KUALA LUMPUR : Penyanyi terkenal, Datuk Wan Noraafiza Ariffin atau Nora kini sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Selangor.
Difahamkan, Nora dimasukkan ke ICU berkenaan pada Ahad lalu.
Menurut suami artis yang sangat masyhur dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu, Dr Rushdi Ramli, isterinya dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas.
“Mohan doa ikhlas dari semua,” kata Rushdi dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan sebentar tadi.
Astro AWANI difahamkan Nora, 50, dimasukkan ke hospital berkenaan beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas sekitar pukul 4 pagi Ahad.
Post time 13-11-2023 10:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
semoga sentiasa diberi kemudahan dan kelapangan urusan untuk datuk nora
forumer harus sentiasa ingat dan peka atas segala komen yang ditinggalkan terhadap selebriti kerana perkara seperti ini akan berlaku
jangan korang yang kuat tinggalkan komen mengundang akn merangkak kat padang masyar