View: 2028|Reply: 4
|
“Memang Saya Beri Ceramah Percuma..” – Berjaya Direman, Tiga Jam Naim Daniel ‘Basuh’ Individu Komen Ugut Bunuh Ibu Bapa
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel akhirnya berkesempatan untuk bersemuka dengan lelaki yang telah direman polis setelah dilaporkan meninggalkan komen berunsur ancaman kepada keluarga penyanyi tersebut.
Menurut Naim, ketika berjumpa dengan pelaku berkenaan, dia telah meluangkan masa selama tiga jam ‘membasuh’ individu tersebut untuk memberi kesedaran.
"ada waktu itu, saya lihat dia dalam keadaan bergari. Saya terus tanya pada dia, ‘kau tak menyesal ke masuk penjara semata-mata kecam aku?’ Memang saya beri ceramah percuma selama tiga jam supaya dia sedar dengan apa yang dia buat.
"Namun, dia hanya jawab pada saya tindakan yang dilakukannya itu adalah disebabkan terikut-ikut dengan orang lain. Terus saya rasa macam tergamam sekejap."
Pada masa yang sama, penyanyi ini turut memberitahu dia telah memadam ribuan komen negatif yang ditinggalkan di hantarannya. Malah, dia telah berdamai dengan netizen dengan menganggap setiap individu mempunyai pendapat masing-masing.
"Saya dah padam 2,000 komen berbaur negatif dalam video saya. Malah, saya pun dah mula berdamai dengan masyarakat dan mungkin fahaman mereka agak berbeza dengan apa yang saya nak sampaikan pada waktu itu."
"Saya tidak menyalahkan mereka. Mungkin cara penyampaian sendiri pun salah sehingga mereka berani melakukan tindakan sebegitu rupa."
Sebelum ini, Naim telah membuat laporan polis terhadap individu yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya di Balai Polis Semenyih susulan Naim berkongsi pendapat tentang isu Blockout 2023 di media sosial.
SUMBER : Harian Metro/Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
tiga jam? apa je yang ponen ni membebel tiga jam? ye ye dok si nonok ni... mulut dia kat twt(x) pun macam ponen indenial dia ponen... hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga jam..cikgu cikgu yg kuat membebel pon paling paling dua jam dah serender |
|
|
|
|
|
|
|
kannn obviously
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la jugak ambik tindakan, kadang2 netizen ni melampaui batas, just because duduk belakang keyboard |
|
|
|
|
|
|
| |
|