CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51492|Reply: 0

[Sarawak] Takziah kepada keluarga mangsa tragedi loji kimia terbakar di Samalaju yang meninggal dunia pada Khamis

[Copy link]
Post time 1-9-2024 05:53 PM | Show all posts |Read mode




BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang melahirkan rasa simpati dan dukacita yang mendalam terhadap ahli keluarga seorang pekerja yang telah meninggal dunia pada Khamis akibat kecederaan teruk susulan terlibat kemalangan kebakaran loji kimia di Taman Perindustrian Samalaju.

Katanya, beliau menerima berita sedih seorang pekerja yang masih muda berasal dari Bintulu telah disahkan meninggal dunia akibat kejadian itu.

Sambil menyatakan rasa simpatinya, Pang berkata, setakat jam 4 petang, seorang lagi mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bintulu.

"Pihak hospital memaklumkan keadaan mangsa stabil, tetapi dia masih perlu dalam pemerhatian, manakala individu lain yang cedera telah dibenarkan keluar," katanya bercakap kepada media di sini hari ini.

Justeru tegasnya, beliau akan terus membuat gesaan susulan kepada jabatan berkaitan agar memperketatkan garis panduan keselamatan di pelbagai perusahaan dan kilang di bahagian ini bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Dalam kejadian pada 14 Ogos lalu, 10 orang cedera dengan empat melecur, selepas kebakaran berlaku di bahagian bawah tangki reaktor sebuah loji di kawasan perindustrian itu.

Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) kilang itu sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pang berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bintulu untuk mendapatkan laporan berkaitan selepas insiden itu.

Katanya, kemalangan industri perlu dipandang serius dan isu ini akan dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk mendapatkan penjelasan munasabah daripada jabatan berkaitan dan mencadangkan penggubalan undang-undang lebih ketat untuk mengawal keselamatan industri.

Tegasnya, hanya melalui peraturan dan undang-undang yang lebih ketat akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan peralatan sesebuah kilang milik syarikat sekali gus mewujudkan persekitaran yang selamat untuk semua pekerja.

Selain itu, beliau turut berharap syarikat berkaitan memberikan pampasan yang berpatutan kepada keluarga mangsa berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.229260 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list