CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9761|Reply: 0

[Sarawak] Operasi SAR warga emas hilang di Batang Oya hadapi cabaran cuaca

[Copy link]
Post time 4-9-2024 04:46 PM | Show all posts |Read mode




SAGA

DALAT: Keadaan cuaca hujan antara cabaran dihadapi pasukan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas di Batang Oya yang memasuki hari kedua hari ini.

Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat berkata, hujan berterusan telah menyebabkan paras air sungai meningkat dan arus semakin deras.

Ujarnya, keadaan itu menyukarkan usaha pencarian yang sedang dilakukan oleh pasukan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sukarelawan serta penduduk kampung.

"Keadaan cuaca memberi impak besar terhadap penggunaan kaedah selaman skuba, yang sebelum ini dirancang sebagai salah satu teknik utama dalam operasi tersebut.

"Arus bawah air yang kuat serta penglihatan sifar di bawah air menjadikan kaedah skuba sangat mencabar dan kurang sesuai dalam keadaan sekarang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi SAR itu dilancar semalam untuk mengesan lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas perahu panjang dinaikinya bertembung dengan sebuah bot di Batang Oya.

Saga turut menjelaskan bahawa lokasi kejadian jauh di hulu Batang Oya, memerlukan kira-kira dua jam perjalanan menggunakan bot dari pekan Dalat, turut menjadi cabaran logistik utama kepada pasukan penyelamat yang perlu berulang-alik.

Katanya, kaedah pencarian kini lebih tertumpu kepada teknik 'surface search' dan kaedah tradisional dengan menunda duri onak rotan.

Tambah beliau, setakat pagi ini, tiada petunjuk baru yang ditemui, namun beliau menegaskan bahawa operasi akan diteruskan dengan penuh komitmen.

"Kami berharap cuaca akan bertambah baik dan operasi ini dapat diselesaikan dengan jayanya.

"Sokongan dan doa daripada orang ramai sangat diperlukan dalam situasi ini," ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan penduduk setempat untuk sentiasa mengutamakan keselamatan semasa berada di sungai.

Beberapa langkah keselamatan yang disarankan termasuk memakai jaket keselamatan semasa menaiki perahu, mematuhi undang-undang sungai, dan membawa lampu terang ketika berperahu pada waktu malam.

Langkah-langkah ini penting untuk mencegah sebarang kejadian tidak diingini daripada berulang.

Operasi SAR semalam dihentikan jam 4.30 petang tetapi penduduk kampung meneruskan pencarian menggunakan kaedah onak duri rotan yang ditunda dengan bot perahu panjang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.209128 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list