CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18224|Reply: 86

CERPEN : Syyy ! [U]

[Copy link]
Post time 15-3-2011 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by detox at 15-3-2011 13:37

Butang lif ditekan. Dia mendongak memerhati lif bergerak turun dari tingkat 4. Di dalam hati membilang serentak 4, 3, 2, 1, G dengan pergerakan menurun nombor yang terlekat di dinding. Di dalam lif di membilang lagi, G, 1, 2, 3, pintu lif terbuka dan dia melangkah perlahan. Perpustakaan masih lagi lenggang pagi itu. Imran terus ke meja yang selalu. Di tepi tingkap dan paling hujung sekali berdekatan sebuah pintu. UNTUK KAKITANGAN SAHAJA, plak tanda berwarna perak itu terlekat di pintu kayu berwarna coklat. Ada seorang perempuan India sedang membuat kerja. Tekun melukis dengan pensil dan pembaris di atas kertas graf. Imran kembali menatap ke buku yang sudah di ambil dari rak. Dia membuka buku setebal 300 muka itu dan memerhati jam. 2 minit lagi. Bibirnya mengukir senyum. Menanti dalam ruang yang sejuk, kosong dan beku begitu azab rasanya. Dia melihat sekali lagi. Sudah dua minit, tapi tidak ada ! Di luar kebiasaan ni. Mana dia ? Ok kita tunggu lagi dua minit. Buku terbuka di biar tidak ditatap, matanya tepat ke arah pintu coklat. Dua minit berlalu tapi tiada juga. Imran mengetap bibir. Mana dia ? Hmm. Telefon bergetar dalam saku seluar khaki coklat tuanya. SMS dari boss.

Tak masuk ofis today ? I need to discuss. See me at 11 ?


Imran mengetap bibir lebih rapat lagi. Dia lihat jam telefon, 10.30. Dari sini ke sana ambil masa lebih kurang 45 minit. Kalau dia gerak sekarang tidak akan sempat jam 11. Dia membalas pendek. 12. Tiada balasan, dan Imran menebak cadangannya diterima.


     Boleh tunggu lagi dua minit kot. Saat berdetik perlahan sekali. Satu minit setengah sudah berlalu dan masih tiada. Pintu itu terus tertutup rapat. Dia menutup buku berkulit keras dan menarik nafas panjang. Rasa hampa bersarang di dada. Dua minit lagi lah ! Masih ada ruang waktu untuk temu janji. Dia menompang dagu, tiga minit sudah berlalu tapi ruang itu tetap beku dan kosong. Perempuan India memaling sebentar, pelik dengan perangai lelaki yang memandang tepat ke arah pintu. Dia turut sama memandang ke arah itu, kemudian kembali melihat lelaki itu. Senyum bertukar dan dia kembali melukis di kertas graf. Imran terpaksa juga bangun, punggungnya rasa ada magnet yang cuba menariknya kembali untuk duduk tapi apakan daya, ada temujanji yang perlu dia hadiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2011 01:17 PM | Show all posts
yeay!!! new story!!  long time no see dear ;)
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 01:18 PM | Show all posts
Sambung lagi detox.........
baby imran dah pandai apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2011 01:18 PM | Show all posts
cerpen pendek saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2011 01:19 PM | Show all posts
Sudah seminggu dia tiba-tiba jadi pengunjung tetap perpustakaan itu. Semuanya jadi secara kebetulan. Seminggu yang sudah dia ‘melarikan’ diri dari kekalutan kerja. Tidak tahu mahu ke mana dia memilih tempat sunyi itu untuk menyembunyikan diri. Tenggelam dalam buku dan bau buku yang memenuhi ruang sejuk beku itu membuatkan dia rasa baru boleh bernafas. Setengah hari dia tekun membaca sampailah ada seseorang menegur. Kerana satu teguran itulah buatkan dia macam gila bayang pula. Setiap pagi sanggup dia datang dari jauh hanya untuk melihat kelibat si dia. Sanggup melencong jauh dari arah ke pejabat hanya untuk melihat si dia menolak troli dengan buku yang penuh. Comel sahaja si dia di balik timbunan buku. Ada tikanya si dia akan berhenti sekejap dan membaca sebuah buku. Wajahnya akan tersenyum dan matanya akan membulat. Lepas itu nampak macam termenung, mungkin berangan jadi heroin. Imran pula yang teruja semacam melihat ekspersi si dia yang bermacam-macam. Paling dia suka kalau mata bulat itu tidak berkelip membaca baris-baris selari. Macam mata itu boleh menembus buku itu dan membawa dia ke alam yang dicipta sang penulis. Memang mengujakan. Bila mata itu diangkat dari buku, mata Imran pula cepat-cepat melihat buku di atas meja, tapi dicuba juga menjeling sipi-sipi pun jadilah.

