|
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau memberi ‘tumpang’ akaun kepada individu lain walaupun dengan isteri sendiri.
Ini kerana, tindakan itu akan menyebabkan akaun dibekukan atau mungkin juga akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.
Menjelaskan perkara itu, perundingan kewangan dan pemasaran, Al Irfan Jani berkata, kebiasaan tindakan akan diambil sekiranya ia melibatkan jumlah amaun yang besar.
Gambar hiasan
Jelasnya, sudah ramai kenalannya dibekukan akaun kerana suka menolong kawan lain memindahkan wang menggunakan bank sendiri.
“Walau tolong transferkan melalui akaun isteri atau suami, hati-hati. Amalan ini lebih dikenali sebagai ‘tumpang akaun’, ataupun paling biasa kita dengar ‘tolong transfer’ ini adalah sangat tidak digalakkan oleh Bank Negara.
“Niat dan alasan awak mungkin baik, ayah mintak tolong belikan, nak tolong adik transfer sebab tak sama bank dengan seller (penjual), kawan tiada online banking. Ini alasan semua tak boleh pakai,”tulisnya di laman Facebook.
Lebih malang katanya, jika akaun sudah dibekukan ia akan mengambil masa lama untuk mendapatkannya semula.
“Kalau akaun dah freeze (beku), setahun pun belum tentu dapat balik. Masa tu, kita dah tiada akaun bank, siapa yang akan tolong? Orang yang kita nak bantu sangat tu boleh ke pinjamkan akaun dia?
“Jangan menyusahkan orang lain, walau pada pasangan sendiri. Minta izin tuan badan sebelum kirim amaun besar,”katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... pun-isteri-sendiri/ |
|