View: 13986|Reply: 84
|
Untold Histories : Lost Treasures of HH Albert Baker IV
[Copy link]
|
|
Dulu.. sudah bukak :
1st.. Tongkat kepale Emas Padu
2nd.. the famous Gold Dinner Sets and Cutleries of Duke of Allenboroughs, the Conquerer of India
3rd.. Diamonds of Helen
Now..sambungannya.. the 4th.. out of 9 pieces
Kalung 5 bulatan emas 18 karat ni diperbuat pada 1240 Hijrah.. mengikut tarikh dibelakang emas itu..
Digunapakai oleh Sultan Husin semasa pertabalannya
Coraknya menggunakan bunga teluk belangah dan pintalan rantainya dikenali sebagai 'pintalan teluk blangah'.. such identities for gold necklace is not known until that day..
5 bulatan emas - menggambarkan 5 negeri dibawah pemerintahan Sultan Hussin (?)... dan namanya dan gelarannya diukur pada muka hadapan kalun emas tersebut - while, yang belakang.. lambang negeri johor dgn bulan dan bintang bersegi 5
kalung emas mampat ni diserahkan kepada temenggung dan seterusnya kepada Albert Baker sebagai peninggalan kerajaan Johor
PLAUSIBLE FACTS
Dicatatkan oleh source singapore, dan ditiru oleh historian Malaysia :
Sultan Husin - HANYA MEMERINTAH SINGAPURA... bukan Riau... Riau masa tu masih ditangan Puteri Hamidah, kakaknya..
So.. that means, 5 daerah seperti yg digambarkan di kalung itu tidak tepat..
Dituliskan pada muka hadapan setiap 5 keping emas tersebut :
"Al Mutaki Billah Al Malik Al Mubin Al Sultan Hussin Mahmud Shah, Johor dan Takluk, 1240 Sanad"
Gelaran "Sultan johor dan jajahan takluknya.." hanya diguna pakai semasa kesultanan Albert Baker.. bukan Sultan Husin..
dengan 5 keping emas itu.. termasuk 5 daerah = Johor Lama (kulai, kota tinggi, kluang, batu pahat) + jajahan takluknya = Segamat + Muar + Endau + Mersing = baru betul jadi 5 daerah..
dimana kalung emas itu sekarang????
ntaaaahhhhh.................... |
|
|
|
|
|
|
|
kene curi and sold at black market? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 25-12-2010 10:53
rasanya dh kene songlap kot |
|
|
|
|
|
|
|
haram hukumnya memakai emas bagi org lelaki... |
|
|
|
|
|
|
|
orang laki haram pakai emas....
maybe rantai tu dah ade orang lain ambik... |
|
|
|
|
|
|
|
macam berat je emas tu.....kayo den kalo dapat... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by unekspekted at 25-12-2010 19:22
fuuuuhhh.. klua bab hukum plaaaakkkk... hahahahaha..
anyway.. pakai hari2 aku tau memang dah haram.. dijadikan perhiasan.. pun haram..
tapi.. bab2 alat kebesaran.. aku tak tau halal ke haram.. sebab - semua khalifah pakai emas sebagai alat kebesaran.. pedang Nabi pun emas sarungnnya..
yg bijak pandai cakap haram tadi tu boleh explain?? |
|
|
|
|
|
|
|
orang laki haram pakai emas....
maybe rantai tu dah ade orang lain ambik...
card_reader Post at 25-12-2010 12:20
Salaam maaf bro kalau mengganggu thread ini tapi hanya selingan saja, buat perkongsian untuk semua
حدثنا أبو الوليد : حدثنا شعبة، عن الأشعث قال : سمعت معاوية بن سويد ابن مقرن ، عن البراء رضي الله عنه قال : أمرنا النبي صلى الله عليه وسلم بسبع ونهانا عن سبع : أمرنا بإتباع الجنائز ، وعيادة المريض ،وإجابة الداعي ، ونصر المظلوم ، وإبرار القسم ، ورد السلام ، وتشميت العاطس . ونهانا عن آنية الفضة، وخات الذهب، والحرير، والديباج، والقسي، والإستبرق.
