juri," ujar Nizam.
![](http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1167/1167354yin8tsiepj.gif)
|