CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19829|Reply: 150

Konsili Nicea

[Copy link]
Post time 18-12-2010 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Selamat sejahtera!

Sky ingin mengepos mengenai konsili Nicea berkenaan dengan sejarah Gereja Christian khas untuk kawan-kawan Kristiani sky yang bertandang di board ini. Konsili Ekumenikal Gereja yang pertama diadakan pada tahun 325 M. Tujuan konsili Nicea yang pertama diadakan adalah untuk membanteras akidah bidaah oleh Arius. Seawal tahun 320-321 M, Saint Alexander yang menjadi biskop Gereja Alexandria di Mesir meminta diadakan konsili dengan lebih daripada 100 orang biskop dari Mesir dan Libya melaknat Arius dan bidaahnya.

Konsili kemudiannya terus berfungsi rasmi di gerejanya dan merekrut para pengikut. Kemudian dihalau keluar sehingga menyebabkannya terpaksa ke Palestin. Di sana dia ke Nicomedia. Pada saat itu, St. Alexander menerbitkan Epistola Encyclica dan menerima maklumbalas dari Arius. Cendekiawan sejarah Gereja awal iaitu Sozzomen menyatakan bahawa Konsili di Bithynia yang menujukan surat-surat encyclical kepada semua biskop meminta mereka menerima penganut Katolik Arius masuk ke dalam jemaah Gereja Katolik.

Perbalahan berkenaan penerimaan pengikut Arius menyebabkan berlakunya perang antara maharaja Constantine I (306-337) dengan maharaja Licinius (308-324). Kejadian ini juga menggambarkan berlakunya perbalahan keagamaan dari tahun 322-333 M. Maharaja Constantine I berjaya mengalahkan maharaja Licinius dalam peperangan Adrianople, jadi kemaharajaan Romawi menjadi tunggal.  

Kemudian maharaja Constantine I mula menumpukan kepada menjamin keamanan antara umat Christian di dalam empayarnya dan juga membangunkan semula undang-undang sivil. Baginda menghantar surat kepada Saint Alexander dan kepada Arius bagi membantah kontroversi yang membara berkenaan dengan hal-hal yang tak memberi keuntungan kepada sesiapa serta menasihati supaya konflik segera diselesaikan tanpa dilewatkan.

Nampak dengan jelas bahawa maharaja Constantine I tidak begitu faham dengan kontroversi yang ditimbulkan oleh Arius. Hosius of Cordova yang menjadi penasihat agama kepada maharaja mengeluarkan surat imperial kepada Alexandria tetapi masih gagal dalam usaha menjalinkan kerjasama. Hal ini menyebabkan maharaja Constantine I menasihati Hosius supaya segera cari penyelesaian bagi menjamin keamanan dalam Gereja daripada mengadakan konsili ekumenikal.

bersambung...

Artikel New Advent, transcribed by Anthony A. Killeen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2010 11:39 PM | Show all posts
sambungan...

maharaja sendiri dalam surat baginda merayu kepada para biskop dari setiap negara supaya segera datang ke Nicaea. Beberapa orang biskop dari luar empayar Romawi juga datang ke Konsili, mereka termasuklah dari empayar Persia. Tidak dapat dipastikan pula dalam sejarah sama ada maharaja dalam usaha mengadakan persidangan tersebut bertindak dengan nama baginda sendiri atau selari dengan paus. kemungkinan juga, maharaja Constantine I dan Paus St. Sylvester I sama-sama mencapai kata sepakat supaya diadakan konsili ini.

Dalam usaha untuk mempercepat perhimpunan konsili, maharaja meletakkan hak empayar dan orang awam kepada para biskop. maharaja menanggung semua perbelanjaan ahli konsili. Konsili Nicea dihadiri ramai biskop. Ia dihadiri oleh biskop dari wilayah2 yang berdekatan terutamanya dari Asia, Syria, Palestin, Mesir, Greece, dan Thrace. Sesi konsili diadakan di gereja negara dan di dewan tengah istana. Biskop Eusebeus of Caesaria dari Palestin menyebut lebih 250 orang biskop hadir dan manuskrip Katolik berbahasa Arab menyebut angka biskop yang hadir konsili Nicea mencapai 2000 orang. Jumlah orang yang hadir pula mustahil untuk diketahui kerana termasuk dengan paderi, deacons, dan acolytes (minor rank dalam gereja) hadir. Jumlahnya bukan sedikit.