Abu al-Walid meriwayatkan kepada kami: Shu'bah meriwayatkan dari Abu al-Ash'ath yang berkata: Kami mendengar Mu'awiyah bin Suwaid ibn Maqarni, dari al-Bara' r.a. berkata: Nabi s.a.w. memerintahkan kami akan tujuh perkara dan melarang kami akan tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami untuk mengikuti majlis pengebumian, menziarahi orang yang sakit, menerima jemputan, menolong orang teraniaya, memenuhi sumpah, menjawab Salam dan mendoakan orang yang bersin. Dan baginda melarang kami dari peralatan perak, perhiasan emas, sutera (harir dan dibaj), mengundi nasib dengan busur dan sutera tebal
- Sahih Bukhari:72-Kitaab Talbis:753 -
Larangan yang sama terdapat dalam Sahih Bukhari dalam 3 kitab yang lain juga terdapat dalam matan berbeza-beza dalam Sunan Abu Dawud:4224,4225,4226 dan Sunan at-Tirmidhi:2819
Tentang Khalifah juga ada perhiasan emas, yang tu tak dapat dipastikan kebenarannya tetapi khalifah-khalifah selepas Khulafa Rashidun seperti Bani Umayyah dan Abbasiyyah terkenal dengan kemungkaran mereka dengan membunuh dan memenjarakan imam-imam dan ulama-ulama hadith dan juga fiqh termasuklah keempat-empat imam mazhab yang pernah diseksa dan dipenjarakan Khalifah-Khalifah Islam. Masakan kita boleh mengikut perbuatan maksiat Khalifah dan meninggalkan imam Mazhab apatah lagi Hadith Sahih Nabi s.a.w. |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam maaf bro kalau mengganggu thread ini tapi hanya selingan saja, buat perkongsian untuk sem ...
arabic_student Post at 25-12-2010 20:33
and.. how about :
1. pedang nabi.. some diperbuat daripada emas..
2. kisah.. aku lupe name sape.. dia ikut pegi hijrah, dia berhajat utk memakai takhta emas raja parsi, so.. .nabi cakap, dia ade peluang tersebut dgn izin Allah... bile nabi wafat.. dia ikut khalid berperang menakluk parsi.. salah satu hasil rampasan ialah tahta emas raja parsi
3. khalifah2 othmaniah, yang baik2 pun.. or.. khalifah2 andalus.. plus, Moghul... sutera dan emas jadi alat kebesaran
mcmmane tu?
bukan 'perhiasan' ataupun 'barang pakaian'.. tapi - alat kebesaran
ade pencerahan?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku ckp terus terang laa. aku blajar agama bukan tinggi sgt.. stakat skolah khas kerajaan johor je.. tu sebab aku tanye.. plus beberape sebab yg jadi 'permasalahan' umat dlm beberape perkara..
aku anggap bende ni mcm :
arak - haram.. termaktub
alchohol - banyak plak pendapat... kegunaan utk perubatan, cat pewarna, pakaian etc.
same mcm permasalahan 'emas' ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# unekspekted
bagaimana pula dengan masjid berkubah EMAS?
================
7 kubah Emas Masjid Di Dunia
1. Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Yerusalem, Palestina
Masjid Qubbah As Sakhrah atau di kenal dengan Dome of the Rock dibangun pada sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang raja dalam bani Umayah dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa
yang selesai pada tahun 710M. Masjid ini dahulu, di anggap sebagai masjid Al Aqsa. Sebahagian orang juga menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar.
2. Masjid Al-Askari di Samarra, Irak
Masjid Al-Askari merupakan masjid syiah yang di bangun pada tahun 944 M. Masjid ini terletak di kota Samarra, Irak. Namun sayangnya masjid ini hancur pada bulan Februari 2006 akibat tidak langsung dari pencerobohan Amerika Syarikat ke Irak.
3. Masjid Suneri, Lahore, Pakistan
Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gubernur Lahore pada tahun 1753 M.
4. Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei
Masjid yang merupakan bagian dari kompleks Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini memiliki 29 kubah yang terbuat dari emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang asri ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih.
Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tamu negara. Masjid ini memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung bisa melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.
