CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50944|Reply: 197

Lisdawati Menang Saman Terhadap Nadia Mustafar

  [Copy link]
Post time 13-2-2011 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Akhirnya kebenaran berpihak kepada LisdawatiOleh AMIRAH AMALY SYAFAT
[email protected]
Foto NOOR AZLINA JAAFAR

Tidak takut dengan cercaan mana-mana pihak yang mengata di belakangnya.



PEMILIK nama sebenar Nisdawati Nazaruddin ini punya sebab mengapa hatinya berbunga riang ketika ini. Berita gembira yang baru singgah daripada pihak mahkamah yang mengkhabarkan kemenangan terhadap satu kes samannya terhadap aktres Nadia Mustafar.
Biarpun terpaksa menempuh jangka masa yang agak panjang iaitu lima tahun setelah memfailkan saman sekitar tahun 2005, ia berbayar sama sekali. Keputusan mahkamah yang ‘menyebelahinya’ menyemarakkan hari Lisdawati agar lebih bersemangat dan bertenaga.
‘‘Alhamdulillah, bagi saya kebenaran sudah terbukti. Memang bersyukur sangat-sangat bila mengetahui bahawa saya telah menang dalam kes itu,” katanya ringkas.
Bagaimanapun menurut Lisdawati, kurang manis bagi dirinya untuk memberi komen yang lebih panjang.
“Saya boleh cakap kemenangan di pihak saya dan tak boleh nak ulas lebih mendalam tentang perkara ini, sebab masih menunggu surat rasmi daripada pihak mahkamah,’’ bicara awalnya mengupas kebahagiaan terkini.
Bintang filem Santau ini memberitahu bahawa dia bersedia untuk bercerita lanjut tentang perkara tersebut andai mendapat lampu hijau daripada peguamnya, Karpal Singh apabila tiba masanya nanti.
Buat masa sekarang ini, Lisdawati dilarang untuk memberi sebarang kenyataan yang dikhuatiri boleh mencetuskan percanggahan versi.
Justeru ibu kepada dua anak perempuan ini juga tak mahu mengimbau semula jalan cerita yang menyebabkan dia mengambil langkah memfailkan saman.
‘‘Saya tak nak cerita selagi tak dapat surat. Nanti akan ada banyak percanggahan berita. Minta maaf sangat-sangat. Saya takut kalau dah cerita di sini, media lain pula yang bertanya dan cerita ini menjadi banyak berbeza,’’ pinta Lisdawati minta dimengerti.
Bintang filem Syaitan ini mengakui bahawa banyak merujuk kepada peguam agar bersikap sederhana bagi melancarkan kes yang berjalan di Mahkamah Sesyen. Dia juga tak mahu Lisdawati membesar-besarkan perkara tersebut kepada media.
‘‘Saya naik-turun mahkamah, beri kerjasama terbaik dan kunci mulut daripada bercakap dengan orang luar. Saya membiarkan peguam jalankan tugas dia sampai kes itu berjaya.
“Apabila semuanya sudah selesai, barulah dia maklum pada saya pada 15 Disember lalu bahawa kami berjaya. Memang berita gembira. Rasa frasa ‘penantian itu satu penyiksaan’ itu sekarang berjalan lancar,’’ ceritanya lagi.
Ditanya tentang jumlah kemenangan yang diperoleh, wanita ini cuma diberitahu tuntutan penuhnya yang berjumlah RM250,000 itu berjaya, bagaimanapun ia masih belum dimuktamadkan lagi.
Pada masa yang sama, Lisdawati enggan menjawab persoalan mengenai perancangan yang bakal dilakukan dengan wang kemenangan tersebut.
Alasannya: ‘‘Itu ada nazar lain antara saya dengan ibu, (Hajah Risda, 55 tahun). Biarlah kami anak beranak selesaikan perkara tersebut. Saya tak bersedia mahu bercerita panjang lagi.’’
Tak ada masalah dengan dia
Mengenai Nadia, tidak ada dendam, tidak akan ada pergaduhan. Pelakon drama Kasih Zahra ini juga mengakui bahawa dia tidak masalah dengan pelakon wanita tersebut andai bersemuka empat mata.
‘‘Saya memang tak ada masalah dengan dia sebab kami sesama Islam. Bila kami berjumpa, tetap bersalaman kerana tiada dendam di hati masing-masing. Dia pun apabila nampak saya tak sombong. Kami cukup profesional dengan kehidupan masing-masing. Cuma kami tak berbual, itu saja,’’ katanya jujur.
Menjawab persoalan sama ada Lisdawati dan pelakon yang baru melahirkan anak kedua itu pernah berkawan baik satu ketika dahulu, wanita ini menafikan.
‘‘Sebenarnya, tiada istilah rakan baik. Kami adalah rakan artis, pernah berlakon dalam satu produksi yang sama. Bagaimanapun, apabila timbul kes seperti ini, hubungan kami habis begitu, tanpa sebarang kata,’’ bicara ringkas Lisdawati yang enggan berbicara soal itu lagi.
Label artis bermasalah
Sebenarnya, tidak ramai yang tahu bahawa Lisdawati kegelisahan akibat pandangan serong masyarakat terhadapnya. Macam-macam dugaan yang ditempoh dek kes pergaduhan yang melibatkan aktres Rita Rudaini satu ketika dahulu.
