SELAMAT: Remaja cuba terjun bangunan berjaya diselamatkan pasukan bomba.
LAHAD DATU: Seorang remaja perempuan dipercayai cuba bertindak terjun dari tingkat satu di bangunan kedai di Reno Fajar, di sini, semalam di selamatkan anggota bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.11 malam.
Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang remaja perempuan dipercayai cuba terjun dari tingkat satu di bangunan kedai berkenaan.
“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mangsa dari cubaan terjun bangunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam..
Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 8.51 malam,” katanya.
|