View: 1807|Reply: 0
|
Usia Anak 2 Hingga 3 Tahun Memang Sesuai Buat Aktiviti Ini, Tidaklah Bosan Menunggu Ibu Di Dapur!
[Copy link]
|
|
Usia Anak 2 Hingga 3 Tahun Memang Sesuai Buat Aktiviti Ini, Tidaklah Bosan Menunggu Ibu Di Dapur!
Terdapat pelbagai aktiviti kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang sesuai dan boleh disediakan oleh ibu bapa di masa lapang bersama mereka. Menurut Puan Pija Ramli, aktiviti mudah seperti membuat bulatan, melakar orang lidi, dan garisan dapat membantu si manja bersedia untuk menulis dan melukis dengan baik pada usia 5 tahun.
Kalau nak tahu kesan dan kepentingan kepada si manja serta aktiviti apa lagi yang sesuai untuk anak-anak usia 2 hingga 3 tahun, mari teruskan pembacaan anda di bawah.
AKTIVITI KANAK-KANAK 2 HINGGA 3 TAHUN
Bagi ibu ayah yang mempunyai anak di antara usia 2 hingga 3 tahun, tak perlu bagi telefon pintar sementara menunggu makanan sampai. Boleh sahaja buat aktiviti ini bersama anak supaya tak bosan menunggu.
Setiap hari luangkan masa bersama anak 5 hingga 10 minit pun sudah cukup. Insha Allah, apabila anak berusia 5 tahun, anak dah bersedia untuk menulis dan melukis dengan baik.
AKTIVITI ANAK SEBELUM USIA 5 TAHUN
Ibu ayah kena melatih anak buat aktiviti ini sebelum usia 5 tahun:
- Bulatan.
- Bentuk X.
- Garisan menegak ke bawah.
- Garisan lurus ke tepi.
- Menghasilkan lakaran orang lidi.
KESAN KEPADA ANAK:
- Persepsi visual.
- Koordinasi mata tangan.
- Kekuatan motor halus.
- Daya tumpuan.
- Kebolehan mengikuti arahan.
- Kreativiti.
KEPENTINGAN UNTUK ANAK:
- Dapat menulis dengan baik dan kemas.
- Ketika membaca.
- Melakukan aktiviti harian.
- Perancangan mental.
Jadinya, ibu ayah usah menunggu lagi. Boleh mulakan sejak anak berusia 2 tahun dan lakukan secara berperingkat.
Sumber: Facebook Pija Ramli
https://siraplimau.com/aktiviti-kanak-kanak-2-hingga-3-tahun/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|