CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4740|Reply: 8

Penyakit ‘ain memang wujud, saya sendiri takut – Wany Hasrita

[Copy link]
Post time 4-6-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Penyanyi Wany Hasrita menyifatkan individu yang sanggup menghina wajah anak selebriti mempunyai masalah kesihatan mental.

Menurut Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 32, bagi mengelakkan perkara tersebut semakin berleluasa, dia meminta ibu bapa menghadkan perkongsian berkaitan anak mereka dalam media sosial.

“Saya memang kawal perkongsian dalam media sosial sejak dulu. Kalau rasa sudah terlalu banyak saya akan berhenti sekejap.

“Penyakit ‘ain ini memang wujud dan adakalanya apabila saya terlalu banyak berkongsi, kadang-kadang anak akan mula meragam.

“Jadi langkah terbaik adalah jangan keterlaluan apabila nak muat naik mengenai anak dan kawal jenis kandungan yang mahu dikongsi kepada umum,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, baru-baru ini.


Pelantun lagu Menahan Rindu itu bagaimanapun bersyukur apabila anak perempuannya, Aishah Al Iman tidak menjadi sasaran ‘mulut jahat’ netizen dalam media sosial.

“Sejujurnya memang saya takut, apatah lagi saya ada kongsikan wajah anak dalam muzik video saya dalam YouTube sebelum ini.

“Namun, tindakan itu dibuat dengan niat baik iaitu sekadar nak kongsi kegembiraan kepada semua, cuma tidak dilakukan secara berlebih-lebihan,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan pernah menjadi mangsa kecaman netizen sehingga wajahnya disamakan seperti haiwan.

“Tentang orang luar kecam, saya memang tak boleh nak kawal apa mereka nak komen tetapi sebagai pengguna media sosial, kita sendiri harus kawal perkongsian atau kawal diri jika terima mesej negatif sebegitu.

“Kita anggap mereka tidak sihat dari aspek kesihatan mental.

“Kalau ikut hati memang geram sebab saya sendiri pun pernah dihina apabila disamakan seperti ‘khinzir’ tapi itulah lumrah apabila menjadi tontonan umum,” katanya lagi.

Baru-baru ini, penyanyi, Ernie Zakri mengambil pendekatan mengurangkan perkongsian mengenai cahaya matanya, Nur Khawla Soleha dalam media sosial susulan kerap menjadi mangsa kutukan netizen. – KOSMO! ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 11:19 AM | Show all posts
ambil langkah berjaga itu bagus tapi jangan percaya sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 01:47 PM | Show all posts
ohhh anak ppuan kaa?
ku igt kan anak lelaki hihi sowie..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 02:39 PM | Show all posts
anak erni salu jd mangsa kutukan? but but iols rasa comel je anak erni. petah..nyanyi lagu mak dia pon pandai.. tak brani tol nak kutuk2 anak org ni; anak sendiri lom tau cemana (semoga anakku comel...aamiin).
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 4-6-2024 02:39 PM
anak erni salu jd mangsa kutukan? but but iols rasa comel je anak erni. petah..nyanyi lagu mak dia p ...

Eiiii iols baru follow semua account laki bini dengan anak dia sebab nak tengok telatah anak dia. Comel tau. Ngade ngade. Lagi satu anak zahirah and aiman. Dah lah hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 03:27 PM | Show all posts
akuHavocczz replied at 4-6-2024 02:43 PM
Eiiii iols baru follow semua account laki bini dengan anak dia sebab nak tengok telatah anak dia.  ...

kan.. sbb nini ngan samel pun mmg muka hampir same, so anak dorang pun muka mcmtu jgk. yg tak tahannya bibir ikot erni, geram je tgk. owh, anak eman jahirah iols tak penah tgk tol2 la plak.. hehe.. nanti iols tgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2024 04:00 PM | Show all posts
ihtisyam1 replied at 4-6-2024 11:19 AM
ambil langkah berjaga itu bagus tapi jangan percaya sangat....

Jangan percaya apa tu cheq?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 04:06 PM | Show all posts
sukanyanyi replied at 4-6-2024 02:39 PM
anak erni salu jd mangsa kutukan? but but iols rasa comel je anak erni. petah..nyanyi lagu mak dia p ...

kenapa anak erni shamel selalu kena kutuk ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 04:09 PM | Show all posts
Parit.Hilton replied at 4-6-2024 04:06 PM
kenapa anak erni shamel selalu kena kutuk ek?

serius taktau.. first time baca sebenarnya ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.053117 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list