MESRA: Hajiji semasa berbual dengan Cruau semasa kunjungan hormat terbabit.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bertemu Duta Perancis ke Malaysia Axel Cruau di Sri Gaya di sini.
Cruau mengetuai delegasi Perancis bertemu dengan Hajiji untuk memberi taklimat mengenai kehadiran Kapal Tentera Perancis yang sedang berlabuh di Sepanggar.
Pada masa sama, kunjungan ini bagi memberi maklumat terkini berkenaan perkembangan Club Med, iaitu hotel peranginan yang sedang dalam pembinaan di Kuala Penyu.
Hadir sama mengiringi Cruau ialah Timbalan Kaunselor Ekonomi Beatrice Di Piazza, Konsul Kehormat Perancis di Sabah Laurence Leizerovici dan Pengurus Besar Club Med Malaysia dan Singapura Oliver Monceau.
|