Hmmm, gila aku ni ! Kalau si Ijal tahu, mati kena gelak saja. Imran menggeleng kepala dan terus masuk ke dalam kereta. Hari mendung tapi tidak hujan, kereta di undur dan ketika itulah dia nampak si dia. Berjalan dari pintu pagar terbuka luas dengan kepala tertunduk menuju ke bangunan perpustakaan. Langkahnya teratur saja. Sampai terhenti Imran di situ, asyik dengan si dia ! Pak guard meniup wisel dan dengan wajah panas hati menyuruh Imran segera bergerak. Apa lah kacau daun betul !

Apa nama dia ye.

Dan di sepanjang perjalanan ke pejabat, Imran macam kena serang demam kepialu ! Seram sejuk dan berdebar-debar tak menentu. Syok sendiri ! Parah betul anak teruna Nadim Syah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 01:22 PM | Show all posts
ye ye...
akak detox dh dtg....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-3-2011 01:22 PM | Show all posts
Skrin di skrol ke bawah. Matanya meneliti satu per satu tajuk hasil dari pencariannya. Senarai ‘how to approach a librarian” mencecah 6 juta tapi satu pun tidak relevan. Rizal yang berdiri di belakang terangguk-angguk melihat senarai pencarian Imran. Apa pulak ni.

“Librarian ???”

Imran terus menarik skrin laptop dan membetulkan kaca matanya.

“Biar betul ? Tengah usha librarian, of all people ? You find them sexy huh ?”

Imran membaling belakang badan ke kerusi malas. Dia memerhati Rizal dengan geram. Sibuk je.

“Wonder apa korang akan cakap during dating. Eh librarian bercakap ke ? They only know how to do the Syyy sound !” Rizal tergelak mengekek.

Imran rasa nak hempuk kepalanya dengan laptop, biar termasuk leher macam kura-kura, tahu nak menyakat saja !

“Apa susah, buat-buatlah nak cari buku ke, terjatuhkan buku ke, atau paling bodoh sekali buat-buat la bising, nanti mesti kena marah dengan librarian tu…” Rizal memberi cadangan tanpa diminta, dia kan selalu cuba jadi penasihat pada Imran kalau bab-bab nak mengayat.

Imran mengerut. Boleh pakai juga. Aduh kenapa la ilmu mengayat tak menurun kat aku. Semua ke Rizal. Rizal memerhati Imran yang diam dari tadi. Tak ada respon sikit pun. Dia bangun dan menggeleng kepala. Kacau Mummy pulak lah ! Lantas meninggalkan Imran yang sedang berkira-kira hendak menggunakan taktik mana satu.

Dia senyum dan tersengih. Ok esok aku cuba buat-buat terjatuh buku. Memanglah nampak cam cara kuno tapi mana tau ada kesan. Mungkin juga Rizal dah gunakan taktik tu masa sekolah lagi. Tak pe esok aku tengok camna. Kot-kot ada hasil. Tak ada lah macam ayam tertanggal bulu je, mengelupur sorang-sorang. Imran tinggalkan ruang balkoni yang bersambung dengan dapur dengan hati bersorak-sorak. Sedikit pun tak perasan mata Nadira yang asyik memerhati. Seminggu ni dia perasan kalau Imran ada lain sikit. Macam di alam khayalan. Tak de nak sembang lepas balik dari kerja.

“Imran, ok ke ?” Nadira terpaksa tanya bila lihat Imran lalu depan dia pun tak nampak dia berdiri.

“Emm…ok je …why ?”

Nadira cepat-cepat letakkan belakang tangan atas dahi Imran. Normal.

“Mum, I’m ok, nothing….just something at work bothers me …”

“Ada apa dengan perpustakaan…”tiba-tiba Rizal menyampuk. Nadira cepat menoleh dan membulatkan mata.