5. Masjid Sultan Singapura
Tahun 1928, begitu mendapat wang dari Kongsi Dagang Inggeris sebanyak SGD 3000, Sultan Singapura langsung merenovasi sebuah masjid yang ada di kawasan Little India. Perubahan antara lain juga dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini segera menjadi masjid terbesar di Singapura, dari sekitar 80-an masjid yang ada.
Lain halnya di Singapura. Seberapa pun besar masjid dibangun di sini, tak 1 dB-pun bunyi adzan boleh dilantunkan. “Menganggu ketenangan,” kata seseorang. Meski muslim perlu pengingat solat yang unik seperti adzan, tapi kerana pemerintah tidak memahami kepentingan “adzan” maka adzan dilarang bunyi. Kerana minoriti maka muslim di Singapura diam saja. Diam juga pilihan dan mereka membunyikan adzan lewat speaker dalam ruangan masjid saja: tak sampai keluar.
Satu-satunya (mungkin) masjid yang boleh membunyikan adzan adalah masjid Sultan di sekitar Arab Street. Masjid Sultan adalah masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan national heritage. Oleh sebab itu, ia mendapat perkecualian.
6. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei
Brunei memiliki 2 masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah yang didirikan pertama kali. Mulai digunakan tahun 1958, masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih. Kubahnya terbuat dari emas 24 karat. Biaya pembangunannya menghabiskan USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali diperhitungkan sebagai salah satu bangunan terindah di dunia.
7. Masjid Dian Al Mahri di Depok, Indonesia
Masjid dengan kubah emas yang terbaru adalah Masjid Dian Al Mahri yang letaknya di Depok, Jawa Barat, tepatnya di Jalan Meruyung, Kelurahan Limo, Kecamatan Cinere, Depok
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ckp terus terang laa. aku blajar agama bukan tinggi sgt.. stakat skolah khas kerajaan johor je.. ...
unekspekted Post at 25-12-2010 21:21
maaf bro bukannya sengaja nak timbulkan kontroversi, harap teruskan je topik ni, yang hadith tu selingan je sebab ada yang bertanya.
Memang tak dinafikan khilafah selepas Khulafa Rashidin hidup dalam kemewahan tetapi ada juga khalifah yang sangat zuhud seperti Khalifah 'Umar ibn 'Abdul Aziz persis seorang sufi. Jujurnya aku pun tidak pasti alat kebesaran ni apa, sama ada termasuk sebagai alat perhiasan atau tidak. Yang ni kiv saja la ye.
Macam manapun dalam Fiqh Ikhtilaf (Ilmu Perselisihan), kita boleh berpegang kepada sumber2 hukum yang tidak disepakati (selain al-Qur'an, al-Hadith, al-Qias, al-Ijma') seperti:
Mazhab w Qaulu Sahabiy (Pendapat atau Kata-Kata Sahabat yang tidak wujud dalam Hadith Nabi)
Amalun Ahlul Madinah (Amalan/Perbuatan Ahli Madinah)
Ijma' Ahlul Bait (Kesepakatan Ahlul Bait)
Shar'u Man Qablana (Syariat Umat Terdahulu)
Maslahah al-Mursalah (Kebaikan yang terlepas pandang oleh Syara')
Saddu Zarai' (Mencegah sesuatu perkara yang boleh mendorong kepada kemungkaran)
Adat dan 'Urf (Adat dan Budaya sesuatu Masyarakat)
Tetapi apabila terdapat kontradiksi sumber hukum yang tidak disepakati di atas ini dengan al-Qur'an, al-Hadith, al-Qias, al-Ijma', ia terbatal dengan sendiri sebab kedudukannya lebih inferior. Dan tidak ada pula sumber yang mengharuskan kita mengikuti Amalan Khalifah. Untuk alat kebesaran, bergantung kepada definisi dan tujuannya sama ada ia alat kebesaran yang tiada kaitan dengan perhiasan atau tidak.
