CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21317|Reply: 0

[Sarawak] LPB Sarawak perlu disenggara meskipun melibatkan kos agak tinggi

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode


Nanta (empat kiri) bersama yang lain pada Majlis Penyerahan SST bagi kerja-kerja penyenggaraan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Facebook Alexander Nanta Linggi

KUCHING: Kerja-kerja penyenggaraan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak perlu dilakukan bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan terbaik walaupun melibatkan kos yang agak tinggi.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, bagi kerja-kerja penyenggaraan itu, RM69,248,876.40 diperuntukkan bagi tempoh tiga tahun dan ia merangkumi beberapa pakej yang telah tamat Tempoh Tanggungan Kecatatan.

"Kalau kita tak buat kerja (menyelenggara jalan) dengan terbaik, kalau orang mati, kita berdosa.

"Itu yang saya tekankan sebelum menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) dan pelantikan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sebagai wakil kerajaan bagi Penyenggaraan Jalan Persekutuan LPB Sarawak.

"Bunyinya memang keras, tetapi itulah realiti yang perlu diakui," katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini sempena Majlis Penyerahan SST bagi Penyenggaraan Jalan Persekutuan LPB Sarawak di Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Syarikat PBH Asset Management Sdn Bhd telah dilantik melaksanakan penyenggaraan LBP Sarawak dengan nilai kontrak kira-kira RM69 juta untuk tempoh kontrak selama tiga tahun.

Menjelas lanjut, Nanta berkata syarikat konsesi itu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan jalan yang terdiri dari Kerja Rutin (sepanjang tahun), Kerja Berkala Pavemen, Kerja Berkala Bukan Pavemen dan Kerja Kecemasan mengikut kelulusan dari semasa ke semasa.

JKR Sarawak pula katanya, merupakan rakan strategik Kementerian Kerja Raya (KKR) dan bertindak bagi pihak kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara berkaitan operasi, penyenggaraan dan penyeliaan serta pengawasan pelaksanaan kerja-kerja bagi memastikan pematuhan terma-terma dan syarat-syarat oleh syarikat.

"Ingin saya tegaskan di sini, kerja penyenggaraan jalan ini melibatkan fasiliti awam dan pastinya ia melibatkan kepentingan rakyat.

"Justeru, suka untuk saya mengingatkan kepada Syarikat PBH Asset Management Sdn Bhd agar memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan lancar, mengikut spesifikasi dan masa ditetapkan, sebagaimana syarat-syarat terkandung di dalam perjanjian kontrak.

"Besar juga harapan saya agar syarikat menghargai dan menggunakan kepercayaan yang diberikan ini dengan sebaiknya," tambah Nanta.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kerja Raya Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kerja Raya (Sektor Dasar dan Pembangunan) Dato Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Pengarah JKR Sarawak (Infrastruktur) Ir Wisil Lichok serta tetamu jemputan lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.200519 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list