CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2538|Reply: 0

Veijer akhiri kemarau 33 tahun menjuarai Moto3

[Copy link]
Post time 12-11-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode

Pelumba Liqui Moly Husqvarna Intact GP, Collin Veijer (kanan), meraikan kemenangan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON


SEPANG: Collin Veijer menamatkan kemarau penantian selama 33 tahun, selepas dia menjadi pelumba Belanda pertama sejak 1990 berjaya menjuarai perlumbaan Moto3 pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang dekat sini, hari ini.

Dengan catatan masa terpantas 33 minit 30.072 saat (s), pelumba Liqi Moly Husqvarna Intact GP itu mengutip 25 mata untuk kemenangan sulung dalam kariernya.

Kali terakhir pelumba Belanda memenangi perlumbaan dalam Kejuaraan Motosikal Dunia ialah menerusi Hans Spaan pada GP Chechoslovakia dalam kategori 125cc.

Muncul selaku naib juara ialah rakan sepasukan Veijer, Ayumu Sasaki yang mencatat masa 33:30.138s, manakala, tempat ketiga menjadi milik, Jaume Masia dari Leopard Racing setelah melakar 22:30.400s.

Pelumba Jepun, Sasaki dan Masia dari Sepanyol sedang dalam perebutan gelaran dunia selepas kedua-duanya mengungguli kedudukan dua teratas dalam senarai pelumba Moto3.

Masia kini menghuni kedudukan teratas mengumpul 246 mata keseluruhan, manakala, Sasaki mengutip 233 mata.

Dengan dua pusingan masih berbaki iaitu di Qatar dan Valencia, gelaran dunia Moto3 mungkin hanya dapat diputuskan pada perlumbaan terakhir 26 November ini.

Sementara itu, pelumba Malaysia, Syarifuddin Azman yang bernaung di bawah pasukan MT Helmets-Msi hanya melengkapkan aksinya di kedudukan ke-20 dengan catatan masa 33:85.180s.

Syarifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Damok yang memulakan aksinya di petak ke-28, bernasib baik dapat melonjak kedudukannya ke tangga ke-20, selepas tujuh pelumba gagal menamatkan saingan kerana terjatuh.

Begitupun Damok masih gagal mengutip sebarang mata dan GP Argentina menjadi satu-satunya perlumbaan yang menghadiahkan kutipan lima mata kepadanya, musim ini – UTUSAN Online

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... un-menjuarai-moto3/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.030293 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list