CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4547|Reply: 23

lepas 30 tahun; harta hosni mubarak...US$70 bilion!!

[Copy link]
Post time 6-2-2011 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Harta Presiden Mesir AS$70 bilion?




SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.



KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.



Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.




KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta
(RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London



Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.



ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.



Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi





tak ada nyer dapat reta camtu dgn cara betul.... bila jadik pemimpin... mmg banyak ler dok berasuah ke hulu ke hilir... reta tak berkat.. hidup pung tak berkat... tu yg nanti mati aib  nih!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2011 01:14 PM | Show all posts
buat apa harta banyak2 tu. bila makan roti canai paling bnyk pun 2 keping.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 02:33 PM | Show all posts
buat apa harta banyak2 tu. bila makan roti canai paling bnyk pun 2 keping.
arssdili Post at 6-2-2011 13:14


Komen yang bagus...tapi saya kuat makan Ars, -3 keping, 2 keping tak cukup..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 04:02 PM | Show all posts
dh 30 tahun mubarak in power,
andai kate dia 'turun takhta' lpas ni,
harap2 the new leadership of egypt bukak balik smpadan ngan gaza tu, tlong sedara seugama diorg tu.....
israel skrg pun ngah gabra andai kate mubarak ni step down....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 04:32 PM | Show all posts
kalau separuh reta dia buat beli senjata untuk plastine ker atau negara-negara miskin kan bagus... atau bagi kat aku skit...buat ibadat heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 05:03 PM | Show all posts
70 billion buat educate semua muslim kat dunia ni..pehh...mmg gemilang la islam wa cakap lu...tak payah tunggu imam mahdi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2011 05:20 PM | Show all posts
10 b = pembangunan free energy- tak payah bergantung kat minyak.
10 b = hijaukan padang pasir - Israel bole buat, apasal egypt tak bleh?
10 b = education utk penduduk islam negara2 SEA. terutamanya indo.
15 b = utk operasi & pembangunan ketenteraan - halau israel dari palestin.
25 b = business capital. take over rangkaian business israel.

setel. bukan susah sgt pun// tu baru hosni mubarak nyer harta,
tak termasuk harta sultan brunei, or raja2 arab lain.

israel ni masalah kecik je kalau semua taikun2 islam ni sanggup bersatu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:05 PM | Show all posts
hah, ada sesape tak puas hati?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2011 10:23 PM | Show all posts
70 billion buat educate semua muslim kat dunia ni..pehh...mmg gemilang la islam wa cakap lu...tak pa ...
the^Librarian Post at 6-2-2011 17:03


mana boleh fikir mcm ni. tak payah tungu imam mahadi? kena ingat, imam mahadi ialah satu nikmat dari Allah yg besar.

jgn ingat negara yahudi yg kecik tu boleh dipandang ringan ke. yg backup dia tu org2 kristian yg menjadi kuasa besar. ia juga bakal menjadi anak emas dajjal. para2 kafir itu juga dibantu para iblis dan syaitan yg kita tak nampak. kejahatan yahudi dan nasrani bukannya  simple matter. ia disebut dlm quran.

ingat dgn dgn educate kan semua org islam, da boleh sendiri lawan kuasa2 jahat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 10:29 PM | Show all posts
wah....aku nak beli rumah pun kene loan 30 thn...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 11:17 PM | Show all posts
kaya punya kaya murbarak ni , dia pernah makan murtabak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 08:33 AM | Show all posts
aiyoh... manyaknya duit!

hosni mubarak dengan soltan johor sape lagi kaya?


standardlah semua pemimpin kaya raya samada kaya memang sebab dorang dah kaya, berusaha untuk jadi kaya atau rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 11:10 AM | Show all posts
Taib Mahmud , tunggulah giliran anda mengikut jejak hosni mubarak.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 11:45 AM | Show all posts
mmg logik harta diktator mana2 dunia ni
berkuasa lbh lama lg kayassssssssss
duit nk bwk mati dan 21 keturunan nak pakai duit


ade kes tuu baru 4 tahun berkuasa da usd500 juta wealth
so mana ade nk turun takhta
rakyat biar jd lembu keje smp mati
jgn mimpin nk senang
hidup makin ssh everday
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 12:47 PM | Show all posts
70bil tu pun bukan semua cash money..ia berbentuk investment at egypt..hotel, house, mansion, company..pehhh kaya kaya..hehhe org duk memuja billionair no 1 dunia walhal org tak tahu org2 yg takde nama dlm forbes lagi kaya..!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 04:15 PM | Show all posts
Diorg klu tk suka lg kt hosni ni upah je org pakistan, bom.
Bab2 bom bnuh diri ni org pakistan mmg pakar.
Hmpr tiap2 hr ade kes mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2011 04:36 PM | Show all posts
mana boleh fikir mcm ni. tak payah tungu imam mahadi? kena ingat, imam mahadi ialah satu nikmat  ...
arssdili Post at 6-2-2011 22:23



   sifat "menunggu Mahdi" tu yang lemau tu..dgn menunggu n bergantung pada Mahdi je, kita da kufur nikmat. Kufur dengan akal dan kudrat yang tuhan bagi.

betul ke tak betul? apa lagi alasan yg bole ko bagi?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 04:41 PM | Show all posts
kaya punya kaya murbarak ni , dia pernah makan murtabak tak?
dollah_mufc Post at 6-2-2011 23:17



   hahahahaha..nama je mubarak..kalau tak penah makan murtabak apa gunanya..
yo bro, ynwa...hahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 07:58 PM | Show all posts
hosni punye keluarga mmg kaya raya...bini dia suzzane pun billionaire jugak...dgr cerita dasyat kelakuan dia...bnyk duit charities dari luar negara betina ni songlap...ada satu kisah dia nak satu hospital maternity ni di robohkan sbb bangunan tu nampak buruk kat mata dia..menteri kesihatan bantah sbb tu satu2 nya hospital maternity kat daerah tu, but she insists..kalu soh roboh pastu bina baru tak pa lah, ni soh roboh je..giler betul..last2 menteri kesihatan tu resign sbb tak sanggup nak turut perintah suzanne ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 08:00 PM | Show all posts
aiyoh... manyaknya duit!

hosni mubarak dengan soltan johor sape lagi kaya?


standardlah sem ...
nazurah Post at 7-2-2011 08:33



    kalau zaman dulu kayalah sultan johor tu, zmn sekarang ni dun think masuk list even dlm 1000 billionaires of the world:re:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.412400 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list