CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3095|Reply: 0

Jamal Abdillah bersyukur isteri tidak menghidap penyakit jantung

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 65, berasa lega dan bersyukur selepas doktor pakar di Institut Jantung Negara (IJN) mengesahkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, tidak menghidap penyakit jantung seperti didakwa sebelum ini.

Kata Jamal, doktor pakar memberitahu perkara itu selepas isterinya menjalani pemeriksaan angiogram (masukkan tiub) ketika dirawat di IJN akibat alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah.

"Isteri mengalami alahan yang sangat teruk dan diberi ubat tahan muntah tetapi muntah semula hingga menyebabkan jantungnya bengkak serta mendapat serangan jantung hingga dimasukkan ke IJN.

"Alhamdulillah, selepas di rawat di IJN dan pemeriksaan angiogram, doktor mengesahkan isteri bebas dari sebarang penyakit berkaitan jantung dan sudah dibenarkan keluar dari IJN, lebih seminggu lalu untuk berehat di rumah.

"Keadaan isteri dan bayi dalam kandungan yang kini berusia tiga bulan juga berada dalam keadaan baik," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas keadaan isterinya lagi, Raja Pop itu berkata, doktor pakar juga menyarankan isterinya membuat pemeriksaan di IJN setiap bulan sehingga sampai saat melahirkan nanti.

"Isteri masih muntah lagi dan tubuhnya juga kurus kerana susah nak makan dan dia juga ada masalah gastrik.

"Saya juga terpaksa beli makanan yang dia mahu makan seperti coklat, buah-buahan dan roti canai.

"Pada masa sama, doktor pakar juga menyarankan isteri untuk membuat 'check up' dan bersalin di Hospital Kuala Lumpur untuk memudahkan pihak IJN melakukan pemantauan kesihatannya sehingga bersalin nanti," katanya.

Ditanya jantina bayi pula, kata Jamal, dia berhasrat kali ini untuk mendapat anak perempuan untuk melengkapkan lagi keluarganya itu.

"Masih awal lagi untuk mengetahui jantina bayi kelima kami ini kerana isteri dijangka melahirkan pada Januari depan.

"Saya juga mohon doa dari semua peminat semoga isteri selamat melahirkan anak kami nanti," katanya.

Terdahulu, Jamal memberitahu isterinya terpaksa dirawat di IJN akibat alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah.

Untuk rekod, hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

Jamal juga memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.034385 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list