CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22263|Reply: 0

[Sarawak] Kelulusan pembesaran Lapangan Terbang Miri 'kemenangan' penting bagi rakyat Miri

[Copy link]
Post time 1-10-2024 11:52 PM | Show all posts |Read mode


Chiew (dua kanan) menyerahkan surat permohonan menggesa supaya projek menaik taraf dan pembesaran LTM diberi perhatian kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Miri.

MIRI: Kelulusan untuk projek menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Miri (LTM) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan 'kemenangan' penting bagi rakyat Miri yang telah lama memperjuang isu tersebut.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata ia juga merupakan bukti kegigihan dan perpaduan semua pihak berjuang bersama memastikan projek itu berjaya mendapat perhatian dan seterusnya meluluskan dana bagi tujuan itu.

Beliau memberitahu sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen Miri pada 2022, salah satu keutamaannya ialah projek pembesaran LTM, isu yang kerap dibangkitkan di Parlimen sejak awal lagi.

Chiew berkata, Lapangan Terbang Miri beroperasi jauh melebihi kapasiti dihadkan sejak 2014 dan ini hanya bertambah hebat dengan pembangunan pesat Miri.

"Sungguh mendukacitakan melihat projek itu diabaikan daripada belanjawan tahunan tahun demi tahun, walaupun keperluan yang jelas dan semakin meningkat.

"Namun di sebalik apa yang berlaku saya tidak berputus asa. Saya terus mendesak perkara ini di Parlimen dan apabila jelas usaha tambahan diperlukan, saya terus menghubungi setiausaha politik Perdana Menteri untuk memastikan keadaan mendesak Miri disampaikan ke peringkat tertinggi.

"Saya mengambil setiap peluang untuk bertemu dengan tokoh penting dalam kerajaan untuk mengingatkan mereka tentang kepentingan projek ini - bukan hanya untuk Miri tetapi untuk keseluruhan pembangunan Sarawak," katanya.

Semasa lawatan Anwar ke Miri, Chiew sekali lagi mengambil masa meminta kelulusan Perdana Menteri bagi projek pembesaran LTM.

"Saya benar-benar bersyukur kerana Perdana Menteri menyedari keperluan mendesak dan akhirnya memberi lampu hijau untuk projek lama tertunggak ini.

"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, wakil-wakil rakyat di Miri dan pegawai-pegawai berdedikasi di MAHB Miri atas sokongan berterusan mereka dan secara konsisten menyuarakan kepentingan isu ini," jelasnya.

Chiew berkata, keperluan pengembangan ini bukan hanya soal kemudahan tetapi ia adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi Miri, potensi pelancongan dan keupayaan untuk memenuhi permintaan penduduk dan pelawat.

"Sepanjang saya berkhidmat, saya tidak henti-henti mendesak isu ini. Setiap sidang Parlimen, perbahasan, mesyuarat dan dewan khas adalah peluang untuk saya memperjuang keperluan Miri.

"Saya sendiri telah berhubung dengan Kementerian Pengangkutan beberapa kali, menggesa mereka mengutamakan pembesaran LTM," katanya.

Chiew juga berterima kasih kepada Anthony yang meletakkan projek ini sebagai keutamaan tinggi di kementerian untuk diluluskan dalam bajet justeru bersama memastikan Miri terus berkembang dan maju pada tahun-tahun akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.084685 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list