MIRI: Pelajar sekolah menengah sekitar bandar raya Miri dipelawa menyertai Pertandingan Video Pendek 2024 sempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2024.
Pustaka Negeri Sarawak cawangan Miri berkata video mestilah menggunakan tema ‘Malaysia Madani:Jiwa Merdeka’ yang telah ditetapkan penganjur.
Tema ini dipilih adalah untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia agar terus menjaga dan memajukan negara dengan semangat yang merdeka, berpandukan nilai-nilai murni, dan menjunjung prinsip-prinsip keadilan, kesejahteraan, serta kebebasan yang sebenar.
Hadiah kemenangan berupa wang tunai bakal menanti para pemenang dari tempat pertama sehingga ke tiga dan juga saguhati kepada lima peserta.
Johan akan menerima RM 500 sementara tempat kedua dan ketiga akan menerima RM400 dan RM300 manakala lima pemenang saguhati menerima RM200.
Pengambaran video pendek itu hendaklah di lakukan di sekitar kawasan Pustaka Negeri Sarawak,Miri.
Tempoh penghantaran video adalah 1 sehingga 13 September 2024 manakala tempoh pertandingan bermula dari 14 September sehingga 25 September 2024.
Untuk mengetahui terma dan syarat pertandingan atau maklumat lanjut, boleh hubungi Pn Shirley Szebah anak Mambai di talian 085-422525.
|