‘‘Orang cakap saya kaki gaduh dan macam-macam lagi di belakang, saya tak boleh nak cakap apa-apa. Tapi kalau ada orang luar cakap macam itu, saya tahu dari mana ia datangnya.
‘‘Sebab dalam industri ini terlalu banyak kroni-kroni. Tapi tak mengapalah. Saya tak mahu panjang cerita. Kalau orang itu suka saya, alhamdulillah, syukur terima kasih. Tapi kalau ada orang tak suka, saya tak memaksa.
‘‘Saya tak boleh menyenangkan semua orang agar suka kepada saya. Mana yang baik saya terima, yang buruk saya letak tepi. Biar pencerita fitnah atau orang-orang yang tak berkaitan dengan saya itu terlibat dengan urusan dengan pembalasan nanti,’’ katanya panjang lebar.
Lisda juga tak mahu berfikir panjang mengenai perkara tersebut. Dia juga percaya musibah yang diterima selama 10 tahun dalam bidang ini, pasti berakhir dengan senyuman.
Pendiriannya mudah, apa yang berlaku dari dulu hingga sekarang, biasanya Lisdawati akan mendapat pengakhiran yang bagus. Dia percaya akan ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi.
“Mereka penakut & pengecut”
Diajukan persoalan bagaimana pelakon drama Doa Orang Jauh ini kelihatan cekal dengan dugaan yang ditempuhi selama ini, dengan cepat dia memberitahu bahawa dia berani kerana benar.
‘‘Saya tak perlu takut dengan apa orang nak cakap tentang saya. Sebab orang yang mengata di luar sana, di belakang saya itu adalah orang penakut dan pengecut.
‘‘Kalau dia tahu saya bersalah, sila tampil ke hadapan saya dan membuat tuduhan. Jangan bercerita di belakang, lepas itu buat gosip yang berkaitan dengan fitnah.
‘‘Sebenarnya, perkara tersebut bagus untuk saya. Walaupun pada dasarnya, saya rasa kasihan pada orang jenis begitu,’’ ungkapnya panjang lebar.
Justeru, Lisdawati sering dinasihatkan suami, Fauzi Nawawi agar selalu muhasabah diri. Mana yang tak penting, Lisdawati tak perlu terlalu memikirkan.
“Letih dengan isu suami”
Satu perkara yang membuatkan dirinya tersenyum tatkala ini apabila ada pihak yang mengatakan rumah tangganya bersama Fauzi Nawawi ditimpa dengan pelbagai masalah.
Ini termasuklah sikap ‘buaya darat’ sang suami yang dikatakan menjadi punca Lisdawati makan hati, tetapi terpaksa berpura-pura semuanya okey di depan umum.
Menyentuh mengenai hal itu, kata Lisda, barangkali itu berpunca apabila mereka dilihat selalu tidak bersama.
“Letihlah kalau nak dengar komen orang tentang rumah tangga kami. Abang pun kadangkala ketawa sahaja bila ada gosip muncul.
‘‘Prinsip kami suami isteri mudah, tiada lakonan dalam hubungan. Lakonan hanya kerjaya sahaja.
‘‘Kadang kala ada orang yang dilahirkan untuk bercerita perkara-perkara yang tak penting. Saya tak tahu siapa orang itu. Bagi saya insaflah sebab apabila kita bersalah dengan Allah, kita boleh minta maaf dalam doa kita. Tapi kalau kita bersalah dengan manusia, selagi tak minta maaf, kita akan terseksa,’’ bahasnya.
Debaran umrah
Pelakon utama drama Dia Bukan Maryam terbitan Global Station di TV9 ini juga cukup berdebar untuk menjadi tetamu Allah buat pertama kalinya pada 25 Februari ini. Berpeluang untuk menjalani penggambaran di sekitar Tanah Haram dan mengerjakan umrah bersama pelakon Siti Shahriza (Eja) dan Fahrin Ahmad.
‘‘Saya nak rebut peluang ini, melihat apa yang orang cakap tentang tanah haram itu. Memang di sini kita berdoa tapi suasana di sana pasti berbeza.
‘‘Sebenarnya, saya memang bersyukur bila diberi peluang berlakon dalam drama ini. Dapat pula tawaran mengerjakan umrah. Sebab saya memang ada rancangan nak ke sana, tapi belum ada peluang,’’ ceritanya yang mahu menitipkan doa buat suami, anak-anak, keluarga dan sanak saudara terdekatnya semasa di sana.
Itulah impian pelakon ini agar satu hari nanti dia boleh buktikan kemampuan dirinya. Sekali gus menutup mulut pihak yang masih mempertikaikan kemampuan lakonannya dan cerita rumah tangganya .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2011 10:17 AM | Show all posts
saman pasal apa ek...luper dah aku...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 10:19 AM | Show all posts
pasal duit boipren yang di pinjamkan pada lisda pahtu katanya lisda xnak bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 10:20 AM | Show all posts
tak tau plak dorang penah bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 10:20 AM | Show all posts
meroyan nadia dalam pantang
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 10:20 AM | Show all posts
Reply 3# tigerads