“Next time, Mummy tak payah beli buku. Minta je dengan librarian tu…”

Imran menggigit bibir, hantu betul !

“Hmm…interesting !” mata Nadira bercahaya.

Imran hanya senyum dan cepat-cepat keluar dari dapur. Dia perlukan ketenangan, sejak dia nekad untuk jatuhkan buku esok, dadanya sudah berdebar kencang. Teruk betul la !
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 01:23 PM | Show all posts
cerpen pendek saja
detox Post at 15-3-2011 13:18



    pendek pun takpe la... janji ader
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2011 01:24 PM | Show all posts
Kisah Imran anak dira dan hang nadim
rindu dgn budak nakal/baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2011 01:26 PM | Show all posts
Hari ini dia ambil cuti. Dia juga batalkan dua temujanji. Dia sudah ada rencana di dalam kepala. Kalau dibiarkan terlalu lama terperuk saja dalam otaknya mahu kembang kepalanya dan takut meletup nanti. Pagi tadi pun dia sudah menyelinap ke dalam bilik studi Nadim. Menarik buku How To Be Romantic yang tersusun bersama-sama journal lain. Dia tahu buku itu sudah berjasa pada Amir, dan tentunya banyak jasa pada Nadim. Jadi pasti ada sesuatu untuknya juga. Asyik menyelak satu satu muka surat. Matanya laju membaca dan otaknya juga laju merakam apa yang penting.

“Hmm….”

Berderau darahnya bila suara Nadim betul-betul depannya.

“I was waiting all these time for either you or Rizal untuk tengok buku tu. Finally !”

“Rizal don’t need this !” kata Imran. Malu juga kena tangkap basah macam tu.

Nadim tergelak lantas menarik kerusi di hadapan meja studi. Habis subuh tadi, dia dan Nadira tidak jadi ‘morning walk’ mengelilingi tasik disebabkan hujan. Jadi dia mahu habiskan membaca di ruang studi itu sahaja, tidak sangka pula bilik itu ‘diceroboh’. Tekun betul Imran, sampai tidak sedar dia masuk, dan bila Nadim nampak buku apa yang menarik minat anaknya itu, dia terus jadi paham.

“Dengarnya seorang librarian …” semalam Nadira dengan gembira bercerita.

Imran mengigit bibir. Dia tutup ‘kitab’ tersebut dan duduk bertentangan.

“Kenapa semua jadi kalut ? Imran tak…”

“Sebab we are all happy, at least I’m happy, you are normal !”

Terjojol biji mata Imran.

“What ! Apa Babah ingat Imran gay ke ?”

“Tak, Babah ingat Imran tak de perasaan je !”

Imran geleng kepala dan macam tidak percaya.

“Am I that bad ???”

Nadim gelak dan mengangguk.

“Tapi kalau Mummy dia akan cakap you are the sweetest person on earth, cuma Imran terlalu possessed ngan study back then and now with work …”

“Hmm…there’s something bout this girl.” Imran mula nak bercerita, dan Nadim senang hati mendengar.

“What about her ?”

“Something that I can’t literaly define, but she makes me crazy….”

Nadim tergelak. Aik cam aku dulu je !

“Then do something … mungkin she’s the one !”

Imran tersengih.

“Pinjam ni .. I need to study from cover to cover !”

Nadim mengangguk.

“Tapi tak semua boleh pakai dalam buku tu, sometimes you just need to be yourself, be creative and most important thing of all, be truthful, jujur dengan apa juga yang you cakap and buat.”

Imran menarik nafas. Tok guru dah bagi sikit petua. Dia cepat-cepat merakam dalam kepala otaknya.

“All the best. And the door is always open to welcome her.” Nadim mengenyet mata membuatkan Imran tersipu.

Baru saja nak cuba mengayat, Babah yang teruja lebih pulak nih. Memang la keluarga aku ni pelik !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2011 01:32 PM | Show all posts
Tempat sama, pintu kayu masih tertutup rapat. Dua minit lagi mesti dia akan keluar dengan menolak troli. Imran tidak duduk, tapi kali ini dia berdiri di rak yang bertentangan dengan pintu itu. Dia mengukur-ngukur dan mengira-ngira. Perfecto !