Hal ini kerana Hadith nabi tersebut dinukilkan dalam Kitab Sahih Bukhari dalam kitab ke-72 iaitu Kitab Talbis yang berkaitan dengan pemakaian dan perhiasan untuk kedua lelaki dan perempuan. Berkenaan pedang nabi, pedang bukanlah alat perhiasan dan pernahla juga ke muzium yang menunjukkan replika2 pedang ni dan ada pernyataan kat situ yang pedang2 nabi kebanyakannya disimpan dalam istana khalifah dan sentiasa diperelekkon dan diperhiaskannya jadi kemungkinannya yang emas tu bukanlah pada zaman nabi kerana nabi pernah mengarahkan seorang sahabat membuang cincinnya yang diperbuat dari emas.
aku anggap bende ni mcm :
arak - haram.. termaktub
alchohol - banyak plak pendapat... kegunaan utk perubatan, cat pewarna, pakaian etc.
same mcm permasalahan 'emas' ini..
Arak dan Alkohol merupakan dua benda berbeza sebenarnya. Dalam al-Qur'an ia disebut Khamr bererti minuman yang memabukkan dan ia haram diminum. Manakala alkohol dalam Kimia pula adalah apa-apa saja sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi hidroksil (-OH) dan kebetulan dalam penyediaan minuman memabukkan secara konvensional ialah penyediaan alcohol beverage (minuman beralkohol). Banyak cecair yang kita gunakan ada kandungan alkohol juga.
Jelas di situ, yang diharamkan ialah meminum apa-apa yang memabukkan tetapi tiada larangan untuk menggunakannya sebagai perubatan, wangian, cat. Malah perubatan menggunakan alcohol beverage sebagai ubat sapuan merawat luka adalah termasuk dalam Tibb an-Nabi (Ilmu Perubatan Nabi) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply unekspekted
bagaimana pula dengan masjid berkubah EMAS?
================
7 kubah Emas ...
zaharul_asriq94 Post at 25-12-2010 21:30
Emas sepertimana unsur kimia yang wujud dalam dunia seperti besi, karbon, sulfur, platinum merupakan bahan yang berguna, maka sudah tentulah boleh digunakan dalam berjual beli, dalam pembinaan atau apa sahaja. Yang dilarang oleh nabi ialah lelaki yang memakainya bagi manusia. Sama seperti sutera, ia diharuskan untuk wanita tetapi diharamkan bagi lelaki. Sebab itu hadith melarang memakai perhiasan emas wujud dalam kitab ke-72 Sahih Bukhari yang hanya membincangkan perihal pemakaian bagi lelaki dan wanita, bukannya larangan menggunakan emas secara keseluruhan dalam kehidupan manusia
p/s- Masjid Qubah Sakhrah (Masjid Kubah Batu) asal kubahnya hanya diperbuat daripada batu ketika zaman Khalifah Umar. Kubahnya mengalami renovasi dari semasa ke semasa, dan yang emasnya adalah suatu yang baharu sahaja pada ketika Jordan mengawal Baitulmaqdis sebelum kota tersebut ditawan oleh Israel pada 1967. |
|
|
|
|
|
|
|
So, no idea where this necklace is now? Maybe kat Museum DIRaja Johor? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# arabic_student
rite.. seperti kisah abu sulaym merawat luka menggunakan sebatian alkohol yg menyebabkan umar marah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# arabic_student
anyway.. thanks beb, aku tau bende2 asas je.. yg detail mcm ni memang betul aku tak pasti sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
So, no idea where this necklace is now? Maybe kat Museum DIRaja Johor?
afiqmeister Post at 26-12-2010 11:59
not there.
aku x tau sape simpan, but for sure.. in safe keeping SEBAB... gambar tu gambar warna.. meaning that, it survive sampai sekarang.. tapi x tau sape yg pegang |
|
|
|
|
|
|
|
Emas sepertimana unsur kimia yang wujud dalam dunia seperti besi, karbon, sulfur, platinum merup ...
arabic_student Post at 26-12-2010 09:54
aku ade penah terbace, lupe kt mane.. isotop emas memberi effect kpd gen lelaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
anjing gembala kambing nabi ibrahim, dipakaikan rantai emas. jadi sape yg pakai rantai emas ni tahap anjing ajerrr |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# unekspekted
encik uneks percayakah teori itu???
mcm gelang magnet plak yerrr. |
|
|
|
|
|
|
| |
|