CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5753|Reply: 0

Bolt retak tumit main bola

[Copy link]
Post time 10-6-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Pelari pecut dari Jamaica yang sudah bersara, Usain Bolt diusung keluar selepas cedera ketika perlawanan amal Soccer Aid di Stamford Bridge, London. – Foto AGENSI

LONDON: Usain Bolt mendedahkan tumitnya retak selepas mengalami kecederaan ngeri di Stamford Bridge.

Pelari terpantas dunia itu diusung keluar selepas membintangi pasukan Pilihan Dunia menentang England pada perlawanan persahabatan Soccer Aid - yang meraih lebih £100 juta (RM600 juta) kepada Unicef tahun ini.

Bolt, 37, beraksi di pertahanan tengah sesudah bermula di jentera serangan.

Apabila Jermain Defoe menggelecek bola melepasi rakan sepasukannya, Bolt cuba untuk menghalang.


Jaguh pecut itu - yang menyarung jersi dengan nombor 9.58 di belakangnya - kelihatan terseliuh buku lalinya dengan kasut butnya tersekat di rumput dan serta-merta jatuh.

Ia membolehkan Defoe mudah melepasinya dengan bekas penyerang England itu merembat kencang melepasi Tony Bellew untuk menjadikan kedudukan 4-2.



Usain Bolt mendedahkan mengenai kecederaan dialaminya dalam laman Instagram. – Foto Instagram

Ketika pemain England meraikan jaringan, Bolt kekal terbaring di padang.

Dia kemudiannya mendapat perhatian pasukan perubatan yang pantas membawanya keluar menggunakan pengusung sebelum kakinya dibalut.

Menggunakan media sosial selepas perlawanan itu, Bolt berkata dia mengalami keretakan di tumit dengan berkongsi gambar kaki kanannya dibalut sambil memegang tongkat.

Dia menulis: "Retak tumit tetapi sudah selesai, saya seorang pahlawan."

Terdahulu Bolt melakukan umpanan mengagumkan buat Alessandro Piero menyamakan kedudukan 2-2.

England akhirnya menang perlawanan Soccer Aid - menamatkan rentetan lima kali kalah apabila pasukan dikendalikan bersama Frank Lampard dan Harry Redknapp menang 6-3 di Stamford Bridge. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... tak-tumit-main-bola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.078007 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list