CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4329|Reply: 10

operasi Lalang 1987 -( 2nd 13mei)

[Copy link]
Post time 27-1-2011 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by lemontz at 27-1-2011 18:17

Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan


Tahanan ISA
-------------
Antara mereka yang ditahan ialah :
Walaupun kebanyakan tahananan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah tahanan dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh 5 pemimpin parti DAP, beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.

Pada mulanya bilangan yang ditahan ialah 97 orang, yang boleh dikategorikan kepada: parti politik: 37 orang; gerakan sosial: 23 orang; individu: 37 orang.



bersambung~~



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2011 06:06 PM | Show all posts
sambungan~~~

Pendidikan Cina
------------------
Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.

Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiao Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain.

Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan gaya pendidikan sekolah Cina.

Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiao Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur.

Mereka mencadangkan murid-murid memboikot sekolah selama 3 hari.


smbung lg~~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 06:08 PM | Show all posts
Stadium TPCA (melayu serang balas)
-----------------------------------------------
Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib - Menteri Besar Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim , Anwar Ibrahim mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka. Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru menghimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung Jalan Abdul Aziz , kediaman Dato Harun Idris.

Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari menggesa 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'.
Nasib baiklah perhimpunan panas yang bermula jam 2.00 petang (hari Sabtu ?) ini disirami hujan lebat kira-kira 5.00 petang.

Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras-Kajang.

Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UNNO ke-41.

Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Semasa siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata repal M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.

Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia (?)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 06:15 PM | Show all posts


Stadium TPCA - pelbagai sepanduk



Stadium TPCA - hujan lebat.
FRU dh ade mse tu?{:1_126:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 06:16 PM | Show all posts
klu la xujan lebat mase tu...perhhhhhhh xth la jd ape kt malaysia masa skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:09 AM | Show all posts
wah, tak pernah tau langsung pasal kejadian ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-1-2011 09:13 AM | Show all posts
sebenarnya kejadian ni bkn la mcm peristiwa 13..cume kearah tu je..sbb pihak berkuasa dh amik tindakan berhati2 mse kt perhimpunan ms tu..

mse ni semangat 46 pimpinan dato rais yatim pon join skli mse perhimpunan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 10:58 AM | Show all posts
Dulu melayu lebih bersatu.... Sekarang lebih individu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 12:02 PM | Show all posts
wahh. ada x gambar2 lagi?? nak tgk gambar2 perhimpunan irg cina dekat Wisma Persatuan Hainan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 02:44 PM | Show all posts
Tgk neme2 parti ni....

"DAP, MCA, GERAKAN"...

Ideology beza cmne pun, bab2 cmni, diorg pakat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 04:05 PM | Show all posts
tu la klu ade mase nnti aku up kan thread ni...

klu ade sape2 bole tlg memeriahkan thread ni dgn info2 & gambar2 dri both (melayu & cina) pihak amat2 di alu2kan..

sejarah harus diketahui...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.812242 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list