View: 12489|Reply: 9
|
Syifa Melvin menangis tertekan uruskan anak
[Copy link]
|
|
Syifa Melvin menangis tertekan uruskan anak
Syifa Melvin juga menitipkan doa kepada wanita lain yang sudah sekian lama menantikan cahaya mata agar turut merasai nikmat menjadi seorang ibu.
PETALING JAYA – Kehidupan berubah sepenuhnya selepas bergelar ibu, pelakon Syifa Melvin mengakui bukan mudah untuk menjaga seorang anak terutama pada awal kelahiran.
Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu, pemilik nama penuh Nur Syifa Atirah Amirul Melvin itu pernah menangis akibat terlalu tertekan.
“Selepas dua bulan menjadi ibu, perubahan hidup yang drastik ya, mula-mula memang terasa sangat kekok dan tertekan.
“Saya sendiri menitiskan air mata beberapa kali, badan penat, tidur tak payah cakap, memang tidak teratur,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.
Begitupun, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid itu memberitahu kehidupannya kini kembali ceria selepas berjaya mengadaptasi keadaan, sekali gus mengawal perubahan tersebut.
Malah, pensohor media sosial berusia 28 tahun itu juga sempat menitipkan doa kepada wanita lain yang sudah sekian lama menantikan cahaya mata agar turut merasai nikmat menjadi seorang ibu pada suatu hari nanti.
“Lama-kelamaan bila sudah dapat rentak, jadi seronok pula bergelar ibu bapa. Bila tengok anak pun timbul perasaan bahagia itu.
“Saya doakan kepada semua golongan isteri yang masih menanti (zuriat), penantian itu bakal berakhir tak lama lagi, jangan berhenti berusaha dan berdoa.
“Rahim kalian akan dihuni oleh malaikat kecil yang akan membawa 1001 kebahagiaan buat golongan ibu semua, Aamin,” katanya.
Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.
Hasil perkahwinan, pasangan sama cantik sama padan itu dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Saif Sulaiman pada 30 September lalu. – KOSMO! ONLINE.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... tekan-uruskan-anak/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni gosip ape ni?
Pehal pulak ko tibe2 nk memberi harapan untuk yang x dpt2 anak.
Ko kawin terus dpt anak kot.
“Saya doakan kepada semua golongan isteri yang masih menanti (zuriat), penantian itu bakal berakhir tak lama lagi, jangan berhenti berusaha dan berdoa.
“Rahim kalian akan dihuni oleh malaikat kecil yang akan membawa 1001 kebahagiaan buat golongan ibu semua, Aamin,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Errrr dagu dia semacam..tu je nak ckp |
|
|
|
|
|
|
|
Xfaham la kenapa baby dlm perut dipanggil malaikat kecil? Malaikat n manusia tu dari sumber yg berlainan. Dtg mana jd malaikat kecil |
|
|
|
|
|
|
|
Syifa ni tak dak vibe yang membuatkan aku rasa nak follow dia. Karya seni pun tak berapa nak ada
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Takkan sblm kawen lg ko x tahu yg jaga anak kecik ni mmg memenatkan? Ke ko mmg bodoh dan sengaja perangkap laki ko sbb at least ada org bleh sponsor hidup kau kan?
Sbb kau malas keje kan?
Dah kawen n beranak pun nk merempan lagi ke hah betina |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak bibik jaga baby tu.. itu je.. berkias2 pawi buat2 x paham.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka berkati mekap je..mananya reti nk tgkkan anak.mekap je dah ambil masa berjam2 |
|
|
|
|
|
|
|
kalu makcik ai dh kena tazkirah 2 hari 2 malam….hidup xleh manja sangat…. |
|
|
|
|
|
|
| |
|