CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7973|Reply: 8

Program Faith4palestine Berjaya Kumpul RM43,806.21, Faizal Tahir Pertama Kali Tampil Anak-Anak Atas Pentas

[Copy link]
Post time 12-11-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Faizal Tahir berjaya mengumpul dana berjumlah RM43,806.21 menerusi acara Faith4Palestine yang berlangsung di Petaling Jaya pada petang Ahad walaupun dirancang dalam tempoh singkat.


Faizal atau Ahmad Faizal Muhammad Tahir, 45, bersyukur program tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai yang ingin sama membantu mangsa perang di Palestin ketika ini.






"Memang tak sangka dapat sambutan luar biasa begini. Saya pun sebenarnya kurang yakin sebab acara ini dirancang dalam masa singkat.


"Saya boleh kata ini memang main langgar sahaja! Acara macam ini tak boleh nak tunggu lama. Apa lagi yang saya boleh buat? Inilah salah satu cara saya membantu," katanya kepada mStar.


Faizal memberitahu kesemua wang tersebut akan disumbangkan bagi membantu mangsa kekejaman rejim zionis di Gaza menerusi Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia.


Pada acara sama, Faizal turut melelong barang peribadi miliknya seperti pakaian, kasut, dua buah gitar termasuk trofi kemenangannya menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 pada 2016.






Selain itu, Faizal turut menjual 47 koleksi figura kesayangannya dan secara keseluruhan lelongan barang peribadinya itu berjaya mengumpul RM15,022.99 manakala jualan tiket sebanyak RM25,437.22.


Dalam pada itu, Faizal memberitahu tindakan melelong barang yang mempunyai nilai sentimental adalah satu cara mengajarnya melepaskan sesuatu berharga.


"iala AJL itu saya dapat ketika lagu Assalamualaikum jadi juara... Itu juga kali terakhir saya sertai pertandingan tersebut. Manakala salah satu gitar itu adalah pemberian isteri.


"Trofi AJL paling berat untuk saya lepaskan, yang lain-lain itu saya tiada maslah. Inilah cara kita belajar untuk melepaskan.


"Banyak lagi koleksi peribadi cuba tak sempat nak senaraikan. Mungkin saya akan jual pada masa akan datang," katanya.


Sementara itu, menerusi acara sama, Faizal turut mengadakan sesi perkongsian tentang kisah Palestin bersama aktivis Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri.






Faizal juga sempat menyampaikan beberapa buah lagu bagi menghiburkan peminat selain berduet dengan penyanyi jemputan iaitu Syamel.


"Muzik adalah sesuatu yang sentiasa orang cari. Inilah masanya untuk gunakan bakat dan kreativiti untuk buat kebaikan.


"Sebagai artis kita kena gunakan segala yang ada untuk cari manfaat. Semoga ia menjadi kebaikan buat semua," katanya.


Program itu bertambah istimewa apabila buat pertama kali Faizal menampilkan enam orang anaknya menyanyi bersama di atas pentas.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dapat melakukan sesuatu untuk membantu mereka yg perlukan bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia yg no.2 perempuan tu, cantik betul, elok je sopan2 gituuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job FT...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit ler...pej takaful malaysia dpt kumpul rm182000 one off khamis lepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2023 11:34 PM | Show all posts
trofi ajl sekarang tak bernilai punnn...
sape2 tah juara pun lagu tak penah dengar....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
love_warrior replied at 12-11-2023 10:19 PM

Anak lelaki dia tu mcm muka pakcik dia dah si Anas tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2023 10:23 AM | Show all posts
Baguslah FT menyumbang dengan cara tersendiri dalam bidang seni pada tabung Palestin.
Yg ni lagi berbaloi dari tabung untuk rohinya....orang Malaysia ni lembut hati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041289 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list