CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3166|Reply: 2

Berat Badan Turun 11kg, Bantu Aaron Aziz Atasi Masalah 'Slipped Disc'

[Copy link]
Post time 12-11-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Datuk Aaron Aziz, 47, sudah berjaya menurunkan berat badan kira-kira 11 kilogram (kg) atas nasihat doktor sebagai ikhtiar merawat masalah kesihatan, 'slipped disc' yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.


Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, usaha menurunkan berat badan yang dilakukan itu berhasil, sekali gus membantunya kembali sihat, selain aktif bersenam juga.






"Setakat ini, ternyata saranan doktor agar saya turunkan berat badan dan bersenam sebagaimana dilalukan sangat membantu dalam ikhtiar merawat masalah 'slipped disc' dihadapi ini tanpa perlu melakukan pembedahan berisiko.


"Alhamdulillah, dengan berkurangnya berat badan saya sekarang amat membantu, sebab sebelum ini nak naik tangga di rumah pun susah. Jadi, apa yang  disarankan oleh doktor itu adalah kaedah yang baik untuk saya.


"Doktor nasihatkan saya agar berusaha kurangkan berat badan dan aktif bersenam. Syukur sangat  kerana kini berat badan saya sudah berjaya diturunkan sebanyak 11 kg," katanya hadir pada sesi fotografi filem Sayu Yang Syukur di Bangsar.


Terdahulu, difahamkan Aaron mengalami masalah 'slipped disc' itu sejak beberapa tahun lalu selepas dia melakukan babak aksi dalam penggambaran sebuah filem yang menyebabkannya menghadapi kecederaan.


"Biasalah bila buat kerja 'stunt' ketika berlakon, leher dan pinggang yang kalau cedera pasti akan beri kesan pada saraf saya. Doktor ada saran untuk cungkil saraf yang tersepit itu, tapi ia berisiko karana saya tidak boleh bekerja dan kena berehat di rumah.


"Saya tak mahu macam itu (berehat lama tanpa kerja). Begitu juga, doktor ada minta saya buat terapi, tapi malas pula keluar masuk hospital. Jadi, saya banyak ikhtiar sendiri dan aktif bersenam untuk kuatkan belakang saya.


"Alhamdulillah, sekarang semua baik-baik saja dan saya apabila melakukan babak aksi sendiri pun tiada masalah terlalu sakit. Keadaan kesihatan saya kini dalam proses pemulihan yang membaik," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ozempic ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 09:40 AM | Show all posts
Caner dia bole kurus?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 1.166739 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list