CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9858|Reply: 0

[Sabah] Jangan membuat dakwaan mengelirukan

[Copy link]
Post time 3-10-2024 08:57 PM | Show all posts |Read mode


VINCENT
KOTA KINABALU: Mendakwa murid sekolah rendah Cina kurang bijak dan berbakat disebabkan hanya menguasai bahasa Mandarin adalah kurang tepat.

Timbalan Bendahari LDP, Vincent Chin berkata, dakwaan itu sangat mengelirukan sekali gus mempersoalkan tahap pendidikan Cina.

"Kenyataan itu dikeluarkan pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong.

"Sekolah rendah Cina adalah sebahagian institusi pendidikan yang tidak dapat dipisahkan dalam sistem pendidikan negara.

"Sekolah itu bukan sahaja mengajar bahasa Mandarin tetapi juga memberikan tumpuan kepada tiga bahasa kepada para muridnya.

"Sudah terbukti ramai bakat cemerlang dan berdaya saing di peringkat global berjaya dilahirkan sekolah rendah Cina dari dalam negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, rekod Kementerian Pendidikan menunjukkan bilangan murid bukan Cina di sekolah Cina semakin meningkat. Pada 1989, pelajar bukan Cina hanya merangkumi tiga peratus sahaja daripada jumlah murid Cina di sekolah rendah Cina.

Menurutnya, menjelang 1998 peratusan itu meningkat kepada lapan peratus dan kepada 11 peratus pada  2010. Pada 2020, jumlah berkenaan terus meningkat kepada 20 peratus.

"Data ini adalah bukti kebenaran bahawa sekolah rendah Cina berjaya menarik minat ramai murid bukan Cina, sekali gus membuktikan daya tarikan serta inklusiviti dalam pendidikan Cina.

"Kenyataan Teo dilihat tidak mempunyai asas objektif dan jelas menunjukkan kecenderungan perkauman.

"Sebagai seorang ahli akademik, beliau sepatutnya menangani isu akademik dengan lebih sikap teliti dan bukannya membuat kenyataan negatif seumpamanya.

"Kenyataan itu bukan sahaja merosakkan imejnya sendiri tetapi juga memberikan kesan negatif terhadap keharmonian kaum di Malaysia," katanya.

Katanya, sekolah rendah Cina telah melahirkan ramai bakat elit dalam pelbagai sektor industri di negara ini, sekali gus membuktikan keberkesanan pendidikan Cina.

Menurutnya, penguasaan kepelbagaian bahasa tidak menjejaskan kepintaran seseorang murid, sebaliknya ia dapat meluaskan pandangan dan memperkasakan kualiti murid secara keseluruhan.

Vincent berharap pensyarah itu tidak lagi memberikan kenyataan yang berbentuk perkauman, sebaliknya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu akademik.

"Kita di Malaysia harus mempromosikan amalan toleransi dan perpaduan, jangan sesekali mencetuskan ketegangan, khususnya beliau yang masih dalam siasatan polis berkaitan isu 3R. Belajarlah dari kesilapan sebelum ini," katanya.

Beliau mencadangkan agar pensyarah itu membantu Kementerian Pendidikan memperkasakan tahap pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan dan membantu meningkatkan kedudukan UKM dalam penarafan dunia.

Katanya, LDP berharap pensyarah itu menyedari kesilapannya dan bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055765 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list