KUCHING: Festival Filem Jepun (JFF) yang dinanti-nantikan kini kembali berlangsung di Kuching buat kali ke-12 dari 10 hingga 13 Oktober di GSC CityONE Megamall di sini.
Festival edisi bagi tahun 2024 itu memaparkan filem-filem Jepun baharu dan diiktiraf daripada pelbagai genre yang pastinya akan memberi kepuasan kepada para penonton.
Orang ramai yang ingin menonton filem di JFF di Kuching boleh mendapatkan tiket percuma dengan menggunakan kod promosi Utusan Borneo: JFFKUB0008GME Mereka boleh menebus tiket dengan menggunakan kod promosi itu semasa pembelian tiket untuk JFF 2024 melalui Kiosk Tiket GSC, e-pembayaran GSC di gsc.com.my atau aplikasi mudah alih GSC bermula 3 Oktober 2024 (Khamis).
Penebusan kad promosi itu hanya tersedia untuk 100 pengguna terawal berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Cara menggunakan kod promosi adalah mesti ditebus pada halaman Mod Pembayaran.
Selepas memilih mod pembayaran, sila periksa kotak pilihan yang memaparkan ‘Adakah anda mempunyai Kod Promosi?".
Kemudian masukkan kod promosi anda dan klik ‘Hantar’ untuk menebus kod promosi berkenaan.
Terma dan syarat kod promosi itu antaranya adalah ia sah untuk filem-filem di JFF 2024 sahaja dan bukannya untuk GSCM - ‘A Samurai in Time’ yang akan dijual pada harga tiket semasa.
Kod promosi juga boleh ditebus melalui laman Web GSC, Aplikasi Mudah Alih GSC atau E-Kiosk di GSC Mid Valley Megamall, GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza, GSC Paradigm Mall JB, GSC CityONE Megamall Kuching dan GSC Suria Sabah KK.
Setiap kod menawarkan satu tiket filem penebusan setiap transaksi dan sah sehingga 20 Oktober 2024.
Kod Promosi itu termasuk yuran tempahan RM0.50 setiap tiket untuk transaksi dalam talian.
Kod promosi tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Ia tidak sah dengan sebarang promosi, baucar atau kad keistimewaan yang sedang berlangsung dan GSC tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan kod promosi.
|