CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2799|Reply: 0

Bakal mula tugas Mutawif, Pak Ya anggap peluang beribadah

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak Ilya Senario memaklumkan akan memulakan tugas sulungnya sebagai Mutawif pada Disember ini.

Ilya atau nama sebenarnya Ilya Buang Shaharum, 57, atau lebih dikenali Pak Ya berkata, buat masa ini dia akan bertugas sebagai Mutawif secara sambilan bersama TH Travel & Tours Putrajaya.

"Buat masa ini saya jadi Mutawif secara part time sahaja dan tugas pertama ialah pada 4 Disember nanti. Saya tak akan tinggalkan bidang seni.

"Malah saya juga masih ada masa untuk terima tawaran sekiranya ada undangan berlawak atau berkenaan kerja-kerja seni.

"Bagaimanapun berlawak itu kena tengok bentuknya juga kerana tak bolehlah terlalu 'over'. Ia perlu sesuai dengan usia dan karier baru saya ini," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ilya menerusi media sosialnya melahirkan perasaan kesyukuran dengan karier baru yang bakal diteroka ini.

"Alhamdulillah...semoga jasa dan baktiku akan diredhoi oleh yang Maha Berkuasa.

"Bimbinglah aku hingga aku bertemu dengan Mu.

Terima kasih TH Travel & Tours, Putrajaya

#umrahidolathtravel," tulisnya.

Ilya menerusi temubual dengan portal berkata, dia kini sedang menjalani kursus selama tiga bulan sebagai persediaan sebelum bergelar Mutawif.

Ilya yang aktif membuat persembahan komedi dengan kumpulan Sepahtu memaklumkan, dia sering terfikir sampai bila hendak menaiki pentas untuk berlawak.

"Mungkin saya masih lagi akan berlawak, tetapi kali ini dengan kumpulan yang berbeza," katanya yang memberitahu sudah lama memikirkan hasrat untuk berubah angin.

Menurutnya, keinginan untuk menunaikan ibadah haji secara tidak langsung mendorong dirinya memilih tawaran menjadi Mutawif.

"Saya sebelum ini ingin buat ibadah haji, tapi tidak berkesampaian kerana masih belum giliran. Walaupun sudah membuat rayuan, tapi masih gagal.

"Kalau boleh saya ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebelum menutup mata. Jadi apabila dapat tawaran ini, saya fikir ini satu peluang besar untuk saya lebih banyak beribadah," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.066452 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list