St. Athanasius, seorang ahli konsili menulis dalam suratnya "Ad Afros" menyatakan seramai 318 orang dari gerejanya hadir. Kebanyakan biskop yang hadir berbangsa Greek. Biskop Latin yang hadir adalah Hosius of Cordova, Cecialian of Carthage, Mark of Calabria, Nicasius of Dijon, Donnus of Stridon in Pannonia dengan dua orang paderi Roman iaitu Vittor dan Vincentus mewakili Pope. Konsili ini juga dihadiri oleh ahli yang terkenal seperti St. Alexander dari Alexandria, Eusthathius dari Antioch, Macarius dari Jerusalem, Eusebeus dari Nicomedia, Eusebius dari Caesaria, dan Nicholas dari Myra. Setengah dari orang yang hadir ke Nicea telah menderita diseksa semasa zaman jahiliah manakala yang lain mempunyai pengetahuan yang rendah dalam ilmu ketuhanan dan falsafah Christianity.

Antara ahli yang hadir di konsili itu adlah seorang deacon muda iaitu Athanasius dari Alexandria. Konsili ini menjadi permulaan baginya menempuhi kehidupan penuh konflik dan juga kegemilangan.

bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2010 11:53 PM | Show all posts
sambungan

Tahun 325 diterima tanpa sebarang ragu2 untuk diadakan konsili Nicea I. Kurang persetujuan antara pihak berkuasa awal berlaku berkaitan dengan tarikh pembukaan konsili sahaja. Menurut Acts of the Council of Chalcedon, tarikh permulaan konsili Nicea adalah pada 20 Mei. Lukisan jata konsili pula pada 19 Jun. Tanpa banyak masalah, boleh dianggapkan bahawa synod (perhimpunan akidah) dimulakan pada 20 Mei tanpa kehadiran maharaja sehingga 14 Jun. Lepas kehadiran maharaja, baru sesi rasmi dipanggil dan simbol disediakan pada 19 Jun. Itu pun selepas penyelesaian beberapa hal seperti kontroversi paschal dll. Sesi konsili berakhir pada 25 Ogos 325 M.

Konsili dirasmikan oleh maharaja Constantine I dengan upacara rasmi. Maharaja menunggu sampai semua biskop duduk dahulu baru masuk ke dewan. Baginda berpakaian kebesaran maharaja dengan emas bertatah permata menurut cara pakaian maharaja Timur.  Takhta baginda dari emas dah sedia dan baginda duduk lepas biskop semua duduk. Selepas itu ada kata-kata aluan dan baginda pun menyampaikan ucapan baginda dalam bahasa Latin menyatakan keinginan baginda supaya keamanan antara gereja boleh dicapai semula. Baginda sendiri menjadi pengerusi majlis dan membantu dalam beberapa sesi perbincangan kecil. Hal-hal berkaitan perbincangan ketuhanan ditinggalkan baginda kepada para pemimpin gereja yang hadir. Pengerusi sebenar dalam majlis untuk bidang ketuhanan adalah Hosius of Cordova dibantu oleh delegasi dari gereja Roman iaitu Vittor dan Vincentus.

bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 12:25 AM | Show all posts
sambungan

Maharaja dalam konsili menyatakan bahawa para biskop harus faham bahawa mereka mempunyai banyak lagi hal penting daripada sibuk dengan perbalahan keagamaan dan tuduh menuduh yang tak pernah habis2. Begitu pun, baginda tetap mendengar perdebatan yang telah pun terjadi sebelum ketibaan baginda lagi.

Eusebues of Caesarea dan dua orang pembantunya Socrates dan Sozomen bersama dengan Rufinus dan Gelasius of Cyzicus tidak pula membuat laporan berkenaan perbincangan hal-hal ketuhanan. Rufinus memberitahu hanya berkenaan dengan sesi2 harian yang diadakan dan menyebut bahawa Arius sering dipanggil dalam perhimpunan. Segala pemikiran Arius didengar dibincangkan dengan serius dan penentangan kepada pemikiran Arius juga diambil kira dengan penuh perhatian.

Majoriti biskop terutamanya saint-saint yang pernah terseksa kerana iman mereka semasa zaman jahiliah dahulu mengisytiharkan penentangan terhadap doktrin akidah Arius. Ada dua tokoh seperti Eusebeus of Nicomedia yang menyokong akidah Arius, begitu juga dengan Eusebues of Caesarea yang menulis berkenaan maharaja Constantine I dan juga akidah Arius. St. Athanasius memaklumkan kita bahawa kegiatan konsili Nicea tak pernah dikawal oleh kehadiran maharaja Constantine I. Pada saat konsili, maharaja Constantine I sudah dapat menghindarkan pengaruh Eusebeus of Nicomedia, selepas itu baginda dipengaruhi oleh Hosius of Cordova pula.

