View: 6539|Reply: 1
|
Selain Suka Baca Buku, Rupanya Ada 6 Lagi Tanda-Tanda Anak Bijak, Seronoknya Bila Tahu!
[Copy link]
|
|
Selain Suka Baca Buku, Rupanya Ada 6 Lagi Tanda-Tanda Anak Bijak, Seronoknya Bila Tahu!
Tidak dapat dinafikan, setiap ibu bapa pasti mempunyai jangkaan mereka sendiri terhadap anak. Ini kerana telah menjadi lumrah ibu bapa mengimpikan anak tersayang bijak pandai. Jadi, penulis ingin kongsikan 7 tanda anak bijak yang mungkin anda terlepas pandang atau tidak menyedarinya.
7 TANDA ANAK BIJAK, MUNGKIN ADA DALAM CIRI-CIRI ANAK ANDA
#1. TANDA ANAK BIJAK – MINAT PADA BUKU
Pada zaman yang penuh dengan teknologi canggih ini, bukan senang untuk jumpa anak yang gemarkan buku. Jika anak anda minat baca atau semak kandungan buku, ketahuilah itu merupakan salah satu tanda bahawa mereka itu bijak.
Bahkan, sejurus sahaja anak anda belajar membaca, itulah saat mereka menjadikan pembacaan buku itu sebagai suatu proses pembelajaran.
Menurut New York Parenting, kanak-kanak yang pandai adalah mereka yang menunjukkan minat dalam membaca buku sebelum memasuki alam persekolahan lagi.
Senang kata, jika anak anda lebih suka buku berbanding mainan lain, sudah pasti mereka merupakan kanak-kanak yang bijak!
#2. TANDA ANAK BIJAK – SUSAH UNTUK TIDUR
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa, perangai anak yang susah untuk tidur itu merupakan satu keluhan bagi mereka. Tapi, jangan risau kerana gelagat anak anda yang susah tidur itu merupakan satu tanda anak bijak!
Anak yang cergas dan cerdas kerap kali mempunyai masalah tidur kerana semestinya mereka memilih untuk bergerak meneroka daripada berehat.
Dr. Ruf berkongsi bahawa punca kanak-kanak tidak boleh tidur adalah disebabkan oleh otak mereka yang sedang ligat berfikir.
Jadi, apa kata beri masa untuk anak berfikir dahulu sebelum anda terus mengeluh kerana mereka tidur lewat malam.
#3. TANDA ANAK BIJAK – MEMPUNYAI DAYA INGATAN YANG TINGGI
Pernah tak anak mengingatkan anda tentang janji manis yang belum ditunaikan? Atau anda sendiri yang ada bertanyakan soalan itu kepada mereka untuk melihat daya ingatan anak kuat atau tidak.
Menurut pakar dari New Kid’s Center, jika anak mengingati sesuatu tempat yang dia pernah pergi dan mengenali wajah orang lain dengan mudah, ini bermakna mereka bijak.
Jadi, apa kata cuba uji ingatan mereka dengan bermain permainan yang melibatkan kekuatan memori.
#4. TANDA ANAK BIJAK – TIDAK BERHENTI BERCAKAP
Mesti ada ibu bapa yang sudah biasa dengan anak ‘mulut becok’ sehinggakan kadangkala penat untuk melayan mereka. Sebenarnya, itulah tanda anak bijak! Malah kemahiran bahasa mereka juga semakin baik.
Jadi, luangkan masa dengan anak dan ajak mereka bersembang kerana semuanya adalah proses pembelajaran.
#5. TANDA ANAK BIJAK – SUKA TERMENUNG
Pernah tak perasan yang anak anda kerap termenung? Kalau nak tahu, sebenarnya mereka sedang ligat berfikir dan memberi fokus terhadap sesuatu perkara.
Menurut pakar, kanak-kanak pintar adalah mereka yang memerhati dan memberikan penumpuan seawal usia muda.
Boleh jadi semasa termenung, mereka sebenarnya sedang berimaginasi tinggi seperti membayangkan awan berbentuk donut. Dengar macam pelik, tapi sebenarnya otak mereka sedang cuba untuk menjadi kreatif dengan hanya termenung.
#6. TANDA ANAK BIJAK – SANGAT AKTIF
Kebanyakan ibu bapa rimas dan tidak mahu melayan karenah anak kerana beranggapan ia menyusahkan. Lantas, memberikan anak gajet untuk menarik perhatian. Sedangkan, aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal boleh merangsang kecerdasan otak anak.
Pakar ada menjelaskan bahawa simulasi mental dan fizikal itu membuktikan kepandaian seorang kanak-kanak. Jadi, jika melihat anak sedang aktif, biarkan dia meneroka persekitarannya.
#7. TANDA ANAK BIJAK – MEMPUNYAI MINAT TERHADAP SESUATU PERKARA
Kebiasannya, kanak-kanak kerap bertukar minat. Akan tetapi, jika si kecil mempunyai minat terhadap sesuatu perkara, itu merupakan tanda anak bijak contohnya melukis.
Jadi, sebagai ibu bapa, anda mestilah menyokong minat anak dengan memberi sokongan moral supaya si kecil dapat membesar dengan kemahiran yang dipupuk sejak dari awal lagi.
Jika anda mendapati anak mempunyai salah satu tanda anak bijak di atas, terus berikan didikan yang sewajarnya agar mereka membesar menjadi kanak-kanak yang bijak di masa akan datang.
Sumber: theAsianparent, Healthyway & Pama
https://siraplimau.com/tanda-anak-bijak/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|