CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9616|Reply: 0

[Sabah] Pelancong warga Kazakhstan dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode




SELAMAT: Pelancong lelaki ditemukan selamat dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

TUARAN: Seorang pelancong lelaki warga Kazakhstan dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai di sebuah resort di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Muhammad Nor Amit berkata, mangsa berumur 69 tahun itu bagaimanapun berada dalam keadaan selamat selepas berjaya diselamatkan oleh kakitangan resort terbabit.

Katanya, sepasukan pegawai digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadoan pada jam 8.19 pagi.

“Kejadian melibatkan seorang lelaki warganegara Kazakhstan yang dikhuatiri lemas ketika sedang menjalankan aktiviti mandi- manda di pantai.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa setibanya di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berjaya ditemukan oleh pihak kakitangan resort dalam keadaan separuh sedar.

“Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Tuaran menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dalam keadaan selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9 pagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.238717 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list