CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20844|Reply: 0

[Sarawak] Perkara mengenai pelantar benua, hak di dalamnya tidak dibuka kepada rundingan

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode


Sharifah Hasidah ketika ditemui media selepas merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Kuching 2024 hari ini. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Perkara mengenai sempadan Sarawak termasuk pelantar benua dan hak di dalamnya tidak akan dibuka kepada sebarang rundingan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 September ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, sebaliknya Sarawak akan memberi fokus untuk memperhalusi isu autonomi pentadbiran sektor pendidikan dan kesihatannya.

Jelasnya, pelantar benua adalah hak Sarawak yang termaktub di bawah undang-undang negeri dan tidak akan dipertimbangkan untuk dibuka kepada rundingan.

“Minggu depan iaitu pada 12 September, kita (Sarawak) tidak akan membuka isu berkaitan pelantar benua dan sempadan laut negeri untuk sebarang rundingan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 di Kota Kinabalu, Sabah.

“Kenapa? kerana ini adalah hak kita di bawah undang-undang dan kita mempunyai kuasa untuk melaksanakan undang-undang negeri kita.

“Meskipun mungkin ada pihak yang mungkin tidak bersetuju dengan definisi atau undang-undang yang ditetapkan oleh Sarawak, hak tersebut adalah sah di bawah perundangan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Kuching 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Sharifah Hasidah berkata, tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri dan Sarawak berhak mendefinisikan sempadan tanahnya sendiri berdasarkan Kanun Tanah Sarawak yang lain daripada kanun tanah di Semenanjung.

Menurutnya, Kanun Tanah Sarawak jelas mendefinisikan tanah negeri Sarawak termasuk pelantar benua yang meliputi kawasan sehingga 200 batu nautika ke laut.

“Kita ada kanun tanah kita sendiri yang lain daripada kanun tanah di Semenanjung. Kita ada kanun tanah Sarawak sendiri. Jadi ini definisi kita dan ini hak kita,” tegasnya.

Beliau memberitahu, Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 di Kota Kinabalu itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Mesyuarat ini akan membincangkan mengenai perkara-perkara yang masih belum selesai dalam beberapa perkara yang perlu dileraikan lagi dan memerlukan keputusan dalam majlis tindakan pelaksanaan berkenaan.

“Antara isu utama yang akan dibincangkan ialah autonomi dalam bidang pendidikan dan kesihatan serta isu-isu pentadbiran perjawatan di Sarawak,” ujarnya.

Tambah beliau, autonomi tersebut penting bagi Sarawak kerana kita (Kerajaan Sarawak) lebih memahami dah mengetahui keadaan dan keperluan negeri ini.

“Jadi, dengan kuasa pentadbiran yang lebih besar, kita dapat membuat keputusan terbaik  untuk negeri Sarawak dari sudut autonomi pentadbiran dan hak-hak kita.

“Pada masa sama, kita juga dapat melaksanakan projek-projek berkaitan pendidikan dan kesihatan yang sesuai dengan keadaan dan keperluan negeri Sarawak,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.221562 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list