Usaha mencari mangsa yang dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan Lubok Subong, Nanga Kesit, Lubok Antu giat dijalankan.
LUBOK ANTU: Seorang lelaki dilaporkan hilang di kawasan Lubok Subong, Nanga Kesit dekat sini, hari ini.
Berdasarkan maklumat awal, mangsa adalah seorang pekerja di sebuah kedai makan di Pekan Lubok Antu.
Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, pihak bomba menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 1.59 petang.
“Berdasarkan maklumat awal, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fandi Wong, 20, ketika kejadian sedang mandi bersama dua rakannya di sungai berkenaan. “Ketika berada di tengah sungai, tiba-tiba mangsa telah dihanyutkan arus sungai yang deras dan terus tenggelam.
“Mangsa dimaklumkan tidak pandai berenang dan ketika kejadian, mangsa hanya berseluar dalam hitam dan tidak berbaju,” katanya dalam kenyataan kepada media.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa katanya, dilancarkan bermula jam 3.10 petang.
Usaha mencari mangsa yang dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan Lubok Subong, Nanga Kesit, Lubok Antu giat dijalankan.
Tambahnya, operasi SAR hari ini turut disertai oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.
“Operasi pencarian hari ini dilancarkan dengan menggunakan kaedah pencarian ‘water surface’ dengan jarak lingkungan ke hilir sungai dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Pasukan penyelam bomba turut berada di lokasi kejadian, namun tidak dapat melakukan penyelaman pada hari ini kerana faktor arus sungai yang deras dan keruh. “Operasi SAR hari ini ditangguhkan pada jam 5.30 petang dan akan disambung semula pada esok hari,” katanya.
|