Hosius of Cordova juga boleh dikaitkan dengan pengaruh dan kepentingannya ketika formulasi simbol keimanan (credo nicenum) dalam Konsili Ekumenikal I, video dari bahasa Inggeris serta terjemahannya ke bahasa Melayu:




Kami percaya kepada Satu Tuhan iaitu Bapa yang Maha Agung, Pencipta segala perkara yang tampak di mata atau yang ghaib, dan kepada Lord Jesus Christ, satu-satunya dizahirkan dari Bapa sebelum terciptanya alam semesta, yang sama unsur dengan Bapa (ek tes ousias), Tuhan yang benar dari Tuhan yang benar, cahaya di atas cahaya, dizahirkan bukan diciptakan, dari unsur yang sama dengan Bapa (homoousion to Patri), melalui-Nya segala sesuatu di langit dan dibumi diciptakan, Dia yang turun kepada kita lelaki dan perempuan untuk penyelamatan, terjelma, dalam zahir manusia, terseksa, dan bangkit semula di hari ketiga, naik ke langit dan akan turun semula mengadili yang hidup atau yang sudah mati. Dan (kami percaya) kepada Roh Kudus. Barangsiapa yang mengatakan bahawa Jesus bukan, atau Jesus tidak wujud sebelum dizahirkan, dan yang menyatakan bahawa Jesus tidak ada unsur Bapa (ex ouk onton), atau mempunyai roh yang berbeza dari Bapa, atau menyatakan bahawa Jesus Anak Tuhan yang tercipta roh-Nya, atau berubah-ubah roh-Nya, maka Gereja Katolik dan jemaah seluruhnya melaknati mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 12:41 AM | Show all posts
sambungan

Selepas yakin dan menyemak semula formula iman Nicea mengandungi keimanan purba Gereja Apostle, semua biskop bersetuju untuk tertakluk kepada formula iman Nicea kecuali lima orang sahaja yang tidak setuju. Selepas itu tiga orang dari lima orang yang tidak bersetuju tadi mula bersetuju. Jadi hanya tinggal dua orang sahaja yang tidak setuju dengan formula iman Nicea iaitu Theonas of marmarica dan Secundus of Ptolemais. Mereka dibuang negeri dan dilaknati. Arius serta hasil tulisannya juga dilabelkan dengan laknat. Kitab-kitabnya dibakar kerana bidaah dan dia dibuang ke Iillyria.

Senarai nama-nama Church Fathers sampai kepada kita semua dalam keadaan yang sudah terpotong-potong kerana kesilapan penyalin. Senarai itu masih boleh dianggap asli. Pengajiannya menjadi satu masalah yang sering berulang2 masa kini di England dan Jerman. Dalam edisi kritikal H. Gelzer, H. Hilgenfeld, dan O. Contz ada satu salinan, manakala yang satu lagi pada C.H Turner. Dari senarai-senarai yang sudah dibaiki semula, sebanyak 220 dan 218 nama ditemui. Dengan maklumat sumber lain, didapati pula senarai nama 232 paderi atau 237 paderi yang hadir dalam konsili.   

Hal lain yang dibincangkan dalam Konsili Nicea ialah:

1. kontroversi masa meraikan hari Easter dan schism Meletian
2. Ada tiga fragmen yang sampai kepada kita semua melalui konsili Nicea, iaitu fragmen keimanan atau simbol (nicean creed), kitab berkanun (testaments), serta dekri dogma.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 01:29 AM | Show all posts
dalam the da vinci code, punya movie ada pasal konsili ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2010 01:30 AM | Show all posts
dalam the da vinci code, punya movie ada pasal konsili ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2010 03:15 PM | Show all posts
Hi abang sekngucing,

Abang peminat filem rupanya. Filem tu ada menyebut juga tentang Jesus mempunyai keturunan dengan Maria Magdalena kan? Konsili Nicea memang merupakan salah satu daripada beberapa perhimpunan yang agak penting dalam sejarah kekristianan. Kira-kira 300 orang biskop yang hadir bagi membincangkan hal-hal keagamaan dan ketuhanan di samping isu-isu pentadbiran sebab maharaja juga hadir. Da Vinci Code ada membuat dakwaan yang dramatis tentang apa yang berlaku dalam konsili Nicea, kebanyakannya menurut kronologi sejarah adalah tidak begitu tepat.

