CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6338|Reply: 13

Banyak perkara pelik di Jogja

[Copy link]
Post time 6-2-2011 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Banyak perkara pelik di Jogja
Oleh MAHATHIR JAMIL


PERTUNJUKAN kuda lumping di Indonesia sering berakhir dengan pemainnya membakar diri tanpa cedera, memakan kaca dan menari di atasnya.


YOGYAKARTA atau lebih dikenali sebagai Jogja di Indonesia baru-baru ini digemparkan dengan kemunculan corak bulatan ganjil di tujuh petak sawah padi di daerah Krasakan, Sleman. Penduduk di sekitarnya percaya ia dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO).

Sama ada buatan manusia, makhluk asing atau terbentuk akibat fenomena alam, corak bulatan raksasa itu menarik perhatian ramai selama berminggu-minggu kerana reka bentuk geometrinya yang rapi dan cermat.

Corak bulatan pelik kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.

Bentuk bulatan yang aneh itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiada saksi yang melihat manusia yang melakukannya.

Bentuk ganjil yang ditemui di Sleman itu mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di tengah-tengah bulatan besar yang berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter. Ia ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad, 23 Januari lalu.

Kuno


KESAN bulatan aneh di petak sawah padi menggemparkan penduduk Jogja minggu lalu.


Bulatan itu yang terbentuk berhampiran rumah penduduk kelihatan seperti satu kerja seni geometri manakala kawasan sawah padi lain tidak mengalami sebarang kesan yang sama.

Ketua Polis Sleman, Iwan Ramaini berkata, dia tidak pasti sama ada corak bulatan itu dihasilkan oleh UFO atau merupakan fenomena semula jadi. Satu siasatan polis sedang dilakukan berhubung kejadian itu.

Misteri bulatan bercorak ganjil seperti itu telah lama diperkatakan. Namun, teka-teki itu belum dapat dirungkai sepenuhnya. Ada yang berpendapat kejadian itu telah berlaku di seluruh dunia sebelum kurun ke-20 lagi.

Selain kisah kemunculan UFO di Sleman itu, Jogja sebenarnya menyimpan banyak peristiwa dan perkara pelik yang lain, setidak-tidaknya dari segi amalan masyarakat tempatan.

Menurut Timbalan Pengerusi Tetap, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia, Mohd. Nazaluddin Mat Nazir, ia dipercayai berpunca daripada tradisi masyakarat Jawa yang masih mengamalkan ritual dan amalan kuno yang mempunyai pengaruh agama Hindu dan Buddha.

Jelas Nazaluddin yang mengikuti kursus perubatan di Universitas Sebelas Maret, Solo, contoh yang dapat dilihat adalah di Keraton Yogyakarta dan Keraton Solo di mana penduduknya masih kuat berpegang pada pantang larang tertentu. Malah, peristiwa pelik dan penyakit misteri sering menimpa individu yang melanggar pantang larang tersebut.

Pelik


NAZALUDDIN


“Salah satu kisah yang paling terkenal adalah tentang larangan memakai pakaian berwarna hijau di Pantai Selatan, Jogja. Mereka yang tidak menghiraukannya didapati hilang tanpa kesan.

“Ini dikaitkan dengan cerita penguasa Pantai Selatan iaitu Ratu Roro Kidul.

“Penduduk mengatakan sudah banyak kejadian orang hilang di situ,” ujar Nazaluddin yang sudah tinggal di Solo, Jawa Tengah selama lima tahun.

Ceritanya lagi, upacara menyembah pantai juga masih diamalkan. Penduduk akan menyembelih kerbau dan menghanyutkan kepala kerbau itu berserta beras, buah-buahan dan makanan lain ke laut bertujuan untuk menenangkan laut dan memperoleh hasil tangkapan ikan yang banyak.

“Saya juga pernah menyaksikan pertunjukan kuda kepang (dipanggil kuda lumping di Indonesia) dengan para pemainnya membakar diri tanpa cedera, makan kaca dan juga menari di atas kaca.

“Mereka mengupas kelapa dengan gigi dan memanjat pokok kelapa dengan kaki saja dalam keadaan seperti dirasuk,” katanya.

Menurut Nazaluddin, perkara itu sebenarnya adalah khurafat dan tahyul.

“Ada juga orang Jawa sering menyediakan sajen (sesaji) dan membakar colok untuk roh nenek moyang mereka yang dikatakan bagi mendapat berkat dan restu serta perlindungan.

“Upacara menurun sering dilakukan di sini pada hari tertentu seperti Hari Asyura.

“Upacara itu pula berlainan mengikut daerah masing-masing,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata Nazaluddin, amalan itu tidak mengganggu pelajar Malaysia di sana.

“Mereka tidak pernah mengalami kejadian pelik selepas menyaksikannya,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2011 09:57 PM | Show all posts
alhamdulillah baru balik dari Jogja minggu ni tapi takde pape pelik jadi. Joga best!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 11:26 AM | Show all posts
lagi???....xkan yg nie jea info??
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 03:09 PM | Show all posts
Semua tu jgn sampai terpesong akidah je
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 01:11 PM | Show all posts
bkn setakat kt jogja
seluruh idon ai rasa pelik
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 07:44 PM | Show all posts
nusantara ni mmg byk perkara mistik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2011 11:00 PM | Show all posts
bagi aku rakyat indonesia nie yg pelik.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 08:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by srumut at 21-2-2011 08:48

Yogya not bad actually.

Soal pelik tu aku tak pasti. Yang tak kurang pelik Universitas Gajah Mada di Yogya lebih hebat dari U Malaya. (ikut rank). Masyarakat di sana jurang miskin dan kaya memang ketara. Tak jumpa mcm di negara kita,

Yang paling pelik aku masa kat sana time akademik visit, Nasi Gudek ( siapa ada lauk kepala ayam). Tak tertelan aku. Last sekali melilau cari Restoren Minang yang ada lauk iras2 masakan kita.

Memang pelik nasi tu..macam nasi ayam cuma ada kaki berkuku dan kepala ayam. Memang org sana makan kepala ayam huhu...

Seni dan budaya kat sana memang banyak dipengaruhi dari Hindu. sape yang pegi cuba la saksikan Tarian Prambanam.

Mungkin betul kot rakyat Yoyga atau Indonesia memang pelik tapi tak semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 02:45 PM | Show all posts
indon memang pelik2 belaka...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 8# srumut


   
itu baru nasi gudeg.. try la sop campur
semua benda dlm sebiji kepala lembu dia sumbat dlm sop tu..
hidung, telinga, biji mata pun masuk skali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 10:18 AM | Show all posts
bagi aku rakyat indonesia nie yg pelik.....
card_reader Post at 20-2-2011 23:00


koboi sokong statement ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 03:37 AM | Show all posts
mmg mngarut, lebih2 lagi yg bkn isle, mmg byk kepercayaan karut marut nenek moyang... aritu aku tgk dokumentari majlis kematian kat bali mmg haku xhenti2 geleng pale
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 08:54 PM | Show all posts
mmg mngarut, lebih2 lagi yg bkn isle, mmg byk kepercayaan karut marut nenek moyang... aritu aku tgk  ...
Esperanza Post at 5-3-2011 03:37

cemane majlis kematian diorng?diorg ni agama ape yek?memang org indon ni pangai pelik2 n uke wat benda pelik2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:58 AM | Show all posts
nama pun indon...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.075108 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list