CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15084|Reply: 0

Euro 2024: Helang ramal England benam Slovenia

[Copy link]
Post time 23-6-2024 09:19 PM | Show all posts |Read mode


HONEY (kanan) meramalkan England akan memenangi perlawanan apabila bertemu Slovenia, Rabu ini. FOTO AGENSI

London: Seekor burung helang yang bernama Honey meramalkan kemenangan akan berpihak kepada England pada aksi Kumpulan C kejohanan Euro 2024, Rabu ini.

Ketika Denmark melukakan hati The Three Lions apabila berjaya mengikat kedudukan 1-1 Jumaat lalu, England dijangka akan memperolehi kemenangan Rabu ini, menurut seekor helang Afrika berusia 23 tahun, yang ramalannya selama ini tidak pernah salah.

Pengarah Yayasan Hidupan Liar Eagle Heights di Eynsford, Kent, Alex Leonard berkata: "Honey si helang sudah membuat ramalan psikik, iaitu kemenangan akan berpihak kepada Three Lions apabila menentang Slovenia.

"Dia terbang tanpa teragak-agak dan mendarat di sebelah bendera England. Ia berita buruk untuk Slovenia.

"Barisan pemain England akan melakar kemenangan lagi. Ramalan Honey tidak pernah salah."

Alex, bersama dengan pengendali burung pemangsa, Brad Higgins masing-masing memegang bendera dan membiarkan Honey terbang ke udara untuk mendarat ke bendera yang menjadi pilihannya.

Sebelum ini Honey meramalkan England akan menewaskan Serbia pada perlawanan pertama dan ia benar-benar berlaku.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.159484 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list