   ooo..gler lama crita tuh..yg duit 10K tuh kan?? perghh..tyme tuh..lisda neh blom kawen..tgh kapel lgk ngan so iwan tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply 6# skymania


   yer la kot.....xtau brapa jumlahnya n sapa boiprennya....kepoh sungguh mulut nadia masa tuh..n lisda cool ajer jawab soklan melodik.. yang getisnya gigih pi mintak duit kat lisda padahal boiprennya yang kasik pinjam (pinjam ker??)
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 10:40 AM | Show all posts
buat lah summary skit,klu tak bergasak bukan retis msia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2011 10:51 AM | Show all posts
citer la sikit, ai langsung tk tau ni huhuhuuhu..........
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:04 AM | Show all posts
tersenyum lebar la si lisda niii
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:08 AM | Show all posts
Sapa2 tau pasal kes saman menyaman tu, tlg laa story sikit...nizz dah lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:10 AM | Show all posts
tak tau plak dorang penah bergaduh
UnaHusna Post at 13-2-2011 10:20



   x payah tau!! uols gi baca buku!! sshhuuhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:10 AM | Show all posts
tersenyum lebar la si lisda niii
dynaz_zhalia Post at 13-2-2011 11:04


si poji lagik double senyumnyerrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:47 AM | Show all posts
loh..ade duit ke si nadia tu nak byr
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:51 AM | Show all posts
untung la lisda dpt 250k. i pn x ingat kes saman ni . dah lama sgt. dpt brlipat kli ganda.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:56 AM | Show all posts
ini kes saman malu kot.. nadia mustafar kecohkan dlm paper lisda ni pinjam 20k tp xnak bayar.. tp kalo dah karpal singh jd peguambela, org bunuh org pun leh lepas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2011 12:00 PM | Show all posts
laa...dalam satu industri pun nak saman menyaman....nanti berlakon jumpa gak..tapi naper dia ambik karpal? x suka la karpal tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 12:09 PM | Show all posts
kes ngan rita kat kolam tu tak masuk court kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 12:19 PM | Show all posts
x payah tau!! uols gi baca buku!! sshhuuhh!!
skymania Post at 13-2-2011 11:10



   hahah..yelah2..iols study modul la nih   
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 12:23 PM | Show all posts
ape kes ni??? mampooo ke si Nadia dan membayarnya ???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.080338 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list