"Sepatutnya kita raikan dekat Tambun, nanti kita ganti balik ok.
"Kasihan awak, penat-penat berlatih tunjuk dekat daddy dan mama, tetapi awak tidak ada hari ini," ujarnya.
Fizi juga memaklumkan dia tidak mengetahui keberadaan anaknya itu ketika ini.
"Daddy tidak tahu awak dekat mana sekarang ini. Awak jaga diri sayang," katanya.
Untuk rekod, hasil perkahwinan Fizi bersama Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena.
Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada Disember 2021.
Pada 23 Oktober lalu, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan, Siti Zulaikha.
Sumber: mStar