Pintu terbuka, troli di tolak. Bunyi kriuk-kriuk membuatkan jantung Imran berkeriuk lagi teruk dari roda yang dah lama tak taruk minyak.
One.
Two.
Three.
Buku berterabur. Pinggang Imran terasa sengal pulak. Kuat juga dia menghentam dirinya pada troli besi tu. Silap budget, tapi kalau tak kuat tak de effect pun tak guna juga. Kalau tahu dek Rizal mesti kena gelak bertahun-tahun !

“Maaf. Saya tak perasan.”

“Syyy !” satu jari automatik di atas bibir dan matanya bulat.

Imran mengulum senyum, teringat pada usikan Rizal semalam. Librarian pandai cakap Syyy sahaja.

“Sorry..” kali ini Imran merendahkan suaranya dan sibuk sama-sama mengutip buku yang bertaburan.

Perempuan India yang masih lagi melukis di atas kertas graf mengangguk-angguk. Dia baru tahu kenapa lelaki itu selalu datang dan merenung pintu kayu. Bukan baca tapi macam jadi watchdog plak. Ooo rupanya mau buat drama. Ayo yo macam-macam. Dia tersenyum dan terus melukis lagi.

“Thank you.” Dia cepat-cepat mengambil buku yang hendak di letak Imran. Tadi dia sudah susah payah menyusun mengikut rak. Jadi kerjanya senang, terus saja meletakkan buku-buku pada tempatnya.

Mata Imran tangkas melihat pada name tag. Dia senyum, nama secomel orangnya.

Sekarang babak kedua pula, hatinya tersengih-sengih. Cepat saja dia mengambil barang-barang miliknya di atas meja.

Muka penjaga kaunter sukar diertikan. Dia melihat sampul surat dan wajah Imran berselang seli.

“Tolong ye. Sangat penting untuk surat itu sampai pada Cik Nana.”

“Tapi kat sini ada dua Nana, Nana Malek atau Nana Irawati Nasir.”

Imran mengecil matanya.

“Nana yang selalu kat tingkat 3.”

“Oh, Nana Malek.” Dia tersenyum dan terus menangguk. “Nanti waktu lunch saya beri pada dia. Dan betul dia masih Cik, kalau Nana Irawati, dah Puan !”

Imran tersentak. Lega !!

“Terima kasih ye.”  dan tidak putus-putus dia tersengih. Kira hari ini dalam sejarah lah !


Nana merenung kad yang ada gambar tiga kuntum bunga Peony putih. Di dalam pula ada tulisan tangan.

“Sorry I sengaja ‘langgar’ untuk tahu nama you, Nana !”

Nana tutup mulut dari terkejut. Tadi dia terkejut kena langgar, sekarang dia terkejut sebab jantungnya hampir luruh. Dia menarik nafas berkali-kali, jantung dia betul-betul luruh sebab sekarang lelaki itu betul-betul ada depan dia. Tengah tersenyum manis dengan lesung pipit terbenam di pipi.

Babak satu dah berjaya.
Babak dua pun sudah selesai.
Babak tiga. Entah bila lah....

TAMAT !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 01:34 PM | Show all posts
wahhh best best kisah imran anak nadira ngn nadim la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2011 01:35 PM | Show all posts
Reply 3# qimi08


    imran dah pandai menyusur, baru baik dari demam
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 01:54 PM | Show all posts
wah akhirnya imran nampak ada perasaan..
selalunya yg nakal2 si rizal jer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 02:20 PM | Show all posts
lagilah n3nya leh x?...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 03:00 PM | Show all posts
hem detox dah kembali ngan nadira dan nadim .... memang penulis yang bagus la awak nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2011 03:13 PM | Show all posts
Reply 15# shahrinas


    cerpen pengenalan ...so dah tamat !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2011 03:14 PM | Show all posts
Reply 16# atahanje


    ntah hari ni tiba2 teringat kat family nadim ...... cerpen pendek saja....tak tahu ada sambungan lagi ke tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 03:24 PM | Show all posts
sambungla lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 03:33 PM | Show all posts
Reply 18# detox


    kalau boleh biar la ada sambungannya, nak tgk kehebatan anak pulak mengayat sehebat hang nadim ke tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.545439 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list