CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16074|Reply: 0

[Sarawak] Pertandingan bahas tekankan kepentingan pupuk bakat, keyakinan dan kemahiran murid

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode


Para peserta PPD Mukah merakam gambar kenangan bersama Kong (belakang dua kiri) pada majlis penyampaian hadiah hari ini.

SIBU: Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Sarawak sempena Karnival Emas 5.0 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dhoby, di sini menekankan kepentingan memupuk bakat kepimpinan, keyakinan diri dan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan murid.

Timbalan Pegawai Pendidikan Bahagian Sibu (Sektor Pembangunan Murid) Kong Chiong Hui berkata, pertandingan itu bukan sahaja memberi ruang kepada murid untuk mengasah kemahiran berhujah tetapi juga memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri dan kepimpinan masa depan.

“Pertandingan ini amat penting dalam usaha kita memupuk bakat kepimpinan, keyakinan diri dan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan murid kita.

"Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa komunikasi harian tetapi juga bahasa ilmu yang memainkan peranan besar dalam pembentukan jati diri bangsa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Sarawak hari ini.

Beliau turut menyatakan rasa bangga terhadap semangat dan keberanian yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang pertandingan.

Menurutnya, setiap peserta telah mempamerkan bakat luar biasa dan keyakinan yang tinggi sekali gus membuktikan potensi besar dalam diri mereka.

“Kemampuan untuk berhujah dengan baik adalah satu kemahiran yang sangat berharga, yang akan membantu murid dalam pelbagai aspek kehidupan pada masa depan,” tambahnya.

Kong turut mengingatkan bahawa pertandingan ini bukan semata-mata tentang menang atau kalah, tetapi lebih kepada pembelajaran dan pengalaman yang diperoleh oleh setiap peserta.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini, terutama kepada Pengetua SMK Rosli Dhoby Tan Kok Aun serta semua warga sekolah yang terlibat.

Dalam pertandingan tersebut, Pejabat Pendidikan Daerah Mukah berjaya merangkul tempat pertama, diikuti PPD Kuching di tempat kedua dan PPD Pedawan di tempat ketiga.

PPD Sibu pula memenangi tempat keempat manakala PPD Daro di tempat kelima.

Anugerah Pembahas Terbaik pula dimenangi oleh Qaseh Nur Hamna Qaleesya Ramli dari PPD Mukah.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Dennis Nur Amin Abdullah serta beberapa wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sibu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.047953 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list