Tak silap sky buku the Da Vinci Code pun ada kan. Dalam bab yang ke-55 ada disebutkan Sir Leigh Teabing menerangkan kepada Sophie Neveu tentang bagaimana gereja awal mengumpulkan kekuasaan untuk menghancurkan sacred feminine dan cuba mendewakan nabi Isa yang katanya manusia biasa kepada sesuatu yang samawi. Walaupun Sir Leigh Teabing mendapat status sebagai "sejarawan diraja" tetapi dia pun tidak lah tahu semua tentang hal ini dengan begitu mendalam.

Awak boleh lah membuat perbandingan antara scenes dalam the Da Vinci Code dengan fakta sejarah. Dalam the Da Vinci Code, dikatakan bahawa maharaja Constantine I perlu menguatkan tradisi Kristian yang baru dengan mengadakan perhimpunan ekumenikal yang terkenal dalam sejarah dipanggil sebagai the Council of Nicea.

Menurut fakta dari kajian sejarawan, perkara dalam dakwaan ini ada keselarian dengan dakwaan dalam the Da Vinci Code. Memang ada the Council of Nicea, tetapi maharaja Constantine I bukan mengadakan Konsili Nicea untuk mengadakan tradisi yang baru dalam kekristianan. Baginda menjemput para bishop bukan sahaja dari empayarnya malahan dari luar empayar seperti dari empayar lain iaitu Persia semata-mata untuk menjamin kesatuan antara Gereja.

Dalam the Da Vinci Code, didakwa bahawa semasa perhimpunan di Nicea itu, banyak aspek tentang kekristianan dibincangkan. Antaranya isu mengenai tarikh perayaan Easter (hari2 kesakitan, kemangkatan, dan kebangkitan semula Jesus), peranan para biskop, pentadbiran sakramentu, dan juga mengenai divinity of Jesus.

Menurut fakta sejarawan, dakwaan dalam the Da Vinci Code tentang perkara yang dibincangkan dalam konsili Nicea memang betul. Tapi ada satu fakta yang tak disebutkan dengan betul. Para biskop di perbincangan bukan membincangkan tentang divinity Jesus. Tetapi mereka memperbincang tentang jenis "divinity" apakah yang ada pada Jesus.

Ada juga dakwaan Teabing, bahawa Jesus dipandang oleh para penganut dan pengikut yang awal sebagai seorang nabi yang tak ada divinity, seorang manusia biasa, yang mulia dan agung. Menurut fakta sejarawan, ianya salah. Menurut para penyalin New Testament, sehingga ke saat dalam sejarah itu, hampir seluruh penganut Christian yang awal percaya yang Jesus adalah divine (samawi). Baginda dianggap sebagai the "Son of God" oleh umat Christian yang awal dan percakapan kepada Jesus dianggap sebagai percakapan kepada Tuhan.

The Da Vinci Code mendakwa Jesus sebagai Anak Tuhan dicadangkan secara rasmi dan diundi dalam Konsili Nicea. Fakta sejarawan tak selari dengan ini dan ia salah. Jesus memang sudah lama dipanggil sebagai Anak Tuhan sebelum diadakan Konsili Nicea. Idea bahawa Jesus adalah divine tak pernah dicadangkan atau diundi dalam Konsili Nicea. Perbincangan dan debat yang diadakan dalam konsili Nicea berkenaan Jesus adalah mengenai adakah Jesus itu setaraf dengan Tuhan Bapa, atau lebih rendah sedikit tarafnya diciptakan oleh Bapa. Undian itu tak pernah selaras pun, dan hanya ada dua sahaja ketidaksetujuan.

Dakwaan lain dalam the Da Vinci Code ialah maharaja Constantine mengarahkan pengumpulan semua ayat-ayat dan kitab-kitab yang hanya bercakap mengenai divinity Jesus serta membuat Bible yang baru. Kitab-kitab lain yang sebut mengenai kemanusiaan Jesus dibakarkan. Dakwaan ini adalah salah. Divinity Jesus tak diperlukan pun untuk menyatukan empayar Romawi dan tidak perlu juga semata-mata untuk beri kekuasaan kepada pihak Gereja. Pada masa itu, tidak ada pun Vatican. Empayar Romawi hanya seperti empayar Islam sahaja, ia ada kekuasaan keagamaan dengan para mufti dan ustaz yang bekerjasama dengan kerajaan serta seorang nabi seorang manusia biasa (bukan samawi).

Hal berkenaan Bible dalam the Da Vinci Code juga salah. Maharaja Constantine I tak pernah terlibat dengan Bible yang baru atau yang lama. Bible yang wujud sekarang adalah hasil dari perjalanan sejarah berabad-abad lamanya. Konsili Nicea juga tak pernah bincangkan mengenainya.  

