View: 5174|Reply: 0
|
Portugal tak goyang kalah mengejut
[Copy link]
|
|
PARA pemain Portugal tidak terkesan dengan kekalahan kepada Croatia kerana merasakan mereka sudah berada pada tahap terbaik menghadapi Euro 2024. - AFP
LISBON – Pengurus Portugal, Roberto Martinez menganggap kekalahan 1-2 kepada Croatia pada aksi persahabatan awal pagi semalam tidak memberi kesan besar kepada pasukannya.
Pengendali dari Sepanyol itu lebih selesa untuk melihat rekodnya bersama pasukan yang menyaksikan Portugal tetap dilabel sebagai salah satu pilihan untuk menjuarai Euro 2024 kali ini berdasarkan statistik tewas dua kali sepanjang 13 perlawanan dilaluinya.
“Kami mahukan kemenangan, namun hanya memperoleh keputusan yang negatif. Ini adalah cara terbaik untuk kami tingkatkan kualiti dan pada perlawanan ini masih ada perkara positif yang kami boleh ambil.
“Kemenangan ke atas Croatia tidak menjadikan kami cukup bagus untuk memenangi kejuaraan. Kekalahan juga tidak bermakna kami tidak layak.
“Aksi persahabatan lebih menjurus kepada persiapan dan sekarang kami semakin kuat berbanding sebelumnya. Croatia berhak mendapatkan kemenangan dan keputusan ini juga sebenarnya menjadi ujian terbaik buat kami,” katanya.
Pada aksi semalam, pemain berpengalaman Croatia, Luka Modric menyempurnakan penalti di awal perlawanan diikuti gol kemenangan daripada Ante Budimir, manakala jaringan tunggal Portugal dihasilkan oleh Diogo Jota.
Pada Euro 2024 yang bakal membuka tirainya di Jerman hujung minggu ini, Portugal diundi dalam Kumpulan F bersama Turkiye, Georgia dan Republik Czech. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ang-kalah-mengejut/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|