Ilustrasi Konsili Nicea dengan maharaja Constantine I di tengah-tengah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2010 03:21 PM | Show all posts
Council ini diadakan 350 tahun SELEPAS JESUS MATI.. oleh Constantine 1 yang WAKTU ITU baru beberape hari MASUK KRISTIAN

sum this :

350 tahun jauhnya dari ajaran asal + diadakan oleh sorang yg baru mendalami kristian = hasilnya.. mcm sekarang... = pagan ritual

AND..

bukan JEsus sorang yg dikenali sebagai "Son of God".. ramai lagi dalam old tastement yg dikenali sebagai "Son of God"
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 03:27 PM | Show all posts
Reply 9# unekspekted_III

Rasanya Ahmed Deedat pernah kata:
"kamu tak akan jumpa satu ayat dalam Bible yang menyatakan Jesus menyebut: Saya Anak Tuhan"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2010 03:39 PM | Show all posts
non-Christian tak dilayan :re:
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 03:43 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 03:46 PM | Show all posts
Reply 12# unekspekted_III

sbb dh x de jawapan nak dijawab... bukankah begitu? tengok je mcm mana paderi2 yg berdebat dgn Ahmed Deedat, semuanya terdiam skjap x dpt balas hujah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2010 03:48 PM | Show all posts
awak ni tak reti adab ke masuk dalam rumah orang? pasti dimanjakan sangat oleh makbapak. itu yang jadi mengada-ngada semacam saja. awak tak ada interest dalam sejarah kekristianan awak berhambus sahaja dari sini. tak ada siapa paksa awak suruh percaya kepada kristianiti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 04:05 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 04:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 20-12-2010 16:17

Reply 15# unekspekted_III

bagaimana pula dengan Apocalypse of Peter yg menyebut Jesus x pernah kene salib?

Jesus ketawa dgn kebodohan orang yg nak salib Jesus...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2010 04:21 PM | Show all posts
Antara dokumen dan bukti tentang perhimpunan Konsili Nicea termasuklah teks-teks yang datang dari konsili terkemudian, surat-surat kecil dan perjanjian.

Dalam the Da Vinci Code, watak Sophie Neveu hanya ketahui bahawa Konsili Nicea melalui Nicean Creed sahaja iaitu kalimat syahadat agama Christian yang dikeluarkan oleh Council of Nicea. Ia mencerminkan keputusan majoriti biskop dalam perhimpunan bahawa roh Jesus adalah divine (samawi) setaraf Bapa dan roh Jesus bukan makhluk yang diciptakan dan hal ini diterangkan melalui Nicean Creed.

Bahagian kedua pula yang mengutuk pandangan bidaah, menjelaskan persoalan jenis divinity apakah Jesus. Pandangan bidaah yang diajarkan oleh Arius dan pengikutnya ialah Jesus bukan sahaja nabi dengan roh manusia biasa tetapi juga tidak setaraf dengan Bapa dan rohnya diciptakan Bapa sedangkan roh Jesus adalah roh Bapa.

Kalimat syahadat untuk iman Nicean didokumenkan dalam beberapa sumber kontemporari termasuklah dalam Acts of Ecumenical Councils of Ephesus dan juga dalam Acts of Chalcedon, dalam Surat Kiriman Eusebeus of Caeserea kepada Gerejanya, dan juga dalam Ecclesiastical Histories of Theodoret and Socrates.

Di samping itu, para biskop yang menghadiri konsili Nicea juga mengeluarkan 20 kanun atau hasilan daripada perhimpunan tersebut. Kebanyakan kanun tersebut hanya menyentuh hal-hal pentadbiran negara dan hal-ehwal duniawi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 04:25 PM | Show all posts
apa la korang dok serang dia ni, aku baru nak baca artikel2 yg dipastenya
-jarang ada org kristian buka thread kat sini, korang plak provoke dia
-kalau mcm ni la perangai umat islam, agak2 org bukan islam akan tertarik kaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 04:26 PM | Show all posts
apa la korang dok serang dia ni, aku baru nak baca artikel2 yg dipastenya
-jarang ada org kristian buka thread kat sini, korang plak provoke dia
-kalau mcm ni la perangai umat islam, agak2 org bukan islam akan tertarik kaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 04:27 PM | Show all posts
Reply 17# sky_ephemeris

so.. that also means... 325 tahun sebelum Nicean creed adopted = christian were praying the wrong way???? only after nicean creed sahaja baru cara yg betul??

jwab.. jgn  malu